Pada hujung minggu ini, saya dan keluarga pergi menonton wayang tanpa dirancang kami pun setuju untuk menonton satu karya filem yang diterbit oleh SKOP Production iaitu KL GANGSTER 2.Saya juga membesar bersama filem-filem Skop Produtction. Disamping ingin melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja. Seperti yang sedia maklum filem ini telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memuat naik kedalam internet. Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam online , Saya tidak sampai hati untuk menonton secara percuma di online. Saya dan keluarga membuat keputusan untuk menonton sendiri dipawagam yang berhampiran. Memang ternyata inilah filem yang terbaik setakat ini. Ramai yang mempertikaikan bahasa yang digunakan agak kasar dan aksi yang ganas tetapi perlu diingat nama pun gangster . Bahasa dan lakonan semuanya mestilah sesuatu yang ganas. Namum begitu filem ini mempunyai mesej yang tersendiri. Penghormatan yang teguh kepada ibu dan keluarga menjadi pujian yang patut kita kepada filem ini. Tidak perlulah saya komen apa-apa tentang filem, ternyata penghasilan filem memang hebat dan diluar jangkaan saya.Tontonlah sendiri!!!!
Sebagai rakyat Malaysia saya berasa bangga kerana anak muda kita berjaya menghasil filem yang luarbiasa hebatnya. Memang patut kita bangga dan berharap agar filem bangsa kita dapat bersaing dengan filem antarabangsa.
Kepada pihak yang bertanggungjawab diharap bertindaklah segera agar dapat menjaga karya-karya anak bangsa kita supaya tidak dicetak rompak. Bawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan. kami sebagai penonton sudah bosan dengan filem yang membosankan.Tahniah sekali lagi kepada Syamsul Yusof dan Skop Production kerana menghasil filem yang hebat . Marilah kita sama-sama menyokong filem-filem bangsa kita.