Saturday 21 December 2013

Doa Orang Teraniaya

Sebagai seorang insan biasa , saya tidak lari membuat kesilapan .Namun begitu saya juga tidak lari dari disakiti seperti dianiayai oleh seseorang. Ini juga membuat saya terduduk dan terus jatuh untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya. Apa yang saya buat ialah tidak terus berputus asa dan terus berdoa agar Allah menguatkan semangat dan menganggapkan ini adalah salah satu cabaran seorang usahawan. Saya rela dianiaya daripada menganiaya seseorang. Alhamdullilah....

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang teraniaya,”


- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Ada juga hadis lain yang sama, tapi menyenaraikan doa orang berpuasa:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

“Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.”
- Hadis riwayat Baihaqi

Mengetahui hakikat doa orang teraniaya diberi perhatian khusus bukanlah untuk kita membalas dendam kepada orang yang menganiaya. Ambillah kesempatan ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah.

Terlanjur doa orang teraniaya tiada hijab, kita doa yang terbaik untuk diri sendiri. Mohon keampunan agar dapat kita memulakan hidup baru dengan hati dan jiwa yang bersih.

Berdoa dengan perasaan negatif bukan sahaja berdosa (kerana berniat menyakiti ciptaan Allah), malah melambatkan proses kesembuhan hati.

Bukan mudah kita mengucapkan yang baik-baik sedang hati dan badan merana. Tapi perlu diingat janji Allah. Setiap perbuatan manusia atas muka bumi ini, baik dan buruk, pasti ada balasannya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Al-Baqarah – Ayat 286


Friday 6 December 2013

Kenapa produk dari Korea selatan mendapat perhatian dunia ?



Produk dari Korea Selatan mendapat perhatian dunia pada masa ini. Berbagai produk yang terdiri dari pelbagai electronic, telefon bimbit dan kereta. Malah yang lebih mendapat perhatian ialah muzik seperti K-Pop dan irama Gangnam Stlye . Dari segi drama yang menjadi tumpuan dunia ialah Drama bersiri Sonata Musim salja (Winter Sonata) pernah menjadi drama yang menjadi kegilaan peminat drama. Pada hakikat kenapa produk dari Korea Selatan ini semakin menjadi-jadi  mendapat perhatian dunia ? 


Dari negara termiskin menjadi negara Termaju.

Hasil dari kajian , Korea selatan merupakan negara yang paling miskin pada era 1950 yang mempunyai persamaan dengan negara termiskin seperti Afrika dan negara-negara miskin di Asia. Hasil ekonomi Korea selatan pada masa itu adalah pertanian. Apa yang lebih menyediakan Korea selatan merupakan negara termundur disebabkan perang diantara Jepun dan Korea Utara.

Selepas 50 tahun.

Pada era 2000 Korea Selatan telah mengorak langkah sebagai negara yang termaju didunia. Walaupun negara ini pernah mengalami kegawatan ekonomi dan membuat pinjaman dari IMF  pada tahun 1997. Korea Selatan ialah salah sebuah negara maju yang berjaya mengelak kemelesetan sewaktu krisis kewangan global pada akhir 2000-an,manakala kadar pertumbuhan ekonominya mencapai 6.2 peratus pada tahun 2010 (pertumbuhan tertinggi sejak lapan tahun selepas pertumbuhan besar 7.2 peratus pada tahun 2002),satu pemulihan yang cepat daripada kadar pertumbuhan 2.3% (2008) dan 0.2% (2009) apabila dilanda krisis kewangan global. Kadar pengangguran di Korea Selatan juga masih rendah iaitu 3.6% (2009).

Teknologi Korea Selatan.

Pelbagai teknologi baru yang di terdiri dari dari Syarikat dair LG, Samsung , NEC dan bagai-bagai lagi. Mereka pada mulanya kurang mendapat perhatian dunia. Mereka adalah sekadar mencuba dengan mengeluarkan pelbagai barangan electronik seperti telefon bimbit , television dan lain-lain barangan electronik. Pada Awal tahun 2000 barangan dari korea Selatan  adalah dipandang rendah oleh dunia sekadar mendapat persamaan dengan produk dari negara China.

Selain dari itu juga, syarikat automobil dari Hyundai juga mengeluarkan beberapa jenis kereta  pada masa itu. Dengan reka bentuk dan prestasi yang kurang mendapat perhatiaan .Syarikat kereta ini terus merundum dan tidak dapat bersaing dengan kereta-kereta buat Jepun dan Eropah. Disamping itu juga syarikat ini juga terlibat  dalam  industri pembuatan kapal.

Mengapa Korea Selatan Terus Maju ?

Mereka banyak belajar dari sejarah silam , kebanyak produk mereka mengalami beberapa kali perubahan untuk menjadi bertambah hebat. Jadi, mereka ini adalah golongan berani mencuba dan tidak takut pada kegagalan.

Monday 14 October 2013

KL GANGSTER 2 : Karya terbaik 2013

Pada hujung minggu ini, saya dan keluarga pergi menonton wayang tanpa dirancang kami pun setuju untuk menonton satu karya filem yang diterbit oleh SKOP Production iaitu KL GANGSTER 2.Saya juga membesar bersama filem-filem Skop Produtction. Disamping ingin melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja. Seperti yang sedia maklum filem ini telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memuat naik kedalam internet. Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam online , Saya tidak sampai hati untuk menonton secara percuma di online. Saya dan keluarga membuat keputusan untuk menonton sendiri dipawagam yang berhampiran. Memang ternyata inilah filem yang terbaik setakat ini. Ramai yang mempertikaikan bahasa yang digunakan agak kasar dan aksi yang ganas tetapi perlu diingat nama pun gangster . Bahasa dan lakonan semuanya mestilah sesuatu yang ganas. Namum begitu filem ini mempunyai mesej yang tersendiri. Penghormatan yang teguh kepada ibu dan keluarga menjadi pujian yang patut kita kepada filem ini. Tidak perlulah saya komen apa-apa tentang filem, ternyata penghasilan filem memang hebat dan diluar jangkaan saya.Tontonlah sendiri!!!!

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa bangga kerana anak muda kita berjaya menghasil filem yang luarbiasa hebatnya. Memang patut kita bangga dan berharap agar  filem bangsa kita dapat bersaing dengan filem antarabangsa.

Kepada pihak yang bertanggungjawab diharap bertindaklah segera agar dapat menjaga karya-karya anak bangsa kita supaya tidak dicetak rompak. Bawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan. kami sebagai penonton sudah bosan dengan filem yang membosankan.Tahniah sekali lagi kepada Syamsul Yusof dan Skop Production kerana menghasil filem yang hebat . Marilah kita sama-sama menyokong filem-filem bangsa kita.



Friday 6 September 2013

Kenapa orang muda sekarang tidak kekal dalam satu pekerjaan ?



Beza dengan mereka yang berumur mereka lebih kekal dalam satu pekerjaan. Agak berbeza pada zaman sekarang orang muda mudah sekarang lebih cenderung untuk bertukar pekerjaan dan majikan. Mungkin disebabkan kesesuaian dengan pekerjaan yang dimiliki agak berkurangan. Cuba kita perhatikan abang dan kakak kita mereka bila kita tanya pengalaman kerja 10 hingga 20 tahun dalam satu-satu bidang. Ini membuat mereka menjadi seorang yang betul-betul berpengalaman dan pakar.

 Ini juga menunjukkan setiaan pada majikan agak tinggi. Saya sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang Transport And Forwarding  lebih dari lapan tahun. Bermula dengan kerani bawahan dan berakhir pada Jawatan yang terpenting dalam syarikat tersebut. Berbagai pahit manis sepanjang saya bekerja ditempat itu membuat saya sentiasa teringat-ingat mula-mula saya memegang Komputer. Pada mula majikan saya agak straight pada undang-undang diantaranya, kedatangan mesti awal, kurang kesalahan dalam pekerjaaan  dan setiap tugasan mesti uptodate diselesaikan.

Pengalaman pahit saya, pernah diherdik didepan pekerja lain kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan yang ditetapkan. Semuanya ini menjadi pengajaran bagi saya. Sehingga sekarang saya tetap berterima kasih kepada bekas majikan kerana memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh membuka syarikat - SWORLDNET( transport and forwarding).

Gaji yang ditawarkan tidaklah sebegitu mewah mana tetap hasrat untuk belajar membuat saya bertahan lama dalam syarikat itu. Lagi pun saya tahu kebolehan saya agak berkurangan tetapi yang penting adalah impian saya untuk membuka syarikat sendiri telalu mendapat dihati ini.


Monday 1 July 2013

Kenapa kita patut jadi kaya ?

Pada masa saya kanak-kanak saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan. Mungkin disebabkan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan menyebabkan saya mempunyai cita-cita sedemikian rupa. Saya juga pernah diketawakan oleh rakan-rakan saya kerana mempunyai cita-cita luar dari batansan orang lain. Malahan mereka merasakan cita-cita saya ini adalah satu gurauan serta omong kosong sahaja. Apabila saya meningkat remaja, berbagai buku tentang kejayaan seseorang tokoh dan yang berkaitan dengan kekayaan banyak saya baca. Sehinggakan saya sanggup melabur sebahagian gaji saya untuk mengikuti ceramah dan seminar tentang kekayaan. Kesimpulannya setiap bahan bacaan dan ceramah yang saya ikuti 100% mengatakan untuk menjadi kaya kita perlu berniaga . Ini adalah terbukti betul dan dalam Islam ada mengatakannya.

Kenapa Kita patut jadi kaya ?

- Untuk menikmati hidup yang lebih bahagia.
- Membahagiakan kedua ibubapa kita.
- Dapat menghantar ibubapa kita ke tanah suci
- Dengan kekayaan kita dapat menbantu orang susah untuk berjaya macam kita.
- Kita adalah insan yang hebat  kerana agama kita menuntut agar mencari kekayaan di dunia tanpa      melupakan tuntutan akhirat.    
- Dengan kekayaan yang kita miliki kita dapat membayar zakat yang banyak disamping membantu kerajaan membangunkan negara.
- Dengan kekayaan juga kita dapat memperbanyakan ibadat dan ketakwaan  kita kepada Allah.


Akhir kata dari saya marilah kita sama berdoa kepada Allah SWT : Ya Allah yang tuhanku, Jadikanlah aku seorang jutawan  yang beriman supaya aku dapat menolong keluarga dan insan-insan yang memerlukan pertolongan.Amin Ya rabbanal Allamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...