Saturday 20 February 2010

Senyum itu pembuka pintu Rezeki

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak danjuga hormon-hormon. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hi...dup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.




Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
 
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Sunday 14 February 2010

Mereka yang tersish , mereka yang berjaya

Mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!.contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Wednesday 3 February 2010

Jepun yang tewas , jepun yang maju

"Pembabitan Jepun dlm perang dunia kedua adalah utk mempertahankan maruah diri dan juga utk memperkukuhkan kedudukannya. Namun begitu, Jepun mengalami kekalahan dan terpaksa menyerah kalah kpd AS setelah dua buah Bandar utamanya dibom oleh tentera AS. Jepum juga mengalami pelbagai perubahan selepas perang dunia kedua, kesan drpd pendudukan AS."

kesimpulannyer Jepun adalah negara gagal dalam peperangan dan bangkit setelah kekalahan.....

Tuesday 2 February 2010

Berani gagal

"seseorang yang betul-betul berjaya telah mengalami bukan satu kegagalan tetapi beribu kegagalan yang dialami dan belajar darpada setiap kegagalan".

Lu aaa… kalau sudah gagal lor… salah siapa? salah lu lor…. kalau sudah cuba… benda yang sama… 5 kali, gagal gagal gagal… maksudnya, lu yang salah… lu tak belajar dari itu kesilapan lor. kalau lima kali sudah gagal… maksudnya, satu, lu tak belajar dari kesilapan. dua, mungkin keadaan buat lu gagal, dan ketiga, industri itu, bukan untuk lu…

so, cari industri lain lor… betul tak betul???
"Billi Lim - Penulis buku BERANI GAGAL

Monday 1 February 2010

"No short cut to success".....

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

perfectionist

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhn...ya & sempurna sebelum mulakan perniagaan".

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...