Saya didatangi oleh salah seorang
pelanggan kawan baik saya. Tawaran agak menarik beliau memberi tawaran bisnes kepada saya dan mengatakan ingin mengunakan perhidmatan saya . Disamping itu juga beliau memburukan rakan baik saya dan mengatakan rakan saya itu tidak boleh lebih kurang dalam bisnes dalam pembayaran. Apa yang saya tahu pelanggan tersebut suka melengah-lengah dalam soal pembayaran. Bagi saya memang patutnya kawan saya bersikap sedemikian untuk pelanggan yang suka melengah-lengah tentang pembayaran. Tawaran yang diberikan agak menarik disamping itu juga dapat menambah pelanggan ke syarikat saya. Keputusan saya ialah saya menolak tawarannya , adalah kerana nilai persahabatan yang diboleh dijual beli dan saya ingin menjaga persahabatan supaya kekal selama-lamanya. Bagi saya biar saya kurang pelanggan tetapi saya ada
maruah dalam peniagaan.
Kalau dia boleh burukkan org.. nnti diri kita pula jadi mangsa seterusnya..
ReplyDelete