Friday 5 April 2013

Perkara asas yang perlu ada sebelum bergelar ahli peniagaan.



Mungkin ramai sudah tahu tapi ramai juga telah lupa perkara-perkara penting sebelum kita bergelar ahli peniagaan. Tidak kira samada bisnes online atau bisnes offline. Perkara-perkara asas yang perlu kita kongsikan agar memberi faedah kepada kita semua.

Ilmu.

Ini adalah perkara asas dalam membina sesebuah peniagaan. Mereka yang berilmu pun kadanga-kadang tidak mahu berniaga .Inikan pula kita, yang kurang berilmu. Kebanyakkan mereka yang berjaya dalam perniagaa mempunyai ilmu yang tinggi. Adakala berniaga perlukan bakat dan bakat itu boleh dipupuk melalui ilmu. Oleh itu pelajari ilmu perniagaan dari mereka yang berilmu. Tidak rugi menuntut ilmu untuk kebaikan diri sendiri. Sentiasa belajar dan terus belajar.

Berani

Peniagaan merupakan menceburi bidang peperangan. Sesiapa yang lemah pasti akan tewas. Begitu juga peniagaan memerlukan strategi , teknik dan penyampaian yang baik untuk membuat peniagaan bertambah maju.

Modal

Pada masa ini kita sering digembar gemburkan tentang peniagan tanpa modal. Ini adalah satu yang mengarut dan memperdayakan seseorang. Modal bukan sahaja dari wang ringgit sahaja. Ini melibatkan masa dan tenaga. Perniagaan memerlukan modal tidak kira besar atau kecil bergantung pada sesuatu perniagaan yang dijalankan.

Mental yang kuat

Untuk berjaya dalam perniagaan , kita sering diduga dengan pelbagai bentuk cabaran dan halangan. Setiap yang datang adakala mematah semangat kita untuk terus berdiri. Disini perniagaan memerluka  kekuatan mental supaya kita dapat bertahan. Bukti kekuatan sesuatu peniaagaan itu bukan terletak pada keuntungan tapi terletak pada ketahanan dalam perniagaan.

Bersedia untuk jatuh

Sudah menjadi lumrah alam , setiap yang bangun pasti pernah memerima kejatuhan. Setiap kejatuhan mempunyai hikmah yang tersendiri , menjadikan kita lebih matang dalam sesuatu bidang. Islam juga selalu mengingat umat agar sentiasa mengingati kesusahan ketika kita senang. Dalam perniagaan wanga simpanan dalam membantu sekiranya kita dilanda kesempitan.

Wednesday 3 April 2013

Perlukah kita menjadi pengkaji untuk berjaya ?



Mengkaji sebelum memulakan sesuatu adalah perkara biasa dalam hidup. Sekiranya bertahun-tahun mengkaji tanpa tindakan adalah menjadi sesuatu yang membuang masa. tidak dinafikan bahawa sikap kesempurnaan mesti ada setiap insan. Ramai diantara kita terlalu mengkaji sesuatu untuk memulakan sesuatu tindakan seperti untuk memulakan perniagaan. Ada pula yang sering melihat kegagalan orang lain menjadi kayu pengukur untuk membuat sesuatu.

Mengkaji tanpa tindakan.

Inilah adalah perkara yang kebanyakan orang lakukan . Mengkaji tanpa tindakan , hanya memberi seribu alasan bahawa sesuatu penghasilan yang dilakukan berdasarkan logik dari akal fikiran. Mereka ini hanya pandai bermain dengan kata tanpa tindakan.

Mengkaji dengan tindakan

Perkara yang jarang-jarang berlaku pada kebanyakan. Hanya mereka yang berani sahaja dapat melakukan. Dengan tindakan yang cemerlang akan membuahkan hasil yang lumayan. sekiranya kegagalan berlaku kita mempunyai pengalaman tentang sesuatu kajian tersebut. Kegagalan itu adalah berpunca dari kita. Kaji bagaimana kegagalan boleh berlaku.

Mengkaji kelemahan diri sendiri.

Sudah menjadi lumrah alam , setiap manusia sukar menerima dan mengaku tentang kelemahan diri sendiri. mereka lebih membuka kelemahan orang adalah punca kegagalan sesuatu usaha. Mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya memperbaiki kelemahan diri sendri. Mereka sanggup belajar tentang sesuatu untuk meningkat kemahiran. Kelemahan diri sendir bukan kayu pengukur untuk berjaya tetapi gunakan kelemahan diri sendiri untuk belajar memperbaikinya.


Tuesday 2 April 2013

Adakah menceburi online bisnes sesuatu yang ajaib ?



Ramai diantara kita selalu memikirkan bisnes internet adalah sesuatu amat menguntung dalam masa yang terlalu singkat. Ada pula mempelajari sesuatu yang sedikit tetapi ingin satu kejayaan setinggi gunung. Bagi saya menggunakan online dan internet adalah sesuatu media yang amat popular untuk masa kini. Tiada yang ajaib kerana segala promosi yang saya pelajari memerlukan masa , tenaga dan modal wang ringgit. Tiada jalan mudah untuk memperlajari bisnes online. Apa yang penting ialah fokus dan terus belajar sesuatu yang baru. Sekiranya anda masih was-was tentang bisnes online , adalah lebih anda tinggalkan dan pelajarilah teknik offline kerana melibatkan diri dalam online bisnes tiada yang ajaib tapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka yang berjaya pada hari ini , adalah mereka yang berani bermodal dari segi wang ringgit , masa dan tenaga. Malah bukan mudah untuk mereka berjaya ada pula yang telah melabur ribuan ringgit hanya untuk mempelari bisnes ini .

Perkara - perkara yang patut anda hindarkan ketika menceburi online bisnes :-

  • Kurang fokus.
  • Mengharapkan kejayaan dalam bentuk percuma
  • kurang percaya dalam diri sendiri.
  • kedekut untuk majukan diri.
  • Terlalu mengharapkan kejayaan dalam masa singkat.
  • Memasukkan elemen politik dalam bisnes.
  • Sentiasa berfikiran negatif.

Monday 1 April 2013

Cara menghadapi ketika dalam kegagalan.



Setiap insan pernah menghadapai kegagalan, sebagai insan biasa saya juga pernah beberapa kali gagal dalam usaha untuk memajukan perniaagaan yang saya ceburi. Saya mennganggapkan kegagalan tersebut sebagai guru dan panduan untuk  masa akan datang. Sesuatu kejayaan yang besar bukan datang dengan mudah mesti mempunyai rintangan dan halangan yang penting kita jangan putus asa. Semua dugaan yang datang saya hadapi dengan tenang dan sabar. Saya percaya semunya akan akan berakhir dan pasti saya akan mememui kejayaan .

Cara menghadapi kegagalan.

  • Sentiasa belajar dari kegagalan.
  • Kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya.
  • Sebagai orang beriman sentiasa bertawakal kepadanya.
  • Terima dugaan dan rintangan dengan hati terbuka.
  • Sentiasa berkata Alhamdullilah walaupun pernah difitnah.
  •  Menerima kegagalan sebagai asas untuk berjaya.
  • Berfikiran positif.
  • Percaya pada diri sendiri bahawa satu hari nanti boleh bangkit kembali.
  • Sentiasa mencuba dan mencuba lagi.
  • kuatkan azam untuk berjaya pada masa akan datang.
  • Percaya bahawa kegagalan adalah satu yang sementara.
  • Pilih sahabat yang memahami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...