Thursday 20 June 2013

Mereka memberi alasan , kita mendapat peluang.

Setiap insan didunia mempunyai pendirian yang tersendiri  disamping itu juga mempunyai pelbagai alasan yang kukuh dan ada kala alasan yang berikan tidak boleh diguna pakai. Merujuk pula pada segi kemajuan dan peningkatan diri pebagai alasan yang berikan untuk mengelak dari keluar keselesaan diri , sebagai contoh seseorang yang terasa amat selesa dalam hal dan rutin setiap hari tetapi diberi peluang untuk berubah kearah kehidupan yang lebih berjaya. Seperti yang sedia maklum setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar. Seseorang yang telah berkerja sekian lama tetapi diajak berubah ke alam perniagaan adalah sesuatu yang sukar. Disini timbulkan pelbagai alasan dan untuk mengelak keselesaan tersebut terjejas.




Bagi saya, seseorang peniaga dan usahawan kita patut mengambil kesempatan dan peluang diatas keselesaan orang orang lain. Usahawan yang baik akan memberi perkhidmatan yang baik kepada mereka yang amat memerlukan keselesaan. setiap peniaga wajib memberi perhidmatan yang terbaik kepada pelanggan bukan perkhidmatan ala kadar. Buat masa ini, setiap orang bergelar pekerja berkerja  bukan untuk hidup sahaja tetapi untuk keselesaan hidup. Mereka memberi alasan untuk tidak berniaga. Kita usahawan seharus memcari jalan penyelesaian supaya mereka ini diberi perhidmatan yang selesa dan tiada alasan untuk dalam hidup usahawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...