Friday 28 September 2012

Terlalu berkira


Tidak salah jikalau berkira tetapi sekiranya terlalu berkira ini melambangkan kita seorang yang kedekut. Ramai diantara kita yang mula untuk berniagaa terlalu berkira untuk membelanja sesuatu arah kebaikkan. Bagi  saya apa yang saya dapat didunia  ini bukan untuk saya seorang tetapi ada bahagian untuk orang lain. Agak pelikkan ? sekira seorang yang berbicara dengan seorang pelanggan tentang sesuatu projek beribu-ribu ringgit tetapi air secawan agak berkira. Salah satu tabiat saya , saya suka memperlawa orang makan dengan saya dan belanja meraka. Saya tidak kira sesiapa mereka. berpangkat atau tidak belanja tetap belanja. Niat saya ikhlas.............


Monday 24 September 2012

Perancangan Perniagaan.



Sebelum memulakan sesuatu perniagaan kita harus merangka perniagaan. Perkara ini agak sukar kerana kita selalu berperang dengan fikiran yang negatif tentang sesuatu perniaga berbanding dengan fikiran yang positif. Apa yang selalu kita fikirkan " kalau perniagaan tidak menjadi ? betulkan ? itu yang selalu kita fikirkan.Bagi saya kita perlu membuat perancangan dengan teliti tentang sesuatu perniagaan , terserah kepada nasib jikalau berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita. Apa yang penting kita sudah berusaha kearah kejayaan.

Sebelum melakukan perniagaan kita harus menyediakan plan A dan plan B.Plan A sekiranya sesuatu perkara itu berhasil. Apa yang tindakkan yang selanjutnya? Plan B pula kita harus menyediakan tindakkan sekira tidak berjaya.


Thursday 6 September 2012

Menjadi seorang yang Relax and cool


Saya sering diperli serta dipelekehkan oleh seseorang dalam usaha mengejar kejayaan. Siapa yang tidak marah kerana seringkali diperli dan diejek kerana usaha yang kita buat . Sekira saya melawan dengan tindakan insan tersebut perkara ini menjadi berpanjangan. Perkara yang perlu saya buat adalah menjadi seorang yang relax dan cool. Tidak perlu membalas, hanya tersenyum dengan apabila berhadapan dengan insan tersebut. Bagi saya kalau seorang itu tidak menyukai saya, kita buat perkara yang baik pun tetap dia tidak suka. Sekira orang buat sesuatu yang tidak baik , saya tetap berbuat baik pada insan tersebut. Buang masa saya sekiranya saya berdendam. Apa yang penting kita harus fokus dengan objektif kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...