Saturday, 16 February 2013

Kawal minda separa sedar.

Minda separa sedar bersifat berkecuali dan diibarat seperti tanah liat (plastecine) kerana ia dapat membentuk mengikut sesuka hati kita. Minda separa sedar tidak membuat keputusan tetapi hanya mengikut arahan minda sedar kita. Maka apabila kita mengawal sepenuhnya minda  sedar kita dengan mendisplinkan diri bercakap dan memikir hanya perkara yang kita mahu bererti kita mengarah minda separa sedar supaya berfikir, berkata-kata dan bertindak dengan memboleh kita berjaya sahaja. Di sini bemakna minda separa sedar menunggu arahan setiap aktiviti kita lakukan dan cara kita berfikir.

Latihan minda separa sedar.

Kawal minda separa sedar.Tetapkan matlamat dengan jelas tentang apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Sekiranya anda seorang peniagaan tetapkan keuntungan setiap bulan serta sesuatu yang boleh meningkatkan peniagaan anda. Cuba setkan matlamat didalam minda supaya dapat diterjemahkan melalui minda separa sedar. Tanamkan matlamat yang mendalam. Kajian mengatkan minda separa sedar beroperasi sewaktu kita tidur.Minda separa sedar akan merekod segala aktiviti kita sewaktu kita berjaga.Mulakan dengan setkan matlamat yang kukuh.

Bayangkan diri kita hebat

Teruskan dengan membina matlamat dengan membayangkan kita peniaga yang paling hebat dalam bidang yang kita ceburi. Lupakan tentang perkara yang negatif dan berhenti untuk mengkritik. Tetapkan didalam hati dan fikiran tetang perkara yang positif sahaja. Acuan minda separa sedar yang berjaya bermula pada fikiran yang positf. Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai matlamat yang kuat, sentiasa positif dalam bidang mereka. Keputusan mereka adalah tepat walau pernah menemui kegagalan.

Apabila kita terpandang seseorang memandu kereta mewah atau melihat rumah mewah katakan, " Saya akan memiliki seperti apa yang saya nampak sekarang ini ".Saya pasti akam memilikinya !!!! Ini bukan angan-angan tetapi impian.

Kitalah yang menetapkan, orang lain hanya membantu , maka kita juga mampu mencapainya. Impian tiada hadnya.

Blog untuk perniagaan.

Semakin hari semakin banyak bisnes yang baru muncul semada dionline atau pun di offline. Secara dasarnya setiap bisnes yang dibina memerlukan promosi . Bagaimana mempromosikan bisnes anda ? satu persoalan yang mempunyai ribuan jawapan. Saya mengunakan blog salah satu untuk mempromosikan bisnes saya. selain dari facebook blog mempunyai fungsi yang tersendiri .

Bagaimana blog berfungsi sebagai bahan promosi bisnes anda ?


  • Hasil penulisan yang baik dan bermutu tinggi membuat blog yang ditulis menjadi tumpuan pengunjung. Di sini setiap blog yang dihasilkan mempunyai fungsi tersendiri , yang paling penting isi kandungan memberi manfaat kepada setiap pengunjung.
  • Anda boleh menulis tentang produk anda tetapi timbulkan kelebihan yang ada pada produk anda. Jadikan produk anda lebih baik dari yang lain.
  • Blog juga berfungsi sebagai mengumpul kenalan dan rakan-rakan yang berkunjung. Mereka boleh memberi komen disamping dapat memberi pendapat tentang blog post yang terbaru.
  • Blog merupakan satu media untuk memprkenalkan barangan ataupun produk. Ia mudah lihat dan mudah dipelajari untuk membina.
  • Satu keistimewaan blog ialah blog yang dibina dari google adalah percuma. Cuma anda perlu belajar teknik SEO bagaimana untuk mempromosi blog tersebut
  • Blog mudah tersenarai dalam search Engine (Google) kerana blog merupakan produk enjin percarian milik google.
  • Pembinaan blog agak mudah dipelajari seperti bermain Lego seperti blogspot aplikasi yang untuk membina blog terlalu mudah untuk dipelajari.
  • Kepada yang pakar dalam HTML atau java kod tentu mereka lebih arif dalam pembinaan blog kerana HTML dalam blog agak mudah diselenggarakan.
  • Banyak buku tentang blog telah dihasil untuk menjadi lebih pakar dalam perngurusan blog perniagaan pelajari dengan mereka yang pakar tentang blog.
  • Ada juga blog yang dibina mempunyai proses pembeliaan yang mudah. 
Keistimewaan blog.

  • Mudah diselenggara.
  • Percuma.
  • Mesra SEO kerana blog merupakan produk Google
  • Mudah mendapat follower yang ramai.
  • Tempat untuk mempromosi produk atau bisnes.
  • Merupakan tempat simpanan matlumat bisnes anda.
  • Blog post terbaru boleh dihebah melalui News Feed.
  • Blog merupakan produk yang stabil dan jarang mengalami masalah dalam melayarinya.
  • Ramai yang menjadi kaya melalui blog.
  • Pembayaran juga boleh dilakukan melalui blog.



Friday, 15 February 2013

Awas jika anda terima email dari maybank2u.

Baru-baru ini saya telah menerima email kononnya dari Maybank yang mengatakan bahawa akaun saya telah ditahan (Bloked) . Oleh itu saya dikehendaki untuk matlumat seperti yang disiarkan . Kepada para penguna Maybank2u anda semua dinasihat agar berwaspada apabila menerima email tersebut. Perkara yang utama apabila anda menerima email tersebut :


Awas jika anda menerima email ini


  • Jangan klik apa-apa yang terdapat pada email tersebut
  • Senaraikan email tersebut sebagai SPAM (bergantung pada aplikasi email anda)


Nasihat dari maybank2u.com.my

Thursday, 7 February 2013

Rahsia Kejayaan bisnes orang Cina.

Sempena sambutan tahun baru Cina 2013 , saya berminat untuk menulis tentang bisnes orang cina. Di sini saya amat berminat tentang kejayaan daripada bangsa cina. Di Malaysia bumi yang bertuah ramai bangsa cina menjadi taraf jutawan dan hartawan . Kita sepatutnya mencotohi dan mempelajari bakat yang dikurnia oleh bangsa cina. Berkawan dan berkerjasama dengan mereka membolehkan kita berkongsi kejayaan mereka. Saya juga pernah berkerja dengan bos berbangsa cina, banyak tips-tips pemasaran yang saya perolehi. Bangsa cina terkenal dengan sikap tidak kedekut dari segi kewangan dan ilmu. Mereka akan memberi pertolongan sekiranya perlu.

Bangsa yang penuh dengan Falsafah.

Orang cina terkenal dengan banyak falsafah , salah satu " Dimana ada air disitu ada orang cina". Ini bermaksud di  daerah, kampung, bandar dan sebangainya mesti kita akan jumpa orang cina berniaga. Mereka amat mudah dijumpai melalui bisnes yang mereka ceburi. Falsafah ini juga bermaksud air sebagai sumber alam yang amat berharga dan sesuatu yang amat bernilai. Oranag cina beranggapan air sebagai satu sumber rezeki. Patutlah rata-rata pelajar cina sekolah , masing-masing membawa botol air yang agak besar berbanding dengan kita.

Bakat semula jadi sebagai peniaga.

Orang cina yang berniaga dianggap mulia berbanding dengan makan gaji. Mereka amat mengutamakan perniagaan sebagai sumber mencari rezeki. Kebanyakan mereka yang makan gaji akan berakhir dengan menjadi peniagaan.  Golongan peniaga dipandang mulia kerana mereka ini merupakan golongan yang berani kehadapan dan berani mengharungi cabaran.  Bagi yang makan gaji mereka ini dianggap belum cukup dewasa untuk menjalankan kehidupan yang sebenar.

Kenapa mereka dipanggil Tauke?

Satu panggilan yang amal mulia sekiranya seseorang cina berniaga. Semua orang cina bercita-cita untuk menjadi tauke kerana mereka dapat menentukan taraf hidup mereka tanpa kongkongan oleh sesiapa. Tauke adalah pemimin segala cakap, perbuatan dipandang serta dihormati oleh pekerjanya. Keadaan ini menjelaskan kepada golongan bisnes yang amat mulia. Dengan minat yang mendalam terhadap perniagaan sedikit sebanyak  mendorong masyarakat cina untuk berniaga dan bergelar sebagai peniaga yang berjaya. Tidak dinafi bahawa mereka juga ada yang gagal dalam perniagaan.

Bakat bisnes bukan diwarisi dari keturunan.

Mari kita tengok sejarah taikun yang sudah lama berjaya di Malaysia. Kebanyakan adalah mereka berasal dari golongan petani dan tidak mempunyai pengetahuan tentang peniagaan. Apa yang membawa kepada kejayaan mereka adalah faktor kemiskinan dan tiada pilihan lain untuk mereka meneruskan hidup. Ini membawa mereka cenderung pada perniagaan kerena mereka tiada pilihan lain untuk mencari rezeki. Di sini bermakna bakat bisnes bukan diwarisi oleh keturunan. Apa yang membuat mereka berjaya adalah kerja keras dan usaha yang gigih dan bukan dari keturunan.

Dilatih dari kecil untuk berniaga

Orang cina Selalunya akan mewarisi peniagaan mereka. Peniagaan mereka adalah peniagaan keluarga. Apabila mereka berniaga , mereka mahukan keluarga mereka mengusai peniagaan mereka. Anak-anak yang yang masih kecil diberi pendedahkan tentang ilmu perniagaan. Salah satu ilmu Matematik, bagi mereka seseoarang peniaga yang berjaya memerlukan kemahiran kira-kira untuk menjadi peniaga yang berjaya. Ada pula yang membawa anak-anak kecil ke premis peniagaan untuk memberi pendedahan di peringkat awal supaya mereka tidak kekok bergelar peniaga pada masa dewasa kelak.

Untuk berjaya kita mesti mengormati kedua Ibubapa.

Menurut ajaran confucius. untuk berjaya kita seharusnya mengembirakan kedua orang tua kita. Ini adalah satu cara untuk menunjukkan perhormatan terhadap kedua ibubapa . Mereka ini dianggap mulia oleh bangsa cina.Mengembira ibubapa adalah petua kejayaan bangsa Cina.





Tuesday, 5 February 2013

Kenapa Facebook Like Penting ?


Salah satu teknik promosi di oinline dengan mendapat facebook like yang banyak. Dengan facebook like yang banyak  memudahkkan anda mempromosi bisnes anda di online. Facebook like adalah sesuatu teknik promosi yang penting kerana semakin banyak pengunjung yang like semakin mudah untuk anda menghantar matlumat kepada bakal pelanggan.

Pengguna Facebook yang mendapat facebook like yang banyak 

  • Artis dan selebriti
  • Pemimpin
  • Seseorang yang mengundang kontrovesi
Adakah kita salah seorang diatas , sekiranya tidak dsini saya akan memberi beberapa tips untuk mendapat facebook like yang banyak. Semoga menjadi sesuatu yang berguna untuk anda menjana pendapat di online.
Teknik dan tips mendapat Facebook like yang banyak adalah seperti berikut :-

  1. Bina Facebook pages- Dengan cara ini kita dapat mengumpul  followers disamping itu juga matlumat yang dihantar agak mudah berbanding dengan facebook personal kita. Di Sini kita dapat berterus terang tentang bisnes yang kita jalankan.Perkenalkan bisnes anda di Facebook Pages Invite kawan-kawan anda sebagai Fan.
  2. Gunakan iklan berbayar yang di sediakan oleh Facebook - Ini adalah cara yang memerlukan modal , cara ini juga dapat meningkat facebook like kerana pihak facebook akan mengutamakan kepada pelanggan yang berbayar mendapat ranking yang terbaik. Teknik ini adalah teknik terbaik dan anda dinasihat membayar mengikut kemampuan.
  3. Meletakkan tanda like diblog - Ini adalah teknik yang amat popular. Berbagai-bagai teknik meletak tanda like diblog masing .Ada hadapan blog dan ada juga di blog post masing-masing. Sebelum ini saya ada menulis cara untuk meletak tanda like kedalam blog. Sila rujuk blog post saya yang terdahulu.
  4. Mengunakan Tajuk yang menajubkan - Seseorang pengujung atau bakal pengujung akan klik like sekiranya mereka membaca sesuatu yang amat luarbiasa.Kemudian mereka kan mengklik butang share. Ini akan menaikkan ranking blog atau website yang anda bina.
  5. Paparkan berita terkini- berita terkini selalunya mendapat klik like yang banyak. untuk mendapat facebook like yang banyak kita seharus mengikuti trend semasa dan berita terkini.
  6. Memberi tutorial percuma - Memberi sesuatu informasi yang percuma selalunya mendapat facebook like yang banyak. Sekirannya sesuatu ilmu yang diberikan .Insyallah para pengunjung pasti akan klik like pada facebook pages anda.
  7. Gunakan tag line " please like and Share " - Ini adalah tag line yang popular selepas yang memberi sesuatua yang percuma cuba anda letak tag line ini dihujung ayat anda. Mereka yang selalu menggunakan tag line ini selalunya mereka yang mendapat pengaruh yang ramai dalam online.
  8. Gambar yang menarik- postkan sesuatu gambar yang luar biasa dan  postkan gambar yang memberi pengajaran , ketenangan dan gambar berkaitan dengan agama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...