Saturday, 2 February 2013

Insan yang berjaya berasal dari kegagalan




Insan yang berjaya berasal dari kegagalan

Kejayaan yang besar bermula dengan kegagalan. Untuk berjaya kita seharus sedia mengharungi dengan setiap dugaan yang mendatang. Ramai diantara kita takut untuk menghadapi risiko yang datang.
Di sini saya himpunkan segala kisah kegagalan sebagai contoh untuk kita berjaya. Bukan mudah untuk berjaya. Setiap kegagalan itu memberi pengajaran yang besar pada kita. Pengalaman ini adalah ibu segala guru.

  1. Donald Trump (Presiden Trump Organization) - Gagal dalam industri hartanah pada tahun 1990an. Kegagalan melangsai hutang dan terpaksa melepaskan perusahaan hartanah yang di warisi keluarganya menyebabkan dia bankrup. 
  2. Tan Sri Dato ' Loh Boon Siew (Pengasas Honda Motor Malaysia )-  Syarikat bas hilang bersama beberapa unit bas miliknya dirampas oleh Jepun semasa perang Dunia kedua .
  3. Tan Sri Lim Goh Tong (Pengasas Kumpulan Genting) -Nyaris muflis dan pernah kerugian RM5 juta pada tahun 1968 dalam projek Rancangan Pengairan Kemubu.
  4. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (Top Ten Malaysia Millioneaires)- Kegagalan dalam bisnes ternakan pada tahun 1970an disebabkan wabak penyakit kaki dan mulut .Semua binatang ternakan mati begitu sahaja.
  5. Cononal Harland Sanders (Pengasas Kentucky Fried Chicken) - Pernah bekerja sebagai petani, penjual insuran, penjaga mesin wap dan banyak lagi. 1009 buah kedai menolak resepi ayam goreng tetapi kedai ke 1010 meneriman resepi ayam gorengnya.
  6. Bruce Lee (Pelakon Terkenal ) - Pernah gagal dua kali dalam mencipta nama di holywood. Pada masa itu , produser di Amerika Syarikat memandang rendah bakat dan tahap fizikal yang bertubuh kecil .Membuat Dia kembali ke Hong Kong.
  7. Sirivat Voravetvuthikun (Jutawan Sanwich Di Thailand ) - Pada 1997 kegagalan dalam perusahaan pembinaan dan broker saham  membuat dia menjaja sanwich untuk meneruskan kehidupan.
  8. Steve Jobs (Pengasas Apple)-   CEO dan pengarah syarikat mendapati yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan Steve Jobs (beliau dikenali sebagai pengurus yang sukar difahami dan bersikap emosional) dan melucutkan segala tanggungjawabnya,memaksanya meletakkan jawatan dan meninggalkan syarikat yang dibinanya sendiri dalam keadaan yang memalukan. Bagi memburukkan lagi keadaan, Apple menyaman Steve kerana merasakan Steve tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.Syarikat yang diasasnya memecat kan dirinya sendiri.
  9. Irfan Khari (Jutawan Internet Malaysia)-  Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)


Bagaimana mendapat bantuan kewangan tanpa berhutang...

Posted by Charity Id on Wednesday, 30 September 2015

Tuesday, 29 January 2013

Pentingnya Ilmu dalam peniagaan

Pentingnya Ilmu dalam peniagaanTidak perlu saya kata berapa penting sesuatu ilmu kerana masing-masing telah arif tentang hal tersebut. Kenapa ilmu itu penting ? seorang yang menjadi pakar disebabkan ilmu . Ilmu patu dituntut pada mereka yang berpengalaman .Ianya tidak datang dengan sendiri, ilmu patut dicari dan pula patut dibeli dengan wang ringgit.

Firman Allah:

“(Petunjuk itu) sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul dari golonganmu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari sifat syirik dan lain-lain kelakuan jahat), mengajarkan kepadamu (isi) kitab (Al-Quranul Karim) dan hikmah, serta mengajarkan kepadamu hal-hal yang belum kamu ketahui” (Al-Baqarah: 151)

Sabda Rasulullah S.a.w: “ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat”.

Ilmu di dalam bahasa arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara sebenar.
Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk; makrifat; ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat; dan ilmu juga adalah proses mengetahui , orang yang mengetahui dan apa yang diketahui; dan ilmu juga adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.


Hang tuah juga menuntut ilmu

Perjalanan memakan masa berhari-hari untuk mendaki gunung Ledang bersama lima sahabat  semata mencari guru silat yang terbaik pada masa itu. Lakmana Hang Tuah menjadi insan yang terhebat dalam ilmu persilatan dengan mendalami ilmu persilatan dan berjaya menewaskan Taming sari seorang pendekar paling hebat dari seberang. Bayangkan berapa hebatnya ilmu!!!!.

Ilmu dalam perniagaan

Pentabiran, akaun , promosi dan segala hal yang melibatkan perniagaan adalah ilmu yang patu kita pelajari. Apa yang penting kesungguhan untuk menimba ilmu menjadi kita seorang yang pakar. Di dalam dunia serba moden ini, banyak ilmu berkaitan dengan perniagaan mudah didapati dengan cara melayari internet, membaca buku, menghadiri kursus dan berbagai lagi teknologi canggih memberi kita ilmu yang manfaat.

Ilmu peniagaan itu datang dari bakat dan keturunan ?

Bagi saya bakat dalam perniagaan memang patut ada  tetapi sekiranya tidak diamalkan bakat tersebut akan lenyap dan sekiranya bakat tersebut tidak diasah maka tiada apa-apa yang menguntungkan. Saya mengambil contoh orang cina memang pandai berniaga kenapa ? Mereka telah dilatih semasa kecil mengikut keluarga mereka kedai ataupun perusahaan sejak mereka kecil.  Disini mereka diajar bagaimana untuk berniaga dan mereka juga mendapatkan pendidikkan tidak rasmi secara berniaga tetapi cara ini kurang dipupuk oleh orang kita.

Ilmu dari mentor

Mentor dalam perniagaan mesti ada sekira kita ingin sesuatu kejayaan. Cari mentor yang sesuai dengan anda supaya anda mudah mengecapi kejayaan. Sekiranya anda ingin berlajar bermain golf cari jurulatih golf dan sekiranya anda ingin belajar bermain bowling cari lah jurulatih bermain bowling. Mentor memang perlu kerana mereka ini telah merasai pengalaman yang belum kita rasai. Kepada yang ingin berjaya dalam perniagaan cari mentor yang membantu kita dalam perniagaan.

Monday, 28 January 2013

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style

Sebalik kisah PSY -Gangnam Style
Disini saya akan berkongsi tentang beberapa kisah yang menarik perhation lelaki yang bernama PSY . Yang amat popular dengan lagu dan Gangnam Style yang telah mencatat beberapa angerah belum sampai setahun lagu ini berkumandang , kejayaan demi kejayaan. Di youtube sahaja setakat ini  1,246,259,478 pengunjung.


Satu fenomena yang berkaitan dengan muzik yang amat menguntungkan .Keuntungan terkini adalah dianggarkan sebanyak USD10 juta hasil dari penjualan album, muzik download,  konsert dan lain-lain lagi.Semua ini berlaku tidak sampai setahun.





Siapa itu PSY ?

Nama sebenar Jae Sang Park atau Park Jae Sang berumur dalam lingkungan 36 tahun. Dibesarkan di utara korea selatan .Mendapat pendidikan di Bostan Universiti dan Berklee College of Music .Kedua-dua ialah universiti yang terbaik di Amerika syarikat. Minat yang mendalam membuat dia menjadi penyannyi rap di universiti tersebut.

Bermula kehidupan sebagai penyanyi.

Nama PSY diambil pada tahun 2001 bermula dengan album pertama From the Psycho World .Dengan keadaan fikizal yang kurang mendapat perhatian. Pada masa itu masyarakat korea amat mementingkan ketampanan , segak dan bergaya. Di samping itu lirik didalam album tersebut memberi pengaruh negatif kepada golongan muda. Masalah menimpa apabila disaman kerana mengandungi unsur negatif oleh kerajaan korea dan dilarang diedarkan. Album kedua  pada tahun 2012 bertajuk SSA juga dilarang diedarkan pada mereka yang berusia dibawah 19 tahun. Malah PSY pernah ditolak oleh beberapa penerbit untuk menerbitkan albumnya.

Kegagalan demi kegagalan

Sikap yang tidak pernah putus asa membuat PSY terus mencuba  untuk menjadi insan yang terkenal . Pernah gagal dalam ujibakat untuk berlakon sebuah filem. mungkin disebabkan tidak mempunyai paras rupa yang menarik dan bentuk fizikal yang menjadi idaman setiap wanita. PSY mencuba lagi dengan Album bertajuk "Champion ". Disini lah bermula kejayaan yang seorang penyanyi bernama Park Jae Sang a.k.a PSY. satu syarikat yang bernama YG entertaiment menawarkan PSY menyertai  satu kumpulan Band boy. Beliau dengan rasa rendah hati menolak dan mengatakan bahawa beliau masih baru dalam arena muzik dan ingin berdikari sebagai penyanyi solo.

Kejayaan Gangnam Style




Pada tahun 2012 satu fenomena muzik yang meletup diperingkat antarabangsa  bernama Gangnam Style .Video tersebut dimuat turankan oleh youtube  dan memperolehi jumlah pengunjung sebanyak 1,246,259,478  tontonan setakat ini . Jumlah tersebut akan meningkat pada masa akan datang. Lagu tersebut mengisah seorang wanita yang mengidam kehidupan di Bandar raya Gangnam , korea yang penuh dengan kemewahan. Bandar tersebut adalah pusat perusahaan jenama Samsung. Kawasan tersebut terdiri dari orang ternama dan kaya. Lirik lagu tersebut memberi maksud dan sindirin terhadap kaum elit di negara itu.

Bagaimana hasilkan Bisnes Blog ?

bisnes blogRamai diantara kita membina blog bagi tujuan bisnes. Pada mulanya saya membina blog hanya suka-suka sahaja tetapi lama kelamaan blog merupakan flatfom untuk saya mempromosi peniagaan saya. Di sinilah terbina bisnes blog saya.



Bagaimana membina blog bisnes?

Ada juga yang membina blog atas rasa ingin meluahkan sesuatu supaya dapat diterjemahkan menjadi satu perkataan dan penulisan. Berbalik kepada topik asal saya, blog bisnes yang dibina biarlah nampak profesional dan produk yang dijual mesti menjadi topik penting dalam blog post.

Penulisan dalam blog bisnes mesti mengunakan perkataan yang formal. Jangan mengunakan perkatan di singatan dan perkataan SMS. Untuk menghasilkan sesuatu yang menguntung dari internet adalah sesuatu yang sukar sekiranya anda tidak berilmu.

Untuk menjadikan blog bisnes yang berkesan kita memerlukan teknik-teknik terkini dan tips yang untuk menjadi blog yang dibina mendapat tempat dihati pelanggan.Apa yang penting pengikut (followers) sentiase menunggu setiap post blog kita.

Ciri-ciri bisnes blog yang terbaik :-


  • Blog yang memberi manfaat kepada setiap pengunjung
  • Menerapkan satu produk dan satu perhidmatan.
  • Berbicara tentang satu produk sahaja,
  • Memberi info terkini dan kepentingan .
  • Memberi maklumbalas kepada pengunjung dan pelanggan.
  • Jaminan wang akan dipulangkan sekira pelanggan tidak berpuas hati.
  • Memberi berita terkini dan sentiasa memberi promosi terhadap pelanggan tetap.
  • kepada pengusaha produk digital beri perhidmatan "FREE TRIAL".
  • Ruangan jual beli mudah dilihat oleh pengunjung.
  • Harga yang bersesuai dengan perhidmatan.
  • Tiada caj tersembungi.
  • Kurangkan iklan yang dihadapan blog tersebut.
  • Reka bentuk yang teratur.
  • Bahasa yang digunakan mudah difahami.
  • Testimonial pelanggan.
  • Yang paling penting anda pernah mencuba sebelum menjual.
  • Mempunyai pengikut (followers).
  • tiada unsur-unsur yang mencurigakan atau SPAM
  • Perhidmatan yang diberikan secara jujur dan terlus.
  • Blog post anda mestilah original bukan " paste and copy ".

Friday, 25 January 2013

Tips pemasaran di Facebook yang paling berkesan.

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di dunia. Ramai diantara kita yang mengunakan facebook untuk tujuan berkomunikasi tetapi facebook merupaka tempat untuk kita membina peniagaan dan segalanya yang berkaitan perniagaan. Disini saya kongsikan bersama cara dan teknik untuk memasarkan sesuatu produk dan perkhidmatan melalui facebook.

1. Menbuat Facegroup - cara ini adalah mengumpul indivividu tertentu didalam satu kumpulan (group) supaya segala berita yang berkaitan dengan pagegroup mudah untuk dipromosikan . Semakin ramai yang  like semakin senang untuk anda memaparkan berita mengenai bisnes anda. Untuk membuat pagegroup adalah sesuatu yang amat , anda dinasihat memcuba di facebook anda.



2. Mendapatkan Like dengan - Pay per click (Facebook).
Kaedah ini melibatkan wang ringgit, ianya berfungsi sebagai untuk  mempromosikan blogs anda. Sebagai seorang yang mahukan keuntungan. Ini adalah modal untuk kita membuka perniagaan internet. Apa yang terbaik sekiranya mengunakan kaedah pay per click ialah kita memberi bajet dan mengikut kemampuan untuk mempromosi blog atau perniagaan kita.

bangun dalam bisnes

Saya sendiri mengunakan kaedah ini untuk meningkat trafik dan mempromosi blog saya.

3. Bagaimana meletak tanda like di blog anda

bangun dalam bisnes








-  Login akaun blogger, dari dashboard , design  add  gadget -HTML javascript
-  Copy dan paste




-Paste dimana tempat yang mudah untuk pengunjung melihat tanda like.

note: Gantikan URL-ANDA dengan url blog anda

- Save dan lihat hasilnya.:)

p/s: Apabila seseorang 'like', akan keluar di wall orang yang like tentang blog anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik blog anda.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...