Saturday 13 September 2014

3 perkara yang membuat kita menyesal seumur hidup .

Disini saya ingin berkongsi beberapa yang saya kaji dan fikirkan tentang beberapa perkara yang perlu kita titipkan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai insan biasa kita tidak lari dari membuat silap dan kesilapan itu juga mengajar erti hidup yang sebenar. Beberapa perkara harus kita kongsi sejenak supaya menjadi tauladan dan panduan hidup . Hanya tiga perkara sahaja membuat kita menyesal seumur hidup .

1. KITA MARAH DAN CACI PADA  MEREKA YANG SAYANG PADA KITA .

Perkara ramai terjadi pada mereka yang muda dan mempunyai ego yang tinggi menjalankan kehidupan masing-masing didalam dunia ini. Mereka ini tidak boleh ditegur walaupun mereka tahu apa yang dibuat adalah kesilapan dan kekurangan. Ada pula hilang rasa hormat apabila ditegur. Apa yang mendukacitakan mereka yang menegur adakala  ibu, ayah dan seseorang yang amat bermakna dalam hidup mereka. Mereka ini adalah insan yang paling menyayangi insan yang ditegur. Seseorang itu akan menegurkan pada mereka yang mereka yang amat mereka sayangi dan tidak mahu hanyut dilembah keburukkan. Untuk menjadi insan yang berguna kita patut ditegur kerana kita dilahirkan dengan serba kekurangan.


2.KITA TIDAK SEMPAT UNTUK MEMINTA MAAF PADA INSAN YANG DEKAT PADA KITA DAN TELAH MENINGGALKAN KITA UNTUK SELAMANYA.


Perkara yang paling menyesal dalam hidup insan yang tersayang telah pergi menghadap Illahi dan yang maha esa. Dimana banyak kesilapan yang lalu yang kita buat tidak sempat untuk meminta maaf. Kita tidak akan berjumpa dengan insan ini lagi. Jadi, manfaatkanlah masa yang diperuntukan untuk selalu meminta maaf pada yang insan yang selalu kita sakiti . Sekira insan tersebut telah pergi menghadap Illahi tanpa kita meminta maaf ,ini akan membuat kita diselindungi sesalan yang tidak sudah.



3.KITA GUNAKAN MASA MUDA KITA UNTUK PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Sekiranya masa muda kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kembali lah kepangkal jalan. Semoga hari tua nanti kita tidak menyesal . Ramai diantara kita menghabiskan masa yang tidak berfaedah dengan berfoya-foya untuk mencari hiburan dengan alasan mencari ketenangan diri ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ingat masa tua kita pasti mengejar dan jangan pula kita menyesal kerana setiap yang buruk itu mudah diwarisi oleh anak kita dan cucu cicit kita. Selagi ada kesempatan gunakan masa muda ini untuk mencari sesuatu yang berguna untuk bekalan dihari tua.



Monday 1 September 2014

Nikmat Kesabaran.

Alhamdulilah genap sudah umur saya 35 tahun pada tahun ini 2014. Dengan pebagai masalah yang menimpa membuat saya sudah lali dengan masalah yang datang. Semua saya jadikan ketentuan dan takdir yang amat bermakna bagi saya.

Memang benar amat sukar untuk menjadi seorang yang penyabar dan bersabar kerana selain dengan masalah yang mendapat ada pula kata -kata yang kurang enak kita dengari sekiranya kita dilanda masalah dan musibah tetapi saya percaya apa yang berlaku adalah sementara. Teruskan kejalan yang benar dan pasang yang baik untuk memberi manfaat manusia sejagat. Kepada yang terus menghina teruskan dan ini membuat saya bertambah kuat.




Saya juga bersyukur ada pula rakan-rakan dan keluarga memberi semangat untuk meneruskan usaha saya ini. Bak kata pepatah " kalau tak nak dilambung ombak , Jangan berumah ditepi pantai " . Ini adalah jalan yang saya cari dan saya tidak akan berpatah balik. Saya akan teruskan sampai berjaya.

Dunia bisnes bukan semudah yang disangka , bukan hanya mendaftar di SSM dan dijabatan yang berkaitan. Kita harus menempuh segala dugaan dan cabaran. Kita perlu rasa rugi dan kita perlu ada ilmu untuk menceburinya.

Syukur dengan doakan mereka yang tersayang saya dapat menyelesaikan beberapa dugaan yang datang dan banyak saya pelajari dari dugaan tersebut. Pengalaman itu penting , lebih penting dari wang ringgit.



Friday 14 March 2014

Disebalik kesulitan ada kemanisan.



Dalam mengharungi dunia perniagaan saya memang tidak dapat dielakkan dengan dugaan yang penuh cabaran. Kalau diikutkan dengan akal fikiran memang agak sukar untuk saya mengharungi cabaran tersebut. saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebalik cabaran yang kita lalui. Kita sebagai hamba Allah berasa bersyukur dengan cabaran yang dikurniakan. Sebalik cabaran yang diberikan , sememangnya mempunyai maksud yang tersirat. Disamping itu juga memberi kita pengajaran yang begitu bermakna dalam hidup kita. Ada dikalangan kita takut pada cabaran, mana mungkin untuk mengejar kejayaan jika kita tidak diuji. Kejayaan bukan semudah dengan petik jari sahaja. Semakin besar kejayaan kita cari , semakin besar cabaran dan dugaan yang bakal kita harungi. Apa yang paling penting ialah berdoa untuk mendapat petunjuk. Hidup didunia ini sememangnya adil kerana setiap apa yang kita buat akan berhasil jika kita bertakwa kepadanya yang penting kita jangan berputus asa untuk memohon kepadanya.

" Sekiranya kita ditimpa masalah dan malapetaka , Allah tidak menyuruh mencari jalan sehingga penat, Allah meminta kita solat dan bersabar "


Bersyukurlah kepadanya sekiranya kita adalah insan yang terpilih kerana diharungi dugaan. setiap yang berlaku ada kemanisan yang amat bermakna dalam hidup kita. Memang benar Islam  , mewajibkan umat sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa. Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang tertulis , kita cuma insan yang serba kekurangan. Anggaplah setiap yang datang adalah kurniaan dari Allah.

Monday 3 March 2014

Allah permudahkan segala urusan ku...

Alhamdullilah diucapkan dan syukur kehadrat illah kerana memberi saya peluang untuk menarik nafas dibumi yang bertuah ini. Baru-baru ini saya telah menjayakan  satu event berkaitan dengan program amal telah selasai dengan jaya. Program tersebut adalah Boling Amal Alumni SDARY kali ke - 2. Apa yang paling hebat ialah Juara akan membawa pulang RM1000.00 dan pendaftaran semurah RM50.00 sahaja. Saya ditugas sebagai ketua penyelaras untuk program . Ini disebabkan saya lebih berpengalam tentang menganjurkan event seumpama ini. Sekiranya difikir secara logik agak mustahil untuk kami membawa masuk peserta melebihi 100 orang . Kami memerlukan modal yang agak besar untuk menjaya program ini. Berkat kerja keras dari para AJK yang terlibat membuatkan event Berjaya disamping ada pula orang perseorangan , syarikat swasta dan Jabatan kerajaan yang sanggup menjadi penyumbang kepada program ini.




Disini juga saya mengunakan pendekatan mengunakan teknik permasaran secara internet yang telah saya pelajari selama ini. Alhamdullilah kaedah ini berjaya menarik minat peserta untuk menyertainya. Walaupun terpaksa mengunakan poket sendiri untuk melakukan kerja-kerja promosi di internet , apa yang penting disini adalah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada saya dan apa yang saya buat hanya kerana Allah SAW. Apa yang membuat saya terharu , kami juga dapat memwaberi sumbangan yang mana hasil dari program tersebut  ke rumah anak yatim tepilih. Disini juga saya mendapat pengajaran baha" sesuatu jalan arah kebaikan pasti Allah akan membantu tidaklah perlulah kita risau kerana Allah sentiasa berada disamping mereka yang beriman kepadanya".Amin:::

Monday 24 February 2014

AEON TEBRAU CITY JB : PROMOSI MENGELIRUKAN PENGGUNA

Pada 29.11.2013 saya  dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

 Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Kami juga telah  membuat aduan kepada Jabatan yang bertanggungjawab tentang apa yang terjadi pada kami dan berharap pihak Jusco(AEON) tidak mempermainkan harga promosi dan lebih berhemah ketika menjalan tugas.Bersama-sama ini saya lampirkan Bukti pembelian dan gambar yang berkaitan.

 

Tanda Harga


Resit dari Pasaraya


Dokumen dari KPDNKK


Dokumen dari KPDNKK



05.12.2013 - Laporan telah dibuat di KPDNKK JOHOR BAHRU
31.12.2013 - Pegawai KPDNKK JOHOR BAHRU telah membuat siasatan berkaitan kes yang diterima

Hasil dari siasatan pihak KPDNKK JOHOR BAHRU

- TANDA HARGA MEMUASKAN

Saya juga ada menelefon KPDNKK tentang kes tersebut tetapi mereka menerangkan bahawan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak terdapat apa-apa kekeliruan tentang harga dan barang tersebut ketika mereka membuat siasatan . Bagi saya hal ini telah berlaku hampir sebulan dan mereka pergi membuat siasatan selepas itu menyebabkan tiada bukti tentang barangan tersebut dan kemungkinan juga promosi tentang barang tersebut telah habis. Kesimpulannya ialah  pasaraya tersebut terlepas begitu sahaja walaupun mereka mengaku bersalah.





Persoalan saya  
  • Dimanakah Hak saya sebagai pengguna selepas ditipu dan mendapat layanan yang teruk ?
  • Dimanakah Akta Perlindungan pengguna 1999 yang  memperuntukkan denda RM50,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga hingga lima tahun ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...