Friday 18 December 2009

Belajar,belajar dan terus belajar

Sekiranya anda terlibat atau pun belum terlibat dalam perniagaan perkara yang paling penting ialah belajar atau pun mencari ilmu. Ilmu dalam perniagaan tidak datang dengan sendiri sebalik ia harus dituntu daripada orang yang berpengalaman.Orang yang berjaya pada masa ini, adalah orang yang belajar dari orang yang terdahulu berpengalaman.

Di zaman berteknologi tinggi ini, ilmu boleh didapat daripada buku,cakera padat,internet dan lain-lain lagi.Carilah ilmu untuk berniaga dengan sebanyak mungkin.

Friday 4 December 2009

Perniagaan Anda dan Diri anda.

Saya memilih bidang transport sebagai perniaagaan saya kerana saya mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang ini.Bagaimana dengan diri anda.Adakah Anda memilih perniagaan yang ada kait mengait dengan diri anda atau sebaliknya.

Hampir 60% setiap perniagaan yang dijalan adalah individu yang mempunyai pengalaman dengan bidang perniagaan yang dijalan.40% adalah mereka yang tidak mempunyai pengalaman tetapi ingin mencuba.Namum demikian, pada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang diniagakan ada pula yang gulung tikar.Kenapa ? Pengalaman berniaga dan berkerja adalah satu perkara yang berlain.Cuba anda fikir sejenak, anda dibayar gaji pada waktu berkerja.selepas itu anda boleh lupakan apa yang anda buat pada siang hari.Namun pada perniaagan, anda harus berfikir 24 jam sehari bagaimana ingin menguruskan dan memajukan perniagaan.

Sekiranya anda memasuki alam perniagaan, perkara paling penting adalah kekuatan :-

1.mental - Dengan adanya mental yang positif segala yang dijalan akan berhasil, berkat daripada kesabaran.Disini juga kita haruskan berani mengambil risiko dan belajar dari kesilapan.Yakin apa yang kita buat adalah satu cara untuk perniaagaan itu berjaya.
2.fizikal- Ramai diantara sekira berniaga, kita boleh duduk goyang kaki dan tunggu hasil datang dengan bergolek.Tahukah anda ? jikalau anda menceburi dalam perniagaan tenaga akan digunakan dua kali ganda daripada anda bekerja.Melainkan perniagaan anda sudah berjaya, mahukah anda bergoyang kaki? Tepuk dada tanya selera.
2.Kewangan-Sekiranya dua perkara diatas sudah lengkap barulah hasilnya wang.Memastikan kewangan mencukupi adalah perkara penting dalam perniagaan.Guna Modal yang minimun untuk memulakan perniagaan dan kalau boleh jangan berhutang.Ramai perniaga yang berjaya pada hari ini bermula dengan perniagaan kecil-kecilan.

Tuesday 17 November 2009

Gunakan Modal Yang Paling Minimum.

Setiap perniagaan memerlukan modal, bohong!!! sekiranya ada perniagaan tidak memerlukan modal.Tidak kira besar atau kecil modal yang diperlukan untuk membuka perniagaan.Modal adalah perkara asas pada setiap perniagaan.

Bagi saya, anda perlu mengkaji dengan sebaik-baik untuk mengeluarkan modal bagi memulakan perniagaan.Gunakan Modal yang paling minimum untuk memulakan perniagaan.Lakukan kira-kira dengan secara terperinci.

Sebolehnya jangan berhutang untuk mendapat modal.Sekira silap langkah, perkara ini akan menjadi beban yang tidak dapat anda selesaikan.

Pepatah cina ada mengatakan "SEKIRANYA ANDA INGIN BERMAIN DENGAN DUIT MAKA DENGAN DUIT ANDA MULAKAN".

Monday 16 November 2009

Bekerja atau berniaga ?



Bekerja atau berniaga ?soalan yang agak simple tetapi agak rumit untuk kita menjawab.Ramai diantara kita menjadikan memilih makan gaji atau bekerja daripada berniaga.Ini adalah kerana sesiapa yang terlibat dengan perniagaan tidak terlepas daripada risiko iaitu kerugiaan dan ada juga yang telah jatuh daripada perniaagaan yang dijalankan.Perkara ini adalah amat memedihkan.

Semua orang tahu 9/10 sumber rezeki adalah berniaga.Kenapa agaknya kita merasa takut untuk berniaga.

1.Tidak tahu nak berniaga apa ?
2.Merasakan bekerja adalah sumber rezeki yang utama hingga keakhir hayat.
3.Tidak suka pening kepala kerana perniagaan adalah sesuatu yang memeningkan kepala.
4.Kekurangan modal.
5.Takut Rugi.
6.Sememang dididik dari kecil "Bila besar nanti kerja Bagus-bagus".

" Adakah anda seorang pekerja yang berjaya kenapa tidak anda jayakan tenaga anda untuk memulakan perniaagaan anda sendiri".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...