Tuesday, 14 October 2014

Kekuatan di sebalik amalan bersedekah.

Pada post kali ini , saya akan bercerita tentang sesuatu kisah yang berkaitan dengan keluarga saya. Semoga menjadi tauladan dan panduan pada mereka diluar sana . Alhamdullilah  , pada 10.10.2014 saya dikurniakan seorang bayi lelaki pada pukul 9.43 mlm. Saya begitu teruja dengan kelahiran bayi tersebut. Sembilan Bulan lepas isteri saya telah disahkan mengandung oleh sebuah hospital Swasta.

Kenapa saya memilih hospital Swasta untuk melahirkan anak ?

Seperi anak yang pertama dan kedua , tempat untuk melahir anak kami adalah sebuah hospital swasta di bandaraya Johor Bahru. Ramai yang bertanya kepada saya , kenapa hospital swasta tetap menjadi pilihan. Bagi Hospital kerajaan pun agak baik perhidmatan cuma kami sudah menjadi kebiasaan dari awal mengandung hingga saat untuk melahirkan. Kami bukanlah pasangan yang hidup mewah tetapi bila isteri saya disahkan mengandung , kami telah menyimpan dari awal perbelanjaan untuk isteri saya melahirkan anak kami. Memang tidak dinafikan kos melahirkan dihospital swata adalah tinggi sedikit . Dengan ekonomi bisnes kami yang tidak menentu kami nekad untuk keswasta dan dengan harapan bahawa bahagian kami di hospital kerajaan kami korban untuk mereka yang lebih memerlukan.


Berbalik pada awal isteri saya disahkan mengandung keadaan posisi anak kami tidak seperti yang diharapkan iaitu songsang. Kami bersabar dan terus menanti bahawa kandungan tersebut dalam keadaan posisi yang betul. Perkara ini berlanjutan hingga ke sembilan bulan. Ramai telah menasihatkan saya agar berurut untuk membetulkan posisi. Tapi saya lebih kepada berserah kepada Allah yang menentukan . Apa yang merisaukan saya kos pembedahan untuk isteri saya dianggarkan RM6k hing RM10k . Dalam keadaan ekonomi sekeluarga yang agak tidak memberansang ini amat merisaukan kami. Sekali lagi perkara ini menghantui saya dan isteri kerana yang kos amat mahal. Saya tertanya-tanya pada diri saya perlukah saya ke Hospital kerajaan ? Dengan keadaan kewangan yang tidak selesa dan saya teruskan untuk ke swasta . Disini saya ingin kongsi kuasa doa dan sedekah. Setiap selepas sembahyang saya sentiasa berdoa kepada Allah agar berilah saya jalan pentunjuk dapa masalah yang saya hadapi. Selain dari itu saya komitmenkan diri saya ini untuk memberi sedekah setiap hari di Masjid atau pun orang perseorangan. Jumlah tersebut biarlah rahsia tetapi yang penting hari-hari. Komitmen saya untuk bersedekah.

Hari berganti hari , bulan berganti bulan kandungan isteri saya tetap sama iaitu songsang. Saya tetap bersabar, Dan menantikan keajaiban berlaku. Allah maha mengasihini umatnya yang sentiasa bersabar. Apa yang mengejutkan saya, seminggu sebelum kelahiran bayi saya itu doktor mengesahkan bahawa keadaan posisi kandungan isteri saya berkeadaan normal. Bersyukur saya ke hadrat Illahi yang telah memakbulkan doa saya. Pada 10.10.2014 (Jumaat ) jam 9.45malam, isteri saya telah melahirkan seorang bayi lelaki , 3.17kg secara normal . Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...