Monday 31 December 2012

Hobi menjadi sumber pendapatan


Pada 25 November 2012, saya telah menganjurkan satu pertandingan boling yang menawarkan hadiah Hampir RM13000.00 jumlah keseluruhan. Dimana pertandingan ini dihadiri oleh pemain dalam dan luar negeri iaitu di Singapura. Boling adalah satu aktivi sukan yang selalu saya lakukan semasa mengisi masa lapang. Alhamdulilah saya dapat menganjurkan pertandingan sebaik mungkin dan saya berhasrat akan
mengajurkan kembali pertandingan seperti ini lagi. Terima kasih kepada sponsor yang telah menyumbang untuk menjadikan pertandingan berjalan dengan lancar. Kepada kawan-kawan yang diluar sana yang jadikan hobi anda supaya menjadi sumber pendapatan bukan sesuatu pembaziran.





Sunday 30 December 2012

BERANI 2013 - DR.AZIZAN OSMAN


Dr.Azizan Osman , memang tidak boleh disangkal lagi kehebatan anak muda bernama Dr.Azizan Osman kerana telah ramai telah mengetahui kebolehan beliau telah ramai melahirkan ahli perniagaan bertaraf lima bintang. Saya sendiri terpanggil untuk mengikuti program yang dianjurkan , memang luarbiasa hebat. Banyak tip-tip yang saya pelajari melalui program beliau.Tidak perlu saya kata bertapa hebatnya beliau.  Dari segi pemerhatian memang kita yang bergelar usahawan memang patut mengikuti seminar yang dianjurkan oleh beliau. Saya mungkin menjadi peserta beliau yang berikutnya.

Thursday 27 December 2012

Bermaruah dalam bisnes


Saya didatangi oleh salah seorang pelanggan kawan baik saya. Tawaran agak menarik beliau memberi tawaran bisnes kepada saya dan mengatakan ingin mengunakan perhidmatan saya . Disamping itu juga beliau memburukan rakan baik saya dan mengatakan rakan saya itu tidak boleh lebih kurang dalam bisnes dalam pembayaran. Apa yang saya tahu pelanggan tersebut suka melengah-lengah dalam soal pembayaran. Bagi saya memang patutnya kawan saya bersikap sedemikian untuk pelanggan yang suka melengah-lengah tentang pembayaran. Tawaran yang diberikan agak menarik disamping itu juga dapat menambah pelanggan ke syarikat saya. Keputusan saya ialah saya menolak tawarannya , adalah kerana nilai persahabatan yang diboleh dijual beli dan saya ingin menjaga persahabatan supaya kekal selama-lamanya. Bagi saya biar saya kurang pelanggan tetapi saya ada maruah dalam peniagaan.

Saturday 22 December 2012

Peluang terbaik - Pelaburan hartanah

Pelaburan hartanah adalah salah cara untuk kita menjadi kaya. Dengan mengusai teknik-teknik dengan mereka yang terdahulu menjalankan bisnes ini membuat kita mudah menjadi kaya. Ramai golongan jutawan menjadi kawa raya menjalankna aktiviti ini . Ada juga yang menjalankan aktiviti tanpa modal. Contoh mereka yang berjaya dalam pelaburan hartanah - Azizi Ali. Buat masa ini saya juga telah memperlajari beberapa teknik mengenai pelaburan hartanah. kepada mereka yang berminat mengenai pelaburan hartanah di dapatkan mentor yang sesuai untuk berjaya. Bidang ini telah melahirkan ramai jutawan.





Friday 21 December 2012

Lebih kepada pemerhati


Sikap saya adalah suka memerhati dan tingkah laku orang lain, disini saya banyak perkara yang boleh saya pelajari. Bila kita kurang bercakap dan banyak berdiam diri kita dapat kenali pelbagai sikap manusia. Ramai diantara terlalu banyak bercakap dan berjanji tapi kurang melakukan sesuatu tugas. Bak kata pepatah " umpama tin kosong " . Di dalam fikiran dan otak memang terlalu banyak idea tapi hanya beberapa peratus sahaja idea yang kita fikirkan dapat kita lakukan. Berbalik kepada peniagaan pula saya banyak mendengar komen dari pelanggan agar saya dapat meneliti sesuatu dan membuat keputusan dengan baik. Ini adalah kerana setiap keputusan dibuat adalah dengan cara terbaik kepada semua pihak bukan menyebelahi dengan satu pihak sahaja. Dalam kita berdiam banyak faedah dari kita bercakap tanpa hala tuju. Teringat kata mak saya jangan bercakap bila makan .

Thursday 20 December 2012

Manfaat dari Google.com


Dengan adanya sistem aplikasi yang diberikan oleh google.com banyak perkara yang  manfaat yang boleh kita dapati untuk terus maju dalam sesuatu perniagaan. Disamping itu juga kebanyakan yang diberikan dalam percuma .Ini adalah satu penjimatan yang besar kepada seluruh usahawan. Bagi pengusaha kecil dan sederhana berkembang pesat dan drastik di Malaysia juga menarik minat Google.com memenpatkan pejabat operasi asia tengara mereka di Kuala Lumpur.Urusan bisnes lebih mudah dikawal dengan dengan adanya Google.com.Tidak perlu saya terangkan satu persatu tentang kehebatan aplikasi ini ramai lebih arif untuk mengunakannya. Syarikat gergasi tepuk dahi apabila syarikat kecil mampu bersaing dengan mereka melalui Google.com.


Tuesday 18 December 2012

Laman web yang mendapat ranking tertinggi di Malaysia.





Ramai diantara kita  termasuk saya bercita-cita suatu hari agar laman web atau blog yang kita bina tersenarai dalam mendapat ranking yang tertinggi. Selalunya syarikat ternama dan koporat memang mudah mendapat perhatian kerana mereka memberi perhidmatan memang diperlukan oleh masyarakat dan kadang pula juga diberikan secara percuma.Berikut adalah senarai laman web yang paling popular di Malaysia supaya menjadi contoh untuk kita terus berjaya.

  1. TheStar Online – Local online version
  2. Malaysia Kini – Online political news
  3. Maybank2u.com.my – Local bank’s portal
  4. mobilefun4u.net – Ringtones and other download stuff
  5. Mudah.com.my – Local free classified
  6. Cari.com.my – Old Internet search engine
  7. Utusan Online – Local Malay daily
  8. AirAsia – Malaysia’s budget carrier 
  9. Lowyat.net – Online Tech Forum
  10. JobStreet – Job portal
  11. Bharian.com.my -Local Malay daily
  12. Hmetro.com.my -Local Malay daily
  13. Sports toto – Lottery 
  14. Lelong.com.my – Malaysia’s version of Ebay
  15. M2day – Political blog
  16. MAS – Airline
  17. Maxis – Telco
  18. Magnum – Lottery
  19. pbebank.com – Local Bank
  20. Kosmo.com.my – Gossip magazine
  21. Cimb Clicks – Local Bank
  22. TmNet – Internet service provider

Friday 14 December 2012

Blog dan perniagaan

Blog dan perniagaanPada masa ini, terdapat banyak Media sosial networking begitu popular dikalangan kita terumata Facebook dan Tweeter. Ini adalah kerana media ini mudah digunakan dan berikan secara percuma. Memang terbukti kelebihannya dan memudahkan kita berkomukasi secara online dan berbagai-bagai faedah yang boleh kita didapati. Bagi saya, memilih blog sebagai jentera pengerak peniaagaan saya. Dimana saya dapat menyampai segala mengenai diri saya, minat saya dan segala berkaitan dengan peniagaan. Blog bagi agah mudah dipelajari dan memerlukan teknik yang tersendiri .Berbanding dengan Laman web pula, agak sukar dipelajari dan adakala memerlukan modal yang agak besar untuk membinanya. Ramai bijak pandai mengenai internet marketing terutama Irfan khairi (Jutawan internet) bersetuju bahawa blog merupakan jentera terbaik untuk kita mempromosi dan untuk menyampai matlumat mengenai perniagaan kita. Kepada rakan yang baru atau lama dalam perniagaan saya saran gunakan blog untuk menjadikan perniagaan anda bertambah maju. Bukan goblok tapi BLOG.....

Blog dan perniagaan

Bebas dari masalah kewangan.

 Setiap manusia mempunyai impian yang tersendiri. Bagi saya impian saya ialah bebas dari masalah kewangan .Sekiranya ini dapat dilakukan dengan segera merupakan perkara yang lebih bermakna bagi diri ini. Sebagai ahli perniagaan kita tidak lari dengan masalah kewangan dan terpaksa yang menanggung hutang untuk menjalan sesuatu perniagaan. Buat masa ini  kedudukkan kewangan saya adalah ditahap yang sederhana dan saya tidak mempunyai hutang berkaitan dengan syarikat kewangan dan bank. Perniagaan yang saya lakukan adalah berdasarkan dari poket sendiri dan bantuan dari rakan kongsi. Selama ini saya masih belajar untuk berjimat cermat dan mengamalkan hidup yang sederhana, kehidupan yang sederhana adalah lebih indah dari bermewahan membuat kita sukar melelapkan kerana asyik memikirkan hutang.


Thursday 13 December 2012

TOP 23 BLOG MALAYSIA PALING POPULAR


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang sesat ke blog   "Jatuh bangun dalam perniagaan "  kerana mencari Top Blog Malaysia. Kali ini nak senaraikan Top Blog Malaysia paling popular, kenapa popular kerana mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.













Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri
  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)


Monday 10 December 2012

Kenapa Saya meminati sukan Bowling ?

Seperti yang sediamaklum saya begitu meminati sukan bowling . Sukan ini mengajar saya erti kesabaran dan konsentrasi. Disamping itu , kekuatan fizikal boleh diperolehi sekira kita kerap berlatih. Bowling juga dianggap sebangai "mental Game ". Dimana ia sekira kita mempunyai teknik untuk bermain, kita juga dapat melatih mental kita supaya kuat.. Ramai diantara kita beranggapan , sukan adalah sukan yang senang untuk bermain seperti permainan di FUN FAIR. Permainan  ini nampak senang, tetapi agak sukar untuk dipelajari, saya telah menceburi sukan ini selama 2 tahun masih tercari-cari teknik yang betul untuk bermain. Kepada mereka yang mengatakan sukan ini adalah cuba dapatkan lima Strike  berturut-turut. Berita baik untuk semua baru-baru ini Malaysia telah memenangi  Bowling World cup Di Poland. Tahniah kepada Syafiq Ridhwan kerana mengharumkan nama Malaysia keperingkat antarabangsa.


BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...