Sunday 27 February 2011

Perniagaan dan Sukan.


Ramai diantara kita yang terlibat dalam perniagaan terlibat dalam sukan. Seperti ahli koporat, mereka banyak terdedah dengan sukan Golf. Ini adalah kerana sukan ini  amat popular dikalangan ahli-ahli koporat disamping bermain, mereka dapat bertukar-tukar pendapat tentang perniagaan. Sukan juga mengajar kita fokus terhadap sesuatu bidang. Selain dapat menyihatkan badan dan melepaskan tekanan , sukan juga dapat bergaul dengan ramai orang.



Seperti saya, berminat dengan sukan bowling agak sekian lama., dimana bowling mengajar saya erti fokus, kesabaran dan semangat kesukanan. Disini juga saya dapat berkenalan dengan ramai orang dengan berbilang bidang yang mereka ceburi. Disamping itu juga, saya dapat memperkenalkan bisnes yang saya jalankan kepada mereka.



Zulmazran Zulkifli Pemain boling Malaysia merupakan atlit yang saya minati.


Peniagaan dan Sukan


Disamping itu , saya juga telah menghasilkan beberapa blog mengenai boling  Di mana blog yang saya hasilkan mempunyai peranan yang tersendiri sebagai teknik-teknik terkini sebagai pemain bowling dan perkara asas untuk bermain boling ( learn bowling). Untuk mendapat jatuhan pin yang terbanyak bola juga penting , disini juga saya menghasilkan blog untuk bowler mengkaji bola yang sesuai dengan mereka (super bowling   ). Perkara yang paling mencabar sepanjaang berpengalaman dalam sukan boling ialah menganjurkan pertandingan. Pertandingan yang paling besar saya pernah buat adalah melibatkan Wang tunai sebanyak RM13000.00  (Jb Bowling Tournament). Diharap   apa yang saya minati dapat menjadi suatu manfaat untuk dikongsi bersama dan teruskan untuk menyokong segala sukan di Malaysia bumi yang bertuah.

Tips perniagaan dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah



Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.


Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam.


- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Saturday 26 February 2011

Fokus dalam Perniagaan.

Fokus dalam perniagaan adalah salah satu perkara yang penting untuk menjadikan perniagaan yang diceburi berjaya. Ramai diantara kita yang kurang fokus dalam perniagaan, ini adalah disebabkan berbagai idea yang mencurah dan kita pula mencuba sesuatu yang baru. salah satu tip untuk kita fokus dalam perniagaaan ialah menanam matlamat dalam diri dan percaya pada diri bahawa kita boleh laku serta ingat segala yang kita lakukan adalah untuk orang yang tersayang.

Friday 18 February 2011

Bisnes Part Time.

Pada masa ini ramai diantara memiliki bisnis part time termasuk diri saya. Perniagaan part time yang saya ceburi ialah Online Bussness. Saya memilih bisnis ini kerana ianya boleh dilakukan dirumah atau dimana saja. Perkara yang paling pokok untuk menjalankan bisnis ini ialah memperlajari teknik-teknik internet marketing ada yang boleh didapati secara percuma dan ada pula berbayar. Anda !!!!!! apa tunggu lagi cepat-cepat ambil peluang ini perlajari sekarang dan nikmati hasilnya.

Disini saya sertakan beberapa bisnis part time saya : -

http://find-best-camera.blogspot.com/
http://cool-electronics-gadget.blogspot.com/
http://super-bowling.blogspot.com/

Monday 29 November 2010

Apabila perniagaan berada di ambang kejatuhan.


Ini adalah perkara yang paling ditakuti oleh semua usahawan , disini saya akan kongsi beberapa tips untuk bertahan sekiranya perniagaan anda mengalami kemerosotan.

1. Cuba cari dan telitikan apa yang anda lakukan sebelum ini sehingga perniagaan tersebut boleh jatuh. Ramai diantara kita menunding jari kepada orang lain dan menuduh orang lain yang menyebabkan kemerosotan tersebut.Sesekali cuba cermin diri anda.
2. Perkara paling penting kurangkan perbelanjaan (kurangkan kos) anda.Ramai para usahawan melakukan perkara ini. Ternyata memang berhasil.
3. Jangan putus asa untuk melakukan promosi tentang perniagaan anda. Kekal usaha anda untuk mempermosikan perniagaan.
4. Gunakan modal terendah untuk menjalan perniagaan. SAVE YOUR COST
5. Belajar dari mereka yang berjaya kerana kebanyakan mereka yang berjaya adalah bermula dikalangan golongan yang gagal .

selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...