Setiap orang mempunyai impian bahawa satu hari nanti kita tergolong dari insan yang berjaya. Sebenar insan yang berjaya mempunyai prinsip tersendiri dan mempunyai perlakuan yang tersendiri. Hasil dari kajian dan pemerhatian disini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang patut kita ketahui tentang perkara yang membentuk seseorang itu berjaya.
Orang yang berjaya mempunyai matlamat yang kukuh tidak pernah terlintas untuk berubah. Matlamat pada mula agak sukar dikecapi tetapi menjadi mudah dengan usaha yang keras . Tanamkan matlamat untuk berjaya dan memberi manfaat kepada semua orang.
Berdisplin
Perkara yang amat sukar sebagai seorang manusia ialah sentiasa mematuhi segala displin. Menepati masa juga adalah salah satu orang mempunyai displin yang kuat. Ramai diantara kita gagal menepati masa sekiranya janji temu telah dibuat. Orang yang berjaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Tiada erti Cuti.
Orang yang berjaya berkerja lebih dari orang biasa berkerja. Sentiasa memikir tentang sesuatu agar apa yang direncana menjadi sesuatu yang terbaik. Mereka bekerja dengan keras untuk mengecapi sesuatu kejayaan dan masa tidur mereka agak kurang dari orang biasa.
Percaya pada perniagaan memerlukan modal
Setiap perniagaan yang dijalan mesti memerlukan modal samada kecil atau besar. Baru-baru ini kita selalu digembar-gembur tentang perniagaan tanpa modal . Itu adalah BOHONG!!!!.Jangan percaya dengan tag line ini . Bagi saya setiap yang menguntungkan memerlukan modal untuk bergerak. Ada pula yang inginkan sesuatu yang percuma dan segera mendapat keuntungan. Perkara ini adalah salah, perlaburan dan modal memang perlu untuk membentuk satu perniagaan.Masa dan tenaga adalah modal , jadi perniagaan apa yang tidak memerlukan modal ?
Berani
Manusia yang berjaya mempunyai sikap yang berani . Untuk berjaya kita seharusnya berani .Berani menghadapi diri sendiri adalah perkara permulaan sebelum kita berhadapan dengan orang lain. Kita seharusnya berlawan dengan diri sendiri dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Berani menghadapi kerugian dan mereka berpendapat untung lawan rugi. Perkara ini jarang ada pada mereka yang biasa sahaja. Orang biasa selalunya ingin berniagaan tetapi takut keluarkan modal. Semakin besar kejayaan yang dikecapi semakin besar cabaran yang di hadapi. Hanya mereka yang berjaya sahaja berani menghadapi cabaran besar.
Berfikiran positif
Ini adalah perkara penting bahawa kita seharusnya mempunyai fikiran yang positif dalam diri. Orang yang berjaya selalunya memberi pendapat yang positf dan berfikiran secara positif. Berfikiran yang luar biasa mejadi kita insan yang ternama. Jangan beri alasan kerana alasan itu menyekat kejayaan kita.
Rela bergelar sebagai murid.
kita seharusnya menuntut ilmu dari mereka yang mula-mula makan garam .Ini adalah kerana mereka yang terdahulu mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang yang kita minati. Mereka yang berjaya sentiasa merendah diri dan sentiasa menuntut ilmu. Untuk menjadi seorang pandai , kita seharus menjadi seorang bodoh dahulu. Di samping itu juga pengalaman adalah guru mereka. Mentor memang patut ada pada seseorang yang inginkan kejayaan. Jangan berlagak pandai pada benda yang kita tidak tahu. Belajar dan terus belajar. Kemungkinan disatu hari nanti kita pula akan menjadi pengajar pula.
Berfikiran luar kotak fikiran
Orang yang berjaya sentiasa THINK BIG . Selalu menjadi kegawatan itu salah cara untuk kaya raya. Meraka sentiasa membuat sesuatu diluar kotak fikiran. Sentiasa memberi persembahan yang sukar kita jangkakan. Hampir semua orang yang berjaya melakukan perkara ini. Semoga kita tersenarai dari kalangan mereka.
Sentiasa memberi
Ramai manusai yang bergelar insan yan berjaya. mempunyai yayasan yang tersendiri. Sebagai umat islam kita diwajibkan memberi pada mereka yang kurang bernasib baik.Ramai jutawan didunia ini mempunyai yaysan yang tersendiri.Mereka tidak kedekut untuk menolong tetapi tidak pada orang biasa, mereka agak kedekut untuk memberi dan sentiasa menunggu faedah yang diberikan. sekiraya anda kedekut anda tidak mungkin akan berjaya.
Tidak mengharapkan orang lain.
Ramai diantara kita selalu mengharap bantuan dari pihak lain untuk membuat sesuatu. Seseorang yang hebat kurang berharap dari orang lain. Mereka sentiasa kehadapan dan tiada alasan untuk mereka . Dalam bahasa lain mereka adalah HERO pada bidang mereka.
nice info..boleh jadi pedoman saya...tq
ReplyDelete