Friday, 22 February 2013

Bagaimana membuka Kedai Online ?

Pada masa ini ramai yang telah menceburikan dalam perniagaan online. Berbagai produk yang telah menjadi perhatian ramai. Ada yang menjadikan bisnes online sebagai satu sumber pencarian yang utama dan ada menjadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Saya menyarankan agar kepada anda yang baru berjinak-jinak dalam bisnes online agar membuka kedai online iaitu e-commerce (E- Dagang). 



Kehebatan Kedai Online (E-dagang)
  • Kita dapat mennyenaraikan segala produk dalam satu portal
  • Kemudahan untuk menjual beli .
  • Mudah untuk mengemas kini barangan yang terbaru
  • Fokus terhadap barangan dijual adalah tinggi memudahkan portal yang dibina  tersenarai dalam enjin pencarian (google).
  • Mudah diselenggarakan
  • Harga yang dikenakan agak berpatutan dan bergantung pada applikasi.
  • Ini adalah satu perniagaan online yang terus terang menerang produk yang anda jual kerana kebanyakan kedai online tidak memerlukan artikel yang banyak dan hanya memerlukan gambar dalam kata lain selling Straight to the point.


Cara-cara untuk membuka Kedai Online 

1. Kenal pasti barangan atau  produk untuk diniagakan di online.
2. Bagaimana pembayaran dibuat ? contoh yang paling senang adalah Maybank2u dan Paypal.
3.Penghantaran juga mesti dititik berat. Cari barangan dan produk mudah untuk penghantaran kerana semakin berat barangan yang dihantar semakin mahal kos penghantaran. Contoh terbaik pos laju dan syarikat kurier swasta.
4. Target pelanggan juga mesti diambil perhatian. Adakah pelanggan anda muda atau berumur , perempuan atau lelaki   , atau produk anda untuk semua tidak kira peringkat umur.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...