kejatuhan titik permulaan untuk berjaya dan kejayaan untuk dikongsi bersama.Motivasi, blog , bisnes internet dan internet marketing dalam urusan peniagaan
Wednesday, 31 October 2012
Berkawan dengan sesiapa sahaja.
Saya tidak pernah membataskan diri berkawan dengan sesiapa sahaja. Memang betul , kalau kita kawan dengan orang baik , baiklah jadinya tapi kalau sebaliknya kita akan terinaya sendiri. Bagi saya , kita diberi tuhan dengan akal yang sebaiknya, pandai-pandailah kita menerima samada baik atau sebaliknya. Untuk menjadi insan yang cemerlang kita harus ramai kawan untuk menyokong kita. Banyak kawan bererti kita dapat belajar dari pengalaman orang lain. Kadang-kadang pengalaman orang lain mematang kita.
Wednesday, 3 October 2012
Sokong orang lain punya bisnes
Salah satu tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah kita seharusnya menyokong bisnes orang lain .Lebih lagi pada orang yang baru untuk berniaga.Sekiranya kita menyokong bisnes orang lain kemungkinan orang lain juga akan menyokong bisnes kita. Pada mereka yang baru memulakan perniagaan kita mesti menyokong dan jangan memperkecilkan mereka. Apasalahnya kita bersaing secara sihat dan jangan sombong.
Friday, 28 September 2012
Terlalu berkira
Tidak salah jikalau berkira tetapi sekiranya terlalu berkira ini melambangkan kita seorang yang kedekut. Ramai diantara kita yang mula untuk berniagaa terlalu berkira untuk membelanja sesuatu arah kebaikkan. Bagi saya apa yang saya dapat didunia ini bukan untuk saya seorang tetapi ada bahagian untuk orang lain. Agak pelikkan ? sekira seorang yang berbicara dengan seorang pelanggan tentang sesuatu projek beribu-ribu ringgit tetapi air secawan agak berkira. Salah satu tabiat saya , saya suka memperlawa orang makan dengan saya dan belanja meraka. Saya tidak kira sesiapa mereka. berpangkat atau tidak belanja tetap belanja. Niat saya ikhlas.............
Monday, 24 September 2012
Perancangan Perniagaan.
Sebelum melakukan perniagaan kita harus menyediakan plan A dan plan B.Plan A sekiranya sesuatu perkara itu berhasil. Apa yang tindakkan yang selanjutnya? Plan B pula kita harus menyediakan tindakkan sekira tidak berjaya.
Thursday, 6 September 2012
Menjadi seorang yang Relax and cool
Saya sering diperli serta dipelekehkan oleh seseorang dalam usaha mengejar kejayaan. Siapa yang tidak marah kerana seringkali diperli dan diejek kerana usaha yang kita buat . Sekira saya melawan dengan tindakan insan tersebut perkara ini menjadi berpanjangan. Perkara yang perlu saya buat adalah menjadi seorang yang relax dan cool. Tidak perlu membalas, hanya tersenyum dengan apabila berhadapan dengan insan tersebut. Bagi saya kalau seorang itu tidak menyukai saya, kita buat perkara yang baik pun tetap dia tidak suka. Sekira orang buat sesuatu yang tidak baik , saya tetap berbuat baik pada insan tersebut. Buang masa saya sekiranya saya berdendam. Apa yang penting kita harus fokus dengan objektif kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)