Tuesday 22 January 2013

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula
Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali.  Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi  di Asia,   Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand. Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan  dengan  pekerja  kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

Seorang jutawan , kini bergelar penjual sanwich dijalanan.

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu. Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich. Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan. Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.



14 tahun  kini !!!!

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semulaKini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi  seorang penceramah (speaker) jemputan  yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap, ‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. Kekuatan saya ada didalam diri saya iaitu semangat juang yang tinggi.” Jawab beliau


Bagaimana mendapat bantuan kewangan tanpa berhutang...
Posted by Charity Id on Wednesday, 30 September 2015

Monday 21 January 2013

Bina email marketing paling efektif

Email adalah cara yang diguna pakai sejak internet diperkenalkan.Tahukah anda ? Pemasaran email  yang efektif membantu perniagaan anda bertambah maju selain dari menghantar matlumat.


 Perlu diingat bahawa menghantar email secara melulu boleh menjadikan blog atau website kita disenarai hitam (SPAM) oleh enjin pencari (search engine). Untuk berjaya dalam online bisnes email adalah sesuatu yang penting supaya pelanggan dapat berhubung dengan peniaga.Di sini kita kongsikan bersama bagaiman untuk membina email marketing yang paling efektif.



Bagaimana mengunakan email secara efektif ?

  • Sedia borang untuk pengunjung anda meletakkan email mereka , berikan sesuatu kepada mereka sekira mereka memberi email mereka seperti newsletter, promosi terkini dan sesuatu yang diluar jangkaan .
  • Jadikan email anda seperti promosi berulang seperti promosi perayaan sediakan potongan harga yang menarik sekiranya hampir dengan tarikh perayaan.
  • Pengurusan email amat penting, kita seharusnya mengumpul email yang pentig disuatu sudut .Disini mudah kita kenal pasti pelanggan tetap, pelanggan baru dan bakal pelanggan.
  • Pelajari menulis email dengan bijak, lihat contoh-contoh bagaimana untuk memperkenalkan sesuatu barangan atau produk dengan email .Jangan SPAM  atau menghantar email secara melulu , pelajari bagaimana berhemah dengan menghantar email.

Jenis- jenis email yang patut anda tahu.
  • Direct email - email yang dihantar terus kepada pelanggan untuk mempromosi sesuatu produk (Ingat jangan hantar secara melulu)
  • Retention email - email yang dihantar untuk memberi tahu matlumat penting tentang sesuatu produk dan memberi tahu tentang kegunaan produk tersebut.Selalu ini membuat pelanggan tertanya-tanya tentang produk tersebut kerana ianya tidak diberikan secara terperinci.
  • Newletter Advertising - Email yang memberitahu tentang perihal barangan secara menyeluruh. selalu email ini dihantar kepada mereka yang mengisi borang di blog yang mereka layari. Mereka ini adalah bakal pelanggan atau pun pelanggan tetap.Email ini adalah yang paling efektif kerana pelanggan ingin tahu apa berita yang selanjut tentang sesuatu produk.
How To Build A Big Damn Email List Of People Begging To Send You Money!

Mendapat ranking terbaik dalam blogging.

Teknik mendapat ranking terbaik

Sebagai seorang blogger kita seharusnya menulis dengan penuh pengisian supaya mendapat manfaat dari pengunjung yang melayari blog kita. Untuk mendapat ranking terbaik kita seharusnya tidak harus mengecewakan para pengunjung melayari blog kita. Sesuatu blog yang berguna , seharusnya tidak mempertonjol dan mempenuhi ruang hadapan dengan iklan. Ini akan membuat pengunjung merasa bosan dan  membuat blog anda sukar dilayari.Cukup dengan satu atau dua iklan mempromosi perniagaan anda diblog.Jangan jadikan blog serabut dengan iklan.



Memenuhi citarasa Pengunjung

Setiap blog post  yang berguna akan tersenarai sebagai blog yang mendapat ranking terbaik sekira apa yang disampaikan mudah difahami. Disamping itu juga tidak menyingung mana-mana pihak .

Sensasi

Buat masa ini, blog yang mempunyai gosip-gosip artis tempat dan luar negara adalah blog paling ramai pengunjung. Bukan di Malaysia malah diluar negara blogger yang menghasilkan cerita-cerita panas dan gosip dapat menghasilkan wang melalui penulisan mereka. Terpulang pada anda untuk menghasilkan blog yang bermutu supaya mendapat ranking yang terbaik.

Mengunakan Tajuk blog post yang menarik

Memang tidak dinafikan pengunaan tajuk yang menarik  membuat para pengunjung tertarik keblog anda. Tetapi perlu diingat pengisian blog pun penting diambil kira. Sekira pengisisan baik , besar kemungkinan blog anda akan mendapat followers tersendiri.


Walaupun tidak mendapat tempat pertama , blog saya  hanya mendapat no.8 di Blogged.my


blog - jatuh bangun dalam perniagaan mendapat 1000+++ visitor sehari

True Story
Did you know that a woman from Florida listed a piece of old grilled cheese sandwich on eBay and sold it for $28,000?! The only easier way to make money is if they grow on trees! Regular people just like you are making a ton of extra cash selling on eBay. eBay business is so easy for me, it’s like taking candy from a helpless baby!



Saturday 19 January 2013

Kisah benar : Pendapatan SGD3,000.00 sehari.

Kisah benar : Pendapatan SGD3,000.00 sehar
Sebagai seorang yang menguruskan barangan atau Kargo ke Singapura . Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda agak muda dalam 20-an. Berpakaian agak simple dan bersahaja. Kisah ini bermula di suatu pagi seorang lelaki datang ke pejabat saya untuk bertanya tentang prosedur uuntuk mengeksport barangan ke Singapura.


 Saya bertanya kepada anak muda ini tentang barang apa yang hendak dibawa masuk ke Singapura ? Dia menjawab dengan selamba " Nasi Lemak ".Dia memberitahu saya selama ini masuk mengunakan van tanpa membuat declaration form mungkin disebab mengalami masalah diantara pihak kastam, membuat beliau ingin melakukan aktiviti ekspot mengikut prosedur.

Anak muda ini memberi tahu saya bahawa dia mengekspot makanan tersebut pada pukul 3pagi hingga 6 pagi. Jumlah nasi lemak yang dibawa ialah 3000 bungkus dan satu bungkus berharga SGD1.00 sahaja. Nasi lemak tersebut diedarkan di kebanyakan  restauran di Singapura. Seperti yang sedia maklum Singapura adalah negara yang Never Sleep kebanyakan kilang-kilang dan sektor pembuatan beroperasi 24 jam  dan berkerja di hari cuti adalah satu pendapatan yang lumayan. Jadi No holiday!!!

Berbalik kepada anak muda tadi , 1 hari SGD3,000.00 dan kalau sebulan berapa ? Tentu lumayan bukan? Anda kiralah sendiri. Satu peniagaan yang kita rasa simple tetapi membawa keuntungan yang hebat. Kepada yang ingin berniaga tidak perlu kita fikirkan yang besar-besar kadang sesuatu yang kecil itu membawa keuntungan yang besar untuk kita.


Friday 18 January 2013

Bagaimana menjadi blog post yang menarik ?

Baru-baru ini  blog saya jatuh-bangun-dalam-pernigaan.blogspot tersenarai sebagai blog menarik di busuk.org .Dimana laman web ini memberi perkhidmatan ping aggregator secara percuma. Disamping itu ia juga dapat meningkat trafik blog kita.

Bagaimana busuk.org berfungsi ?

-Satu laman perkongsian artikel untuk blogger di Malaysia
-Disini mana-mana blog post yang paling banyak  dilayari  tersenarai blog paling popular.
-busuk.org membantu blog kita dalam sistem SEO.
-Menberi backlink percuma sekiranya  meletak banner di blog anda.

Kepada meraka yang masih mencari-cari teknik untuk menaik trafik blog sila layari busuk.org. Pasti berguna untuk menaik blog trafik tetapi yang paling penting blog post hendak juga menarik para pengunjung.




Bagaimana menjadi Blog post yang menarik ?

Sesuatu persoalan yang agak mudah tetapi kadang-kadang menjadi sukar adalah sebab kita kurang pengetahuan tentang keadaan sekeliling. Baru-baru ini  blog saya tersenarai diantara blog post yang menarik. Saya telah menulis serba sedikit tentang Lagenda seni mempertahan diri " Bruce Lee ". Mungkin cerita ini agak lama. Tetapi ramai juga ingin sesuatu info, Bagaimana seseorang yang bertubuh kecil meningkat naik sebagai superhero di Holywood pada masa dulu.

ciri-ciri blog post yang menarik adalah seperti berikut :-

  • Menggunakan tajuk yang boleh menarik perhatian pengunjung.
  • blogger mesti mengikuti trend terkini.
  • Mengunakan kontrovesi -  sekiranya anda mengunakan isu agama dan politik , anda kemungkinan dicemuh oleh pengunjung dan kemungkinan penjara bagi anda jika keterlaluan.
  • bahasa yang digunakan mudah untuk difahami.
  • guna gambar yang menarik perhatian pengunjung- jangan letak gambar lucah kerana itu akan mengambarkan diri anda yang sebenar.
  • berikan tips yang menarik supaya apa yang kita tulis memberi manfaat kepada semua orang.
  • pastikan apa yang anda tulis bukan semata" bagai melepas batuk di tangga". Tajuk saja gah tapi isi hampeh!!!
  • blog post yang menarik,  kemungkinan blog anda post yang berikutnya akan ditunggu-tunggu oleh pengikut anda (followers). Jadikan blog post  anda sebagai drama bersiri.
  • apa yang ditulis mesti sesuatu yang ikhlas dan tulus serta original.


"This was exactly what we had been doing before, and ended up losing 100s of 1000s of dollars letting bots and EAs trade our accounts..You can see $100  in 5 seconds, or $120,500  in 15 minutes (YES that Really happened to us..)"- Click Here!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...