Friday 28 September 2012

Terlalu berkira


Tidak salah jikalau berkira tetapi sekiranya terlalu berkira ini melambangkan kita seorang yang kedekut. Ramai diantara kita yang mula untuk berniagaa terlalu berkira untuk membelanja sesuatu arah kebaikkan. Bagi  saya apa yang saya dapat didunia  ini bukan untuk saya seorang tetapi ada bahagian untuk orang lain. Agak pelikkan ? sekira seorang yang berbicara dengan seorang pelanggan tentang sesuatu projek beribu-ribu ringgit tetapi air secawan agak berkira. Salah satu tabiat saya , saya suka memperlawa orang makan dengan saya dan belanja meraka. Saya tidak kira sesiapa mereka. berpangkat atau tidak belanja tetap belanja. Niat saya ikhlas.............


Monday 24 September 2012

Perancangan Perniagaan.



Sebelum memulakan sesuatu perniagaan kita harus merangka perniagaan. Perkara ini agak sukar kerana kita selalu berperang dengan fikiran yang negatif tentang sesuatu perniaga berbanding dengan fikiran yang positif. Apa yang selalu kita fikirkan " kalau perniagaan tidak menjadi ? betulkan ? itu yang selalu kita fikirkan.Bagi saya kita perlu membuat perancangan dengan teliti tentang sesuatu perniagaan , terserah kepada nasib jikalau berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita. Apa yang penting kita sudah berusaha kearah kejayaan.

Sebelum melakukan perniagaan kita harus menyediakan plan A dan plan B.Plan A sekiranya sesuatu perkara itu berhasil. Apa yang tindakkan yang selanjutnya? Plan B pula kita harus menyediakan tindakkan sekira tidak berjaya.


Thursday 6 September 2012

Menjadi seorang yang Relax and cool


Saya sering diperli serta dipelekehkan oleh seseorang dalam usaha mengejar kejayaan. Siapa yang tidak marah kerana seringkali diperli dan diejek kerana usaha yang kita buat . Sekira saya melawan dengan tindakan insan tersebut perkara ini menjadi berpanjangan. Perkara yang perlu saya buat adalah menjadi seorang yang relax dan cool. Tidak perlu membalas, hanya tersenyum dengan apabila berhadapan dengan insan tersebut. Bagi saya kalau seorang itu tidak menyukai saya, kita buat perkara yang baik pun tetap dia tidak suka. Sekira orang buat sesuatu yang tidak baik , saya tetap berbuat baik pada insan tersebut. Buang masa saya sekiranya saya berdendam. Apa yang penting kita harus fokus dengan objektif kita.

Wednesday 29 August 2012

Nikmat kemerdekaan

Sebagai ramai Malaysia saya berasa bangga dengan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lama lagi kita akan mengambil hari Kemerdekaan Ke-55. Pasti sambutan gilang gemilang akan diadakan diseluruh negara. Saya merasa bertuah kerana dilahirkan pada 31 ogos 1979 kerana dalam menyambut hari lahir di hari Kemerdekaan. Sepatut kita berasa bertuah kerana dilahir dizaman negara sudah merdeka tetapi ada pula pihak mahu menimbulkan huru-hara. Saya bukan hendak berpolitik didalam blog ini tetapi sebagai ramai Malaysia yang berbilang bangsa kita patut mengekalkan keamanan yang kita nikmati setelah sekian lama. Kita patut patut berterima kasih pada pejuang-pejunag kemerdekaan dimana mereka bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah. Banyak perkara kita boleh pelajari dari sejarah silam. Marilah kita kekalkan bersama keamanan ini.



Datuk saya dilahir pada 1912 pada masa ini, beliau masih sihat walafiat menyambut ulang tahun ke -100



Sunday 26 August 2012

Sediakan payung sebelum hujan

  Sebagai seorang yang insan biasa kita tidak lari ditimpa masalah, apatah lagi masalah kesihatan. kos perubatan masa kini telah meningkat  dari masa kesemasa. Ini bermakna kesihatan adalah sesuatu yang berharga melebihi segala-galanya. Apa yang saya paling merisaukan dan membimbangkan saya sekiranya ditimpa penyakit masa mengalami masalah kewangan. Jadi perkara yang paling terbaik untuk diri saya dan keluarga ialah mengambil " medical Card " dari syarikat insuran. Tidak perlulah saya memberi tahu kelebihan card tersebut kerana ramai yang sedia maklum tentang kelebihannya.



medical card saya dan keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...