Tuesday 4 May 2010

Berani menghadpai risiko

" Bak kata pepatah kalau tak nak dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai ".

Setiap perniagaan di dunia ini mempunyai risiko, tidak kira besar atau kecil. Sebagai seorang ahli perniagaan , kita seharus bersedia menghadapi kemungkinan yang akan diterima. Bukan sahaja persediaan dari segi kewangan, mental dan fizikal harus kuat pada setiap ahli perniagaan. Ini adalah kerana menceburi perniagaan umpama  "berperang ".

Ramai diantara kita takut untuk berniaga adalah kerana takut menghadapi risiko. Kadangkala risiko yang dihadapi dalam perniagaan membuat seseorang jatuh terduduk. Ini memang berlaku pada saya. Untuk bangun dari kegagalan memgambil masa yang agak lama.

Kepada sesiapa yang baru menceburi bidang perniagaan bersedia unttuk menghadapi sebarang kemungkinan. Hadapi dengan tabah, positif kan diri anda.

Tuesday 27 April 2010

Kenapa ada musuh dalam perniagaan ?

Kenapa ada musuh dalam perniagaan ? Perkara ini sememangnya berlaku dalam kehidupan saya, banyak kabar angin yang ingin merosakkan perniagaan saya. Lebih tepat sekali adalah cemburu melihat kejayaan perniagaan saya semakin maju. Bagi saya perniagaan adalah satu kerja yang murni kenapa mesti ada musuh, bagi saya tiada musuh dalam perniagaan tetapi pesaing adalah.



Dahulu saya ada seorang rakan sememang baik dalam hal-hal seharian. Kami sering bertanya tentang perniagaan dan saya sering memberi tunjuk ajar tentang perniagaan, ini adalah kerana saya terdahulu menceburi perniagaan berbandingkan sahabat saya itu.Niat saya sememangnya baik kerana ingin sama-sama berjaya dalam perniagaan memandang perniagaan yang kami ceburi dipelopori oleh bangsa lain.

Betul kata orang " melayu tak suka tengok melayu senang " dalam diam dia ingin saya jatuh dalam perniagaan tetapi rezeki di tangan tuhan. Apa yang sahabat saya lakukan saya sudah bersedia dari awal. Saya tahu apa yang dia buat sekarang kerana skop perniagaan kami orang melayu terlalu kecil.

Kepada mereka yang baru atau lama dalam perniagaan lupakanlah sikap hasad dengki kerana sikap ini akan makan diri sendiri. Bersainglah secara bijak.................

Friday 16 April 2010

Perniagaan Untuk semua(bos,staff dan sesiapa yang berkenaan)

Kejayaan sesebuah perniagaan itu adalah hasil dari semua yang terlibat.Ini termasuk director, pekerja dan pelanggan.Mana mungkin sesebuah perniagaan ini yang berjaya, merupakan hasil seorang director atau seorang boss. Bagi saya perniaagaan yang mampu bertahan adalah hasil titik peluh bersama.

Sebab itu lah diadakan bonus tahunan dan kenaikkan gaji. Ini merupakan tanda terima kasih majikan kepada pekerja. Tanpa perkerja yang dedikasi sesuatu perniagaan itu tidak mampu bertahan dan tanpa majikan yang perihatin akan kehilangan perkerja yang setia.

Dua-dua perkara diatas adalah saling berkait rapat dalam urusan perniagaan.Ada juga para majikan yang lupa tentang perkara ini.Bagi mereka satu pergi sepuluh akan datang menyembah. Kepada para majikan hargailah pekerja anda dan kepada pekerja berkerjalah dengan bersungguh-sungguh untuk meningkat produktivi.

Saturday 3 April 2010

Jangan memburukkan perniagaan orang lain.

Secara jujur saya katakan saya pernah diburukkan oleh pesaing saya dalam perniaagaan.Memburuk-burukkan pesaing untuk menaikkan jualan anda adalah perbuatan yang tidak beretika dalam dunia perniagaan.Taktik kotor memburukkan pesaing hanya akan memudaratkan perniagaan anda sahaja. Ini adalah kerana, ia akan menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda seorang yang tidak professional kerana melakukan perbuatan yang tidak beretika.





Menurut pakar motivasi negara Dato Dr Fadzilah Kamsah, sekiranya anda memburuk-burukkan satu perniagaan pesaing anda, 10 orang akan memburuk-burukkan perniagaan anda! Betapa benar kata-kata itu kerana daripada pengamatan saya memang ini yang akan terjadi.

Thursday 25 March 2010

isu perobohan Denai pinggiran

Membasmi setinggan , meningkatkan pembanggunan banyak persoalan yang bermain di fikiran, Kampung Denai pinggiran telah wujud lebih dua puluh tahun. Akhirnya di roboh oleh pihak yang berkaitan.Mungkinkah kampung ini akan tinggal kenangan ?




 

JOHOR BAHRU 24 Mac - Operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini walaupun penduduk merayu supaya ia ditangguhkan.


Namun Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru terpaksa bertegas berikutan tempoh yang diberikan sudah memadai untuk penduduk berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai iaitu satu daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Seramai 32 keluarga menerima notis kedua untuk mengosongkan tanah kampung itu dalam tempoh dua minggu daripada tarikh notis yang dikeluarkan pada 1 Mac lalu.

Penduduk berkenaan mendakwa tindakan merobohkan rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu itu tidak wajar berikutan tiada wang pampasan diberikan dan kenderaan untuk memindahkan barang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk mula berkumpul seawal pukul 8 pagi namun operasi meroboh rumah hanya bermula kira-kira 1 petang.

Utusan Malaysia dimaklumkan, hingga pukul 4 petang sebanyak 10 daripada 35 rumah penduduk telah dirobohkan.

Lebih 50 kakitangan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Bahagian Perumahan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru hadir di tempat kejadian dengan dibantu anggota polis dan Rela untuk mengawal keadaan.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Denai Pinggiran, Abdul Talib Ithnin berkata, pihaknya sedia berpindah ke Pangsapuri Kempas Permai namun mengharapkan ihsan kerajaan negeri memberi wang sagu hati sebagai timbal balas kepada penduduk kampung.

sumber : Utusan Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...