Tuesday 29 June 2010

Hubungan baik dengan pelanggan seperti FIFA dan COCA - COLA.


Menjaga hubungan baik dengan pelanggan adalah satu cara sesuatu perniagaan itu bertahan dengan lama.Salah satu contoh ialah FIFA dan COCA COLA.Sejak 1978, Coca-Cola ialah penaja utama untuk FIFA dan telah menaja setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA yang lain. Sebenarnya, salah satu daripada piala pertandingan: Kejohanan Belia Dunia FIFA dari Tunisia pada tahun 1977 hingga Malaysia pada tahun 1997 telah digelarkan "FIFA - Piala Coca Cola". Tambahan pula, Coca-Cola juga menaja Coca-Cola 600 untuk siri perlumbaan automobil, Piala Nextel NASCAR Nextel Cup, di Litar Lumba Motor Lowe, Carolina Utara.


Coca-Cola mempunyai sejarah hubungan pemasaran sukan yang panjang. Sejak permulaannya, syarikat itu telah menaja bukan sahaja Besbol Liga Utama (Major League Baseball), Liga Bola Sepak Nasional (National Football League), Persatuan Bola Keranjang Nasional (National Basketball Association) dan Liga Hoki Nasional (National Hockey League), mahupun banyak pasukan dalam liga-liga ini. Syarikat itu juga telah lama menaja Liga Bola Sepak Australia (Australian Football League), dan pada suatu masa, memegang hak-hak penamaan untuk Musim Perdananya. Tiap-tiap tahun, Coca-Cola juga menaja permainan ujian Bola Sepak Peraturan Antarabangsa antara Australia dan Ireland.



Saturday 12 June 2010

Perniagaan bermusim.........


Perniagaan bermusim adalah perniagaan yang di jalan apabila sesuatu musim sedang berlangsung. Perniagaan ini adalah seperti musim buah-buahan, musim cuti sekolah, musim hujan , hariraya dan sebagainya. Contoh paling dekat ialah musim World Cup 2010. Berbagai barangan seperti jersi , bola, kasut dan barang yang berkaitan dengan World cup  di jual samada yang asli atau tiruan. Perniagaan jenis ini memang menguntungkan , jangan terkejut perniagaan memperolehi keuntungan sehingga 500 kali ganda tetapi apabila musim telah habis maka berkuranganlah untung tersebut. Perniagaan ini juga dilakukan secara sambilan ataupun part time. Terus terang saya katakan orang melayu banyak melakukan perniagaan ini berbandingkan dengan bangsa lain. Kepada sesiapa yang bercadang untuk memulakan perniagaan ini, cepat rebut peluang sebelum anda ketinggalan...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...