Thursday 10 November 2011

Menghadapi Projek besar.

Hujung tahun ini, saya akan diamanah dengan satu projek yang agak besar.Di mana saya akan mengendali pengakutan dan kargo dari singapura ke bukit malawati, selangor. Apa yang merisaukan saya, kargo yang akan dihantar bernilai jutaan ringgit. Disini saya telah membuat RESEARCH AND DEVELOPMENT tentang kargo yang akan dihantar.

Hampir setiap hari saya memikir untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan saya. Walaupun untung tidak seberapa , saya berharap pelanggan saya berpuas hati dengan perkhidmantan yang saya berikan..



Dengan bantuan supplier dan rakan-rakan peniagaan , membuat saya lebih bersemangat untuk menjalankan projek ini. Diharap ,saya  dapat mengendalikan tugas ini tanpa sebarang masalah.

Wednesday 9 November 2011

Terima kasih Boss......

Masih teringat lagi ,10 tahun yang lalu apabila saya baru menceburi bidang pengankutan dan logistic. Jawatan yang saya sandang adalah kerani am, maklumlah dengan berbekalkan sijil pendidikan yang tidak seberapa dan pengalaman kerja umpama " KAIL SEJENGKAL". Gaji permulaan yang diberikan Rm580.00 disitu saya terpaksa berjmat cermat untuk menghadapi hari-hari yang berikutnya.

Setelah setahun bekerja saya mula berminat dengan kerja dan tugas yang diberikan. Setiap tugas yang berikan saya lakukan dengan iklas dan tanggungjawab walau gaji yang diterima tidaklah besar sangat. Boleh dikira dengan jari sepanjang saya bertugas , saya jarang mengambil cuti walaupun terpaksa bekerja pada musim perayaan. Masa saya banyak dihabiskan dipejabat adakala sampai lewat pagi.

Disini saya mula berminat dalam bidang perniagaan pengangkutan dan logistic, dimana segala aspek pengurusan , kewangan dan operasi saya pelajari dengan penuh minat. Di samping itu juga , saya mula mempelajari teknik-teknik pemasaran. Jawatan terakhir saya adalah executive.

Pengalaman paling pahit adalah saya diherdik oleh majikan didepan pekeja lain disebabkan tidak dapat menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan. Malu sungguh saya pada waktu itu. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Bos mana tak marah kalau pekerja tak siapkan kerja. Namun sedikit pun saya tidak berkecil hati dan tidak pula saya menunjuk muka yang marah. Walau bagaimanapun, saya tetap bergelar pekerja dan .idak boleh lebih dari bos saya.Saya ambil pengalaman ini sebagai sesuatu yang positif.

Disini saya juga belajar time management supaya tugas diberikan dapat diselesai pada masa yang diberikan. Ilmu yang diberikan semasa saya bergelar pekerja memang berharga. Sekarang saya pratik apa yang saya belajar dahulu dalam bisnes saya. Bukan senang dapat ilmu dalam perniagaan daripada bangsa yang bergelar cina.

Hingga ke hari ini, bekas majikan saya tetap kawan saya. Kadangkala  dia ada menghubungi saya dan bertanya khabar. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas majikan kerana memberi peluang dalam bidang logistik dan pengankutan. Kepada bekas bos saya , sekarang saya pun bos...


Tuesday 8 November 2011

Perniagaan bukan semudah yang disangkakan.

Buat masa ini kerajaan telah mengalakkan bumiputra untuk menceburi dalam perniagaan. Makin ramailah bakal peniaga berdaftar dengan agensi Kerajaan. Disamping banyak kemudahan yang disediakan untuk golongan ini. Perlu diingat !!!! menceburi peniagaan bukan hanya mendaftar di agensi kerajaan semata-mata. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan samada dari segi kewangan, mental dan fizikal. Ramai diantara kita membuka perniagaan hanya untuk mencari untung semata-mata tanpa memikirkan kebolehan dalam perniagaan yang dijalankan.. Sebelum kita bergelar bussinesman , lebih baik memperlengkapkan diri dengan ilmu dalam selok-belok peniagaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...