Wednesday 7 November 2012

Peluang depan Mata

Betul tidak kadang-kadang sesuatu peluang terhidang depan mata, kita sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak mengambilnya. Sebenarnya Allah sentiasa memberi jalan untuk hamba-hambanya kearah kemajuan. Sikap kita kita sahaja yang menolak dengan berfikiran yang negatif. Mula kita rasa menyesal sekiraya peluang yang kita tidak menghirau  membawa kejayaan kepada orang lain. Betul kata orang peluang datang sekali tetapi kadang-kadang itu berkali-kali .


Dapatkan seramai mungkin followers


Dapatkan seramai mungkin followers

Salah satu tip untuk berjaya ialah mendapat seramai munkin followers samada di facebook atau laman sosial yang lain. Dengan followers yang ramai agak mudah untuk kita memberitahu berita terkini tentang bisnes kita. Perkara yang penting untuk mempromosikan bisnes kita adalah  didalam laman sosial. Kita harus belajar bagaimana untuk meningkatkan followers. Bukan cara dengan ''tagging semata-mata". Guna kaedah yang boleh diterima pakai oleh semua orang. Belajar bagaimana untuk meningkatkan followers....



salah satu bisnes saya

Ada beberapa ciri  blog yang dibina mempunyai followers yang ramai  sekiranya :-
  • Bahasa yang mudah difahami.
  • Mempunyai tutorial dan teknik terkini mengenai perkara yang diperbincangkan.
  • Tidak menjadi isu agama atau politik untuk meningkatkan trafik blog.
  • Perkhidmatan yang percuma .
  • Mengikut trend semasa.
  • Blog mudah untuk dilayari.
  • Tidak menyingung mana-mana pihak.
  • Menulis dengan penuh ikhlas.
  • Memberi manfaat kepada semua pengunjung.
  • Buat sesuatu yang lain dari yang lain dan membuat pengunjung berkunjung ke blog anda dengan mengatakan Wow!!!!
  • Menulis dengan idea yang tersendiri.

Monday 5 November 2012

kembali kepada sekolah



Pada 4.11.20012, saya telah menghadiri mesyuarat agong bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru. Dimana mesyuarat yang dijalankan untuk memilih barisan kepimpinan untuk menerajui supaya persatuan ini dapat menyumbang sesuatu kepada sekolah yang pernah kami sama-sama menimba ilmu satu hari dulu. Alumni Sdary telah ditubuh pada tahun 2006 dengan rasminya melepaskan jawatan kepada barisan-barisan baru supaya segala urusan untuk memantapkan persatuan ini. Saya agak terkejut dan berbesar hati diantara beribu-ribu bekas pelajar saya tersenarai sebagai Bendahari . Tugas yang amat berat dan memerlukan kejujuran serta amanah. Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam bisnes, inilah sumbangan saya  kepada pihak sekolah dan saya akan buktikan bahawa seorang yang mempunyai latar belakang bukan interlektual dapat berbakti kepada sekolah.

Wednesday 31 October 2012

Berkawan dengan sesiapa sahaja.



Saya tidak pernah membataskan diri berkawan dengan sesiapa sahaja. Memang betul , kalau kita kawan dengan orang baik , baiklah jadinya tapi kalau sebaliknya kita akan terinaya sendiri. Bagi saya , kita diberi tuhan dengan akal yang sebaiknya, pandai-pandailah kita menerima samada baik atau sebaliknya. Untuk menjadi insan yang cemerlang kita harus ramai kawan untuk menyokong kita. Banyak kawan bererti kita dapat belajar dari pengalaman orang lain. Kadang-kadang pengalaman orang lain mematang kita.

Wednesday 3 October 2012

Sokong orang lain punya bisnes



Salah satu tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah kita seharusnya menyokong bisnes orang lain .Lebih lagi pada orang yang baru untuk berniaga.Sekiranya kita menyokong bisnes orang lain kemungkinan orang lain juga akan menyokong bisnes kita. Pada mereka yang baru memulakan perniagaan kita mesti menyokong dan jangan memperkecilkan mereka. Apasalahnya kita bersaing secara sihat dan jangan sombong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...