Tuesday, 28 July 2015

Bagaimana saya melunaskan hutang sebanyak RM300k ?



Saya percaya ramai yang sedang bergelut untuk keluar dari hutang. Apa pun  alasan kita berhutang, alangkah indahnya hidup bila hutang-hutang tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. Hal ini terbukti melalui keluh-kesah dan rintihan pada mereka yang terjerat dengan hutang. Hidup jadi huru-hara kerana hutang.

Lalu saya berazam untuk menulis sesuatu yang berharga mengenai ilmu melangsaikan hutang. Semoga apa yang saya tulis ini  dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat termasuk diri ini  dengan hutang yang membebankan dapat mendapat manfaat darinya.

4 Prinsip harus pada diri untuk menguruskan hutang anda.

Prinsip Pertama

Membeli sesuatu secara tunai atau jika belum mampu sabar dan terus menyimpan.

Prinsip Kedua

Hidup dibawah kemanpuan, bukan ikut kemanpuan. Jika pendapatan RM1,000.00 belanja pun harus dibawah  RM1,000.00. Begitu juga sekiranya pendapatan RM10,000.00 belanja pun harus dibawah RM10,000.00. Sekiranya anda memperbelanjakan kewangan anda melebehi kemampuan. Ini melanggar kehendak ekonomi. Semua orang tahu falsafah " Belanja ikut kemanpuan " tetapi tidak ramai yang mengikut  falsafah ini. Mulai pada hari ini sila ikut falsafah ini " Belanja ikut kemampuan. "

Prinsip Ketiga.

Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Disini kita perlukan sedikit latihan. Menyimpan pun begitu , jika rasa begitu berat menyimpan sebulan sekali cuba dengan menyimpan tiap-tiap hari tetapi dengan nilai yang begitu minima contoh RM5.00 kalau tidak mampu cuba dengan nilai RM2.00 sehari. Disini kita nampak bukan berat untuk menyimpan dalam nilai yang sedemikian rupa ? apa yang perlu kita perlu konsisten melakunya setiap hari . RM5.00 x 30 hari = RM150 x 12 bulan  = RM1800.00 . Bagaimana ? lumayan bukan ? ini adalah kaedah yang paling ringkas dan senang untuk latihan pada kita yang liat untuk menyimpan . Jika sepuluh tahun , sudah berapa banyakkah  kita menyimpan ? semua orang boleh menyimpan dengan kaedah ini. Tetapi bukan jumlah yang kita harapkan tetapi tabiat yang harus dipupuk dan tabiat menyimpan adalah tabiat orang berduit .


Prinsip Keempat .

Libatkan diri dalam bisnes dengan mengunakan modal yang paling minima . Jangan berharap supaya bisnes yang baru anda ceburi itu dapat memberi pulangan yang melimpah ruah. Cukup dengan pulangan yang sedikit daripada mereka yang tidak langsung menceburi bisnes. Sekurang-kurangnya anda pernah terlibat dalam bisnes walau bisnes itu bisnes top-up handphone . Simpan Keuntungan bisnes itu 100% sekiranya hendak mengunakan gunakan 50% . Wang dari bisnes memboleh kite menyelesaikan masalah hutang. Cuba belajar bagaiman untuk berniaga kerana ini adalah saranan agama.

Peringkat pemulaan Keluar dari masalah hutang

1.Jangan buat hutang lagi.
2.Selesaikan hutang yang mempunyai interest yang tinggi.
3.Buka dana full-settlement ' hutang ".
4.Guna duit durian runtuh sepeti bonus untuk melansaikan hutang.
5.Simpan duit kenaikkan gaji kedalam dana -full settlement 100% .
6.Sekiranya satu hutang sudah selesai , simpan ansuran bulan seterusnya kedalam dana full settlement.
7.Bayar hutang secara automatik.


Melunaskan hutang dengan kaedah sedekah

Berikut adalah stategi yang digunakan untuk melansaikan hutang melalui strategi sedekah :

1. Pasak didalam diri kita, sebanyak mana pun hutang kita, sesungguhnya Allah lebih besar. Ya Allah yang Maha besar ; sebesar mana masalah kita, sesungguhnya Allah sangat hampir . Surah Al-Baqarah , ayat 214.


2.Semat didalam minda kita bahawa setiap kebaikkan yang dilakukan akan dibalas sekurang-kurang 10 kali ganda. Sila semak surah Al-An' Am ayat 160.Itu janji Allah.


3.Nah ? sekarang saya tanya kepada anda berapa hutang anda ? Formulanya mudah. Jika anda berhutang RM1 juta, maka jalan terbaik untuk bersedekah sebanyak RM100,000.00 .


4. Mengapa ? kerana RM100,000.00 x  10 = RM 1 juta.


5.Bagaimana sekiranya kita tidak mempunyai RM100,000.00 untuk disedekahkan ? Ya ...sedekahkan saja apa yang ada...jika ada RM10,000.00 sedekahkan. Jika hanya ada RM1,000.00  sedekah. Jika tidak ada 10% bermula 1 %. Bermula dengan berapa yang ada sahaja. Dengan izin Allah semua akan digandakan kepada 10 kerana Janji Allah itu pasti. Yang penting kita mesti sabar melakukannya.

6.Sekiranya , bagaimana kita tidak ada apa pun untuk disedekahkan walaupun seringgit ? Jual apa yang boleh dijual, wang itu boleh disedekah.Cubalah


Sekarang ini anda telah memperlajari bagaimana untuk melansaikan hutang beratus ribu ringgit dengan teori yang amat mudah.Selamat mencuba !!!!


1 comment:

  1. Mmg bnr janji allah itu pasti..dan sedekah itu tdk akan membuatkan kita jd miskin atau sengsara...cubalah insya'allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...