Monday, 14 October 2013

KL GANGSTER 2 : Karya terbaik 2013

Pada hujung minggu ini, saya dan keluarga pergi menonton wayang tanpa dirancang kami pun setuju untuk menonton satu karya filem yang diterbit oleh SKOP Production iaitu KL GANGSTER 2.Saya juga membesar bersama filem-filem Skop Produtction. Disamping ingin melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja. Seperti yang sedia maklum filem ini telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memuat naik kedalam internet. Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam online , Saya tidak sampai hati untuk menonton secara percuma di online. Saya dan keluarga membuat keputusan untuk menonton sendiri dipawagam yang berhampiran. Memang ternyata inilah filem yang terbaik setakat ini. Ramai yang mempertikaikan bahasa yang digunakan agak kasar dan aksi yang ganas tetapi perlu diingat nama pun gangster . Bahasa dan lakonan semuanya mestilah sesuatu yang ganas. Namum begitu filem ini mempunyai mesej yang tersendiri. Penghormatan yang teguh kepada ibu dan keluarga menjadi pujian yang patut kita kepada filem ini. Tidak perlulah saya komen apa-apa tentang filem, ternyata penghasilan filem memang hebat dan diluar jangkaan saya.Tontonlah sendiri!!!!

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa bangga kerana anak muda kita berjaya menghasil filem yang luarbiasa hebatnya. Memang patut kita bangga dan berharap agar  filem bangsa kita dapat bersaing dengan filem antarabangsa.

Kepada pihak yang bertanggungjawab diharap bertindaklah segera agar dapat menjaga karya-karya anak bangsa kita supaya tidak dicetak rompak. Bawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan. kami sebagai penonton sudah bosan dengan filem yang membosankan.Tahniah sekali lagi kepada Syamsul Yusof dan Skop Production kerana menghasil filem yang hebat . Marilah kita sama-sama menyokong filem-filem bangsa kita.



Friday, 6 September 2013

Kenapa orang muda sekarang tidak kekal dalam satu pekerjaan ?



Beza dengan mereka yang berumur mereka lebih kekal dalam satu pekerjaan. Agak berbeza pada zaman sekarang orang muda mudah sekarang lebih cenderung untuk bertukar pekerjaan dan majikan. Mungkin disebabkan kesesuaian dengan pekerjaan yang dimiliki agak berkurangan. Cuba kita perhatikan abang dan kakak kita mereka bila kita tanya pengalaman kerja 10 hingga 20 tahun dalam satu-satu bidang. Ini membuat mereka menjadi seorang yang betul-betul berpengalaman dan pakar.

 Ini juga menunjukkan setiaan pada majikan agak tinggi. Saya sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang Transport And Forwarding  lebih dari lapan tahun. Bermula dengan kerani bawahan dan berakhir pada Jawatan yang terpenting dalam syarikat tersebut. Berbagai pahit manis sepanjang saya bekerja ditempat itu membuat saya sentiasa teringat-ingat mula-mula saya memegang Komputer. Pada mula majikan saya agak straight pada undang-undang diantaranya, kedatangan mesti awal, kurang kesalahan dalam pekerjaaan  dan setiap tugasan mesti uptodate diselesaikan.

Pengalaman pahit saya, pernah diherdik didepan pekerja lain kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan yang ditetapkan. Semuanya ini menjadi pengajaran bagi saya. Sehingga sekarang saya tetap berterima kasih kepada bekas majikan kerana memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh membuka syarikat - SWORLDNET( transport and forwarding).

Gaji yang ditawarkan tidaklah sebegitu mewah mana tetap hasrat untuk belajar membuat saya bertahan lama dalam syarikat itu. Lagi pun saya tahu kebolehan saya agak berkurangan tetapi yang penting adalah impian saya untuk membuka syarikat sendiri telalu mendapat dihati ini.


Monday, 1 July 2013

Kenapa kita patut jadi kaya ?

Pada masa saya kanak-kanak saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan. Mungkin disebabkan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan menyebabkan saya mempunyai cita-cita sedemikian rupa. Saya juga pernah diketawakan oleh rakan-rakan saya kerana mempunyai cita-cita luar dari batansan orang lain. Malahan mereka merasakan cita-cita saya ini adalah satu gurauan serta omong kosong sahaja. Apabila saya meningkat remaja, berbagai buku tentang kejayaan seseorang tokoh dan yang berkaitan dengan kekayaan banyak saya baca. Sehinggakan saya sanggup melabur sebahagian gaji saya untuk mengikuti ceramah dan seminar tentang kekayaan. Kesimpulannya setiap bahan bacaan dan ceramah yang saya ikuti 100% mengatakan untuk menjadi kaya kita perlu berniaga . Ini adalah terbukti betul dan dalam Islam ada mengatakannya.

Kenapa Kita patut jadi kaya ?

- Untuk menikmati hidup yang lebih bahagia.
- Membahagiakan kedua ibubapa kita.
- Dapat menghantar ibubapa kita ke tanah suci
- Dengan kekayaan kita dapat menbantu orang susah untuk berjaya macam kita.
- Kita adalah insan yang hebat  kerana agama kita menuntut agar mencari kekayaan di dunia tanpa      melupakan tuntutan akhirat.    
- Dengan kekayaan yang kita miliki kita dapat membayar zakat yang banyak disamping membantu kerajaan membangunkan negara.
- Dengan kekayaan juga kita dapat memperbanyakan ibadat dan ketakwaan  kita kepada Allah.


Akhir kata dari saya marilah kita sama berdoa kepada Allah SWT : Ya Allah yang tuhanku, Jadikanlah aku seorang jutawan  yang beriman supaya aku dapat menolong keluarga dan insan-insan yang memerlukan pertolongan.Amin Ya rabbanal Allamin.

Thursday, 20 June 2013

Mereka memberi alasan , kita mendapat peluang.

Setiap insan didunia mempunyai pendirian yang tersendiri  disamping itu juga mempunyai pelbagai alasan yang kukuh dan ada kala alasan yang berikan tidak boleh diguna pakai. Merujuk pula pada segi kemajuan dan peningkatan diri pebagai alasan yang berikan untuk mengelak dari keluar keselesaan diri , sebagai contoh seseorang yang terasa amat selesa dalam hal dan rutin setiap hari tetapi diberi peluang untuk berubah kearah kehidupan yang lebih berjaya. Seperti yang sedia maklum setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar. Seseorang yang telah berkerja sekian lama tetapi diajak berubah ke alam perniagaan adalah sesuatu yang sukar. Disini timbulkan pelbagai alasan dan untuk mengelak keselesaan tersebut terjejas.




Bagi saya, seseorang peniaga dan usahawan kita patut mengambil kesempatan dan peluang diatas keselesaan orang orang lain. Usahawan yang baik akan memberi perkhidmatan yang baik kepada mereka yang amat memerlukan keselesaan. setiap peniaga wajib memberi perhidmatan yang terbaik kepada pelanggan bukan perkhidmatan ala kadar. Buat masa ini, setiap orang bergelar pekerja berkerja  bukan untuk hidup sahaja tetapi untuk keselesaan hidup. Mereka memberi alasan untuk tidak berniaga. Kita usahawan seharus memcari jalan penyelesaian supaya mereka ini diberi perhidmatan yang selesa dan tiada alasan untuk dalam hidup usahawan.

Friday, 17 May 2013

Scam terbaru dari luar negara mengunakan Video.

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah software dari Eropah yang menawarkan program kod telefon pintar yang memberi pulangan wang secara berterusan.  Program tersebut Mobile Money code. Apa yang menarik minat saya untuk membeli sofftware ini kerana program yang berikan adalah berkaitan dengan telefon pintar. Disamping itu juga program tersebut membuka rahsia kod internet marketing mengenai telefon pintar. Apa yang mengecewakan segala yang dijanjikan adalah biasa sahaja. Internet marketing yang biasa saya pelajari dan tiada apa yang luar biasa. Kepada mereka yang ingin membeli software ini , saya nasihat baik anda lupakan. Segala ebook dan video yang diberikan adalah biasa banyak terdapat dipasaran. Saya telah meminta untuk memulang kembali wang  saya hingga ke hari tiada jawapan dari pihak mereka. Berhati-hari dengan Mobile Money Code.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...