.jpg)
Setelah setahun bekerja saya mula berminat dengan kerja dan tugas yang diberikan. Setiap tugas yang berikan saya lakukan dengan iklas dan tanggungjawab walau gaji yang diterima tidaklah besar sangat. Boleh dikira dengan jari sepanjang saya bertugas , saya jarang mengambil cuti walaupun terpaksa bekerja pada musim perayaan. Masa saya banyak dihabiskan dipejabat adakala sampai lewat pagi.
Disini saya mula berminat dalam bidang perniagaan pengangkutan dan logistic, dimana segala aspek pengurusan , kewangan dan operasi saya pelajari dengan penuh minat. Di samping itu juga , saya mula mempelajari teknik-teknik pemasaran. Jawatan terakhir saya adalah executive.
Pengalaman paling pahit adalah saya diherdik oleh majikan didepan pekeja lain disebabkan tidak dapat menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan. Malu sungguh saya pada waktu itu. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Bos mana tak marah kalau pekerja tak siapkan kerja. Namun sedikit pun saya tidak berkecil hati dan tidak pula saya menunjuk muka yang marah. Walau bagaimanapun, saya tetap bergelar pekerja dan .idak boleh lebih dari bos saya.Saya ambil pengalaman ini sebagai sesuatu yang positif.
Disini saya juga belajar time management supaya tugas diberikan dapat diselesai pada masa yang diberikan. Ilmu yang diberikan semasa saya bergelar pekerja memang berharga. Sekarang saya pratik apa yang saya belajar dahulu dalam bisnes saya. Bukan senang dapat ilmu dalam perniagaan daripada bangsa yang bergelar cina.
Hingga ke hari ini, bekas majikan saya tetap kawan saya. Kadangkala dia ada menghubungi saya dan bertanya khabar. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas majikan kerana memberi peluang dalam bidang logistik dan pengankutan. Kepada bekas bos saya , sekarang saya pun bos...