Pada akhir-akhir ini , kita dikejutkan dengan kejatuhan matawang. Ramai diantara kita yang berkelihatan gelisah ditambah pula dengan kadar kenaikkan harga barangan yang begitu mendadak.
Bagi pengusaha dan para usahawan yang mengambil bekalan dan bahan mentah dari luar negara , ini menjadi masalah untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya perkara ini berteruskan , ada kemungkinan perniaagaan mereaka akan berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan kejatuhan matawang, dimana kos operasi dan kos bahan mentah yang dimport meningkat sama sekali. Saya sendiri sebagai pengusaha lori sewa keluar negara (singapura) agak terasa dengan keadaan ini.
Dengan berbekal pengalaman yang sedia ada terdetik untuk saya berkongsi beberapa perkara supaya kita mencari
kesempatan disebalik kejatuhan matawang agar tip-tip yang saya kongsikan disini menjadi panduan pada mereka yang diluar sana.
Bekerja diluar negara.
Tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi seorang usahawan ataupun berniaga. Ada juga mereka yang tidak berminat untuk berniaga dan lebih selesa dengan menjadi seorang pekerja. Cara yang terbaik pada mereka yang bekerja adalah bekerja di Negara mempunyai matawang yang tinggi. Contohnya bekerja di Singapura. Memang tidak dinafikan gaji mereka yang bekerja di Singapura agak tinggi. Sektor industri di Singapura sentiasa memerlukan tenaga manusia , Kita amat bertuah kerana berhampiran dengan Singapura, lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal di Johor. Mereka sangat berhampiran dengan Singapura. Diharap mereka yang berkenaan , ambil peluang ini untuk menimba pengalaman kerja di Singapura. Disamping itu juga, ada juga dikalangan kita memgambil peluang pekerjaa di Australia. Berbanding dengan singapura, matawang Australia agak besar berbandingan dengan matawang Singapura. Disini anda perlu berhati-hati dengan agen yang menawarkan kerja di Australia kerana ramai telah ditipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab. Maka anda harus berhati-hati , sekiranya berhasrat untuk bekerja di Australia melalui agen,
Berniaga diluar negara.
Meniaga diluar negara akan membuat anda tidak terasa dengan kejatuhan matawang. Pastikan yang akan anda niagakan akan membawa hasil yang lumayan. Salah satu peniagaan yang menguntungkan adalah perniagaan makanan. sebagai contoh , singapura mempunya kaum yang hampir sama dengan Malaysia. Makanan mereka pun sama cuma citarasa mereka agak tinggi sedikit . Bagi saya peniagaan makanan adalah perniaagaan yang paling menguntungkan tetapi anda harus belajar undang-undang dan peraturan pada negara tersebut. Perkara yang patut ada sekiranya anda berminat untuk berniaga di luar negara .
a. Modal - Tidak nafikan modal menjadi perkara utama untuk menjaya sesuatu peniagaan , lebih-lebih lagi peniagaan diluar negara . Anda perlu mempunyai modal yang agak tinggi sekiranya berminat untuk berniaga diluar negara.
b. Pelajari undang-undang dalam negara berkenaann - Setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri. Sekiranya anda berminat untuk mengeksport barangan ke Singapura. 7% akan dikenakan oleh kerajaan Singapura daripada nilai invois. Undang-undang mengeksport juga perlu anda memahami , apakah barang larangan dan barangan yang boleh diterima masuk. Disini lah peranan agen pengankutan (forwarding agent) seperti saya memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang undang-undang mengeksport barangan ke singapura. Bagi mereka yang berminat untuk untuk mengeskport barangan ke Singapura. Sila dapat khidmat nasihat dengan Agen penghantaran supaya barangan yang dieksport tidak ditahan oleh pihak yang berkuasa.
Berniaga atas talian keluar negara .
Disinilah para IM (internet marketing ) di negara ini mencari kesempatan untuk melipat kali keuntungan mereka. Berniaga diatas talian , lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai mata wang yang tinggi dapat memberi pulangan yang hebat tetapi anda mesti mempunyai kemahirann tentang ini. Mengenai tentang bayaran anda tidak perlu takut kerana pembayaran boleh dilakukan melalui pay pal. Segala-galanya akan diuruskan melalui paypal. Apa yang penting anda perlu tunggu order sahaja. Mengenai produk dan harga , anda perlu membuat " HOMEWORK " dulu sebelum memulakan perniagaan atas talian. Lakukan dengan terperinci supaya produk yang anda akan jual mendapat permintaan yang tinggi. Pada mereka yang tidak mahir untuk berniaga atas talian, pelajarilah dengan otai-otai yang mahir dengan bisnes ini. Banyak seminar dan kursus untuk mereka yang berminat untuk berniaaga atas talian dan yang penting jangan kedekut untuk belajar. Berikut adalah beberapa platform untuk anda membuat perniagaan atas talian untuk keluar negara :-
a. Ebay
b. Amazon.com
c. Aliexpress
d. Alibaba.com
e. Google Shopping
f. Yahoo Shopping
Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengeluh tentang kejatuhan matawang. Setiap yang sesuatu musibah , terdapat sesuatu yang berharga. Allah tidak akan menguji hambanya itu dengan dengan sesuatu diluar kemampuan hambanya tersebut.