kejatuhan titik permulaan untuk berjaya dan kejayaan untuk dikongsi bersama.Motivasi, blog , bisnes internet dan internet marketing dalam urusan peniagaan
Friday, 21 December 2012
Lebih kepada pemerhati
Sikap saya adalah suka memerhati dan tingkah laku orang lain, disini saya banyak perkara yang boleh saya pelajari. Bila kita kurang bercakap dan banyak berdiam diri kita dapat kenali pelbagai sikap manusia. Ramai diantara terlalu banyak bercakap dan berjanji tapi kurang melakukan sesuatu tugas. Bak kata pepatah " umpama tin kosong " . Di dalam fikiran dan otak memang terlalu banyak idea tapi hanya beberapa peratus sahaja idea yang kita fikirkan dapat kita lakukan. Berbalik kepada peniagaan pula saya banyak mendengar komen dari pelanggan agar saya dapat meneliti sesuatu dan membuat keputusan dengan baik. Ini adalah kerana setiap keputusan dibuat adalah dengan cara terbaik kepada semua pihak bukan menyebelahi dengan satu pihak sahaja. Dalam kita berdiam banyak faedah dari kita bercakap tanpa hala tuju. Teringat kata mak saya jangan bercakap bila makan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dtg follow dan bw
ReplyDelete