kejatuhan titik permulaan untuk berjaya dan kejayaan untuk dikongsi bersama.Motivasi, blog , bisnes internet dan internet marketing dalam urusan peniagaan
Monday, 5 November 2012
kembali kepada sekolah
Pada 4.11.20012, saya telah menghadiri mesyuarat agong bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru. Dimana mesyuarat yang dijalankan untuk memilih barisan kepimpinan untuk menerajui supaya persatuan ini dapat menyumbang sesuatu kepada sekolah yang pernah kami sama-sama menimba ilmu satu hari dulu. Alumni Sdary telah ditubuh pada tahun 2006 dengan rasminya melepaskan jawatan kepada barisan-barisan baru supaya segala urusan untuk memantapkan persatuan ini. Saya agak terkejut dan berbesar hati diantara beribu-ribu bekas pelajar saya tersenarai sebagai Bendahari . Tugas yang amat berat dan memerlukan kejujuran serta amanah. Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam bisnes, inilah sumbangan saya kepada pihak sekolah dan saya akan buktikan bahawa seorang yang mempunyai latar belakang bukan interlektual dapat berbakti kepada sekolah.
Wednesday, 31 October 2012
Berkawan dengan sesiapa sahaja.
Saya tidak pernah membataskan diri berkawan dengan sesiapa sahaja. Memang betul , kalau kita kawan dengan orang baik , baiklah jadinya tapi kalau sebaliknya kita akan terinaya sendiri. Bagi saya , kita diberi tuhan dengan akal yang sebaiknya, pandai-pandailah kita menerima samada baik atau sebaliknya. Untuk menjadi insan yang cemerlang kita harus ramai kawan untuk menyokong kita. Banyak kawan bererti kita dapat belajar dari pengalaman orang lain. Kadang-kadang pengalaman orang lain mematang kita.
Wednesday, 3 October 2012
Sokong orang lain punya bisnes
Salah satu tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah kita seharusnya menyokong bisnes orang lain .Lebih lagi pada orang yang baru untuk berniaga.Sekiranya kita menyokong bisnes orang lain kemungkinan orang lain juga akan menyokong bisnes kita. Pada mereka yang baru memulakan perniagaan kita mesti menyokong dan jangan memperkecilkan mereka. Apasalahnya kita bersaing secara sihat dan jangan sombong.
Friday, 28 September 2012
Terlalu berkira
Tidak salah jikalau berkira tetapi sekiranya terlalu berkira ini melambangkan kita seorang yang kedekut. Ramai diantara kita yang mula untuk berniagaa terlalu berkira untuk membelanja sesuatu arah kebaikkan. Bagi saya apa yang saya dapat didunia ini bukan untuk saya seorang tetapi ada bahagian untuk orang lain. Agak pelikkan ? sekira seorang yang berbicara dengan seorang pelanggan tentang sesuatu projek beribu-ribu ringgit tetapi air secawan agak berkira. Salah satu tabiat saya , saya suka memperlawa orang makan dengan saya dan belanja meraka. Saya tidak kira sesiapa mereka. berpangkat atau tidak belanja tetap belanja. Niat saya ikhlas.............
Monday, 24 September 2012
Perancangan Perniagaan.
Sebelum melakukan perniagaan kita harus menyediakan plan A dan plan B.Plan A sekiranya sesuatu perkara itu berhasil. Apa yang tindakkan yang selanjutnya? Plan B pula kita harus menyediakan tindakkan sekira tidak berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)