Thursday 6 September 2012

Menjadi seorang yang Relax and cool


Saya sering diperli serta dipelekehkan oleh seseorang dalam usaha mengejar kejayaan. Siapa yang tidak marah kerana seringkali diperli dan diejek kerana usaha yang kita buat . Sekira saya melawan dengan tindakan insan tersebut perkara ini menjadi berpanjangan. Perkara yang perlu saya buat adalah menjadi seorang yang relax dan cool. Tidak perlu membalas, hanya tersenyum dengan apabila berhadapan dengan insan tersebut. Bagi saya kalau seorang itu tidak menyukai saya, kita buat perkara yang baik pun tetap dia tidak suka. Sekira orang buat sesuatu yang tidak baik , saya tetap berbuat baik pada insan tersebut. Buang masa saya sekiranya saya berdendam. Apa yang penting kita harus fokus dengan objektif kita.

Wednesday 29 August 2012

Nikmat kemerdekaan

Sebagai ramai Malaysia saya berasa bangga dengan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lama lagi kita akan mengambil hari Kemerdekaan Ke-55. Pasti sambutan gilang gemilang akan diadakan diseluruh negara. Saya merasa bertuah kerana dilahirkan pada 31 ogos 1979 kerana dalam menyambut hari lahir di hari Kemerdekaan. Sepatut kita berasa bertuah kerana dilahir dizaman negara sudah merdeka tetapi ada pula pihak mahu menimbulkan huru-hara. Saya bukan hendak berpolitik didalam blog ini tetapi sebagai ramai Malaysia yang berbilang bangsa kita patut mengekalkan keamanan yang kita nikmati setelah sekian lama. Kita patut patut berterima kasih pada pejuang-pejunag kemerdekaan dimana mereka bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah. Banyak perkara kita boleh pelajari dari sejarah silam. Marilah kita kekalkan bersama keamanan ini.



Datuk saya dilahir pada 1912 pada masa ini, beliau masih sihat walafiat menyambut ulang tahun ke -100



Sunday 26 August 2012

Sediakan payung sebelum hujan

  Sebagai seorang yang insan biasa kita tidak lari ditimpa masalah, apatah lagi masalah kesihatan. kos perubatan masa kini telah meningkat  dari masa kesemasa. Ini bermakna kesihatan adalah sesuatu yang berharga melebihi segala-galanya. Apa yang saya paling merisaukan dan membimbangkan saya sekiranya ditimpa penyakit masa mengalami masalah kewangan. Jadi perkara yang paling terbaik untuk diri saya dan keluarga ialah mengambil " medical Card " dari syarikat insuran. Tidak perlulah saya memberi tahu kelebihan card tersebut kerana ramai yang sedia maklum tentang kelebihannya.



medical card saya dan keluarga

Friday 17 August 2012

kejayaan orang lain membakar semangat saya.

Saya amat gemar mendengar tentang kejayaan orang lain dari segi pelbagai bidang. Kita seharusnya menjadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi kedalam hidup kita. Ramai diantara golongan yang berjaya adalah berasal dari golongan yang penuh dengan cabaran.Belajar dari kesilapan lalu adalah faktor untuk berjaya. Bagi saya melihat kejayaan orang membuat saya lebih bersemangat untuk berjaya. Apa yang penting kita harus lupakan perasaan hasat dengki dan cemburu untuk melihat kejayaan orang. Sebenar kejayaan orang lain adalah buku panduan untuk seseorang itu untuk berjaya. Hari ini kite bersorak untuk kejayaan orang lain, mana tahu nanti orang lain pula akan bersorak untuk kejayaan kita!!!!



Thursday 16 August 2012

Kereta Lambang kejayaan ?

Saya masih teringat masa saya mula-mula menjinakkan diri dalam bisnes, dimana saya hanya mempunyai sebuah kereta Satria 1.3 untuk berjumpa pelanggan. Disamping itu juga, itulah pengangkutan yang kami ada. Ramai juga pelanggan yang saya temui agak rasa sangsi apabila saya memberi tahu tentang peniagaan saya. Memang agak sukar untuk menyakinkan pelanggan kerana mentaliti masyarakat kita terletak kepada kebendaan. Sekira seorang itu mempunyai kereta yang agak mewah barulah dianggap berjaya.Bagi  saya walau apa sekali pun yang kita ada itu adalah rezeki yang termampu untuk kita. kejayaan bukan terletak pada kereta semata-mata. Apa yang penting untuk diri saya ialah rasa rendah diri dan menghormati golongan yang susah itu adalah sifat kejayaan bagi diri saya kerana apa yang kita ada hari ini tidak akan berkekalan.


kereta pertama saya


kereta saya sekarang ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...