Berniaga tanpa produk di online.
Internet menjanjikan peluang perniagaan yang menguntung kepada mereka yang mahir dan mempelajari teknik terkini didalam online sehinggakan tanpa produk pun anda boleh berniaga. Bunyi agak janggal bukan ? tapi ini adalah realiti dan kehebatan bisnes online. Mari kita teliti bagaimana caranya untuk menghasilkan wang tanpa memerlukan produk.
Google Adsense.
Cek dari Google Adsense atas nama isteri saya.
Bagaimana Google Adsense berfungsi ?
Hanya dengan menampal kod html kedalam laman web anda atau blog sudah cukup untuk menantikan duit dari Google Adsense. Kaedah paste dan copy adalah perkara biasa dalam Google Adsense. Apa yang menarik anda tidak perlu tahu tentang iklan tersebut pihak google akan menguruskan kesesuaian iklan terhadap laman web atau blog anda. Apa yang patut anda buat pilih corak iklan yang bersesuai dengan laman web anda. Ini termasuklah dari segi warna untuk memenuhi citarasa klik pada iklan tersebut. Bagi saya berikanlah warna yang menyerlah supaya pengunjung dapat mudah untuk klik iklan tersebut.
11 Teknik berkesan dalam Google Adsense.
- Gunakan keyword (kata pencari) yang kurang tersenarai dalam enjin pencari . Ini adalah kerana setiap yang kurang mempunyai harga yang mahal . Sekiranya anda dapat menyenaraikan keyword tersebut dalam enjin pencari , ini bererti keyword tersebut akan menjadi sesuatu yang berharga dalam bisnes Google Adsense. Setiap keyword mempunyai nilai tersendiri bergantung kepada bidaan di dalam Google Adword.
- Serlahkan iklan anda kepada pengunjung. Namum begitu artikel patut diambil kira, jangan tenggelamkan artikel anda kerana enjin pencari anda memerlukan artikel untuk membantu pengunjung mencari matlumat.
- Tiada yang ajaib google adsense semua yang berjaya dalam bidang ini mempunyai teknik tersendiri. Salah satunya gunakan laman sosial untuk mempromosi laman web anda. pelajai lebih dari satu laman web sosial. Di Malaysia paling popular Facebook dan twitter sahaja. Malah ada yang banyak dan berguna untuk mempromosi laman web sebagai contoh Digg.com , technorati dan lain-lain lagi.
- Buat laman web berbahasa Inggeris , hasil dari kajian laman web berbahasa Inggeris mempunyai bayaran yang tinggi dalam Google adsense.
- Artikel yang ditulis mestilah berbentuk produk. Berbanding dengan perkhidmatan bayaran yang dikenakan agak murah berbanding laman web yang berbentuk produk.
- Letakkan laman web anda dikalangan negara-negara eropah.
- Highligtkan artikel anda yang berkaitan dengan tajuk laman web anda sekurang-kurang tiga kali.
- Hasil dari kajian artikel hartanah dan kewangan mempunyai nilai google adsense yang tinggi.
- Selalu mengkaji keyword yang berada dalam kategori mahal melalui adword keyword tool. Anda boleh menganalisikan keyword yang mendapat bidaan tertinggi.
- Paling penting ialah original dalam menulis patut diambil kira untuk berjaya dalam Google Adsense.
- Sentiasa mengikuti forum yang berkaitan dengan Google Adsense. Ramai yang bijak pandai dalam bidang ini selalu berkongsi cerita bagaimana untuk membuat wang di Google Adsense.
- Belajar dari mereka yang pernah berjaya dalam Google Asense atau labur sedikit wang untuk membeli ebook yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment