Monday 10 December 2012

Kenapa Saya meminati sukan Bowling ?

Seperti yang sediamaklum saya begitu meminati sukan bowling . Sukan ini mengajar saya erti kesabaran dan konsentrasi. Disamping itu , kekuatan fizikal boleh diperolehi sekira kita kerap berlatih. Bowling juga dianggap sebangai "mental Game ". Dimana ia sekira kita mempunyai teknik untuk bermain, kita juga dapat melatih mental kita supaya kuat.. Ramai diantara kita beranggapan , sukan adalah sukan yang senang untuk bermain seperti permainan di FUN FAIR. Permainan  ini nampak senang, tetapi agak sukar untuk dipelajari, saya telah menceburi sukan ini selama 2 tahun masih tercari-cari teknik yang betul untuk bermain. Kepada mereka yang mengatakan sukan ini adalah cuba dapatkan lima Strike  berturut-turut. Berita baik untuk semua baru-baru ini Malaysia telah memenangi  Bowling World cup Di Poland. Tahniah kepada Syafiq Ridhwan kerana mengharumkan nama Malaysia keperingkat antarabangsa.


BannerFans.com

Saturday 17 November 2012

Bersemangat Setiap Hari

Untuk mengejar sesuatu yang penting kita seharusnya bersemangat setiap hari. Jangan mudah putus asa , setiap sesuatu kejayaan yang besar mempunyai halangan yang kuat membuatkan kita kecundang di separuh jalan. Untuk mengekalkan semangat , kita harus tanamkan impian bahawa kita boleh lakukan walaupun apa dugaan yang datang. Setiap sesuatu yang baik, bukan mudah untuk kita capaikan. Kadang-kadang kita terpaksa menempuh segala halangan dan rintangan. Keluarga , isteri dan anak membuat saya kuat bersemangat walaupun menerima halangan dan rintangan yang kuat. " NOTHING SHORT TO THE BEST "


Monday 12 November 2012

Sentiasa menjadi pemaaf

Didalam mengejar kejayaan, ada sahaja cakap-cakap belakang untuk menjatuhkan. Ada pula yang selalu mengambil tahu setiap perjalanan dan perkembangan bisnes saya untuk dijadikan cerita. Apa yang amat saya kesalkan, kenapa ada sikap cemburu melihat kejayaan orang lain dan bergembira melihat orang lain jatuh. Bagi saya , sentiasa memaafkan insan-insan tersebut supaya saya boleh fokus apa yang saya impikan. Tiada masa untuk saya membalas kerana ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Kadang-kadang itu tidak semua perkara yang kita buat itu mengenangkan hati orang tetapi kita tahu perkara yang kita lakukan itu kearah kebaikkan.

 

Wednesday 7 November 2012

Peluang depan Mata

Betul tidak kadang-kadang sesuatu peluang terhidang depan mata, kita sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak mengambilnya. Sebenarnya Allah sentiasa memberi jalan untuk hamba-hambanya kearah kemajuan. Sikap kita kita sahaja yang menolak dengan berfikiran yang negatif. Mula kita rasa menyesal sekiraya peluang yang kita tidak menghirau  membawa kejayaan kepada orang lain. Betul kata orang peluang datang sekali tetapi kadang-kadang itu berkali-kali .


Dapatkan seramai mungkin followers


Dapatkan seramai mungkin followers

Salah satu tip untuk berjaya ialah mendapat seramai munkin followers samada di facebook atau laman sosial yang lain. Dengan followers yang ramai agak mudah untuk kita memberitahu berita terkini tentang bisnes kita. Perkara yang penting untuk mempromosikan bisnes kita adalah  didalam laman sosial. Kita harus belajar bagaimana untuk meningkatkan followers. Bukan cara dengan ''tagging semata-mata". Guna kaedah yang boleh diterima pakai oleh semua orang. Belajar bagaimana untuk meningkatkan followers....



salah satu bisnes saya

Ada beberapa ciri  blog yang dibina mempunyai followers yang ramai  sekiranya :-
  • Bahasa yang mudah difahami.
  • Mempunyai tutorial dan teknik terkini mengenai perkara yang diperbincangkan.
  • Tidak menjadi isu agama atau politik untuk meningkatkan trafik blog.
  • Perkhidmatan yang percuma .
  • Mengikut trend semasa.
  • Blog mudah untuk dilayari.
  • Tidak menyingung mana-mana pihak.
  • Menulis dengan penuh ikhlas.
  • Memberi manfaat kepada semua pengunjung.
  • Buat sesuatu yang lain dari yang lain dan membuat pengunjung berkunjung ke blog anda dengan mengatakan Wow!!!!
  • Menulis dengan idea yang tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...