Friday, 11 January 2013

Perniagaan Internet tanpa Modal ( suatu yang mitos).




Sesuatu yang menjadi tanda tanya
Setiap peniagaan mesti ada modal, tidak kira sekiranya anda berniaga apa sekali memang ada modal . Kita selalu diheboh-hebohkan bahawa ada satu perniagaan iaitu Perniagaan internet tanpa Modal .Ini adalah suatu yang mengarut dan tidak masuk akal. Cuba anda fikirkan apa yang dimaksudkan tanpa modal .Bagi saya segala yang kita buat didunia ini untuk mencari keuntung kita memerlukan modal. Inikan pula sesuatu perniagaan.

Perniagaan Internet tanpa modal  yang selalu digembar-gembur adalah salah satu cara untuk menarik minat kepada sesuatu produk supaya laris. Mungkin mereka yang selalu mengunakan tag line ini adalah mereka yang sudah hilang idea untuk mempromosi perniagaan mereka. Gunakan lah tag line yang boleh diterima pakai kerana pengguna masa kini lebih bijak untuk memilik.

 Sebagai seseorang yang berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang ini saya rasakan belum ada yang percuma untuk saya menjalankan aktiviti ini dan bagi saya sesuatu yang percuma lambat laun akan berbayar di suatu hari kelak. Kepada mereka yang baru dalam internet marketing lupakan Tag line " Perniagaan Internet Tanpa Modal ". Untuk mendapat ranking yang terbaik didalam online kita perlu melabur.Pelaburan yang baik anda menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita.


TIPS YANG BERKAITAN :-



Thursday, 10 January 2013

Tersenarai dalam enjin pencarian - Google

Buat masa ini website peniagaan saya tersenarai dalam muka hadapan enjin pencarian google . sebagai contoh 20,0000,000   carian mengunakan keyword INTERNATIONAL  FORWARDING AGENT  dan  5,860,000 cari dengan keyword CUSTOMS FORWARDING AGENT. Banyak tip-tip terkini yang saya pelajari mengenai internet marketing untuk menyenaraikan syarikat saya di Google.com. Disini kita perlu belajar mengenai SEO , mendapatkan seberapa banyak BACKLINK untuk kita mengekal trafik dalam enjin pencarian. Tidak rugi kita belajar ini semua. Inilah adalah teknik masa kini untuk kita menjalan promosi sesuatu perniagaan di internet. Anda bolen mempelajarinya samada berbayar atau pun percuma.


www.sworldnetmy.com





Affiliate marketing,
training, tools & software
Affilorama offers easy to follow educational resources, useful software applications and access to the web's largest Affiliate Marketing community. Join us, it's free! Click Here!

Wednesday, 9 January 2013

Berani dalam bisnes

Sikap berani  patut berada dalam setiap para usahawan. Berani membuat keputusan  dan berani berhadapan dengan risiko. Sekira kita tidak berani , mana mungkin kita dapat mempelajari sesuatu yang baru. Bagi saya sesuatu keputusan yang berani adalah sesuatu yang berisiko. Kita akan berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku, samada berjaya atau sebaliknya. Ramai diantara kita takut-takut untuk membuat keputusan dan memberi pelbagai alasan. Apa yang penting bagi saya berani itu biarlah bertempat.

Berani dalam bisnes


Ramai diantara kita hendak berniaga tapi merasa takut dan tidak berani.Kenapa ?
  • Takut rugi - Setiap yang memberi keuntungan pasti akan rasakan rugi,  makin besar keuntungan semakin besar juga kerugian akan kita tanggung jika tersilap langkah.
  • Takut bermodal - hendak berniaga tapi takut dengan untuk melabur dan bermodal. Sentiasa memerlukan perkhidmatan percuma.
  • Terlalu banyak mengkaji- mengkaji tidak salah tetapi keterlaluan akan menyebabkan kita patah semangat.
  • Termakan hasutan orang lain- Ada golongan yang tidak senang sekiranya kita berjaya.
  • Kurang berkeyakinan (bak kata Adnan sempit - kondifen).
  • Tidak berilmu- Setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai ilmu. Peniagaan juga memerlukan ilmu jadi belajarlah dengan mereka yang berpengalaman dalam perniagaan.
  • Takut untuk memberi- Sebagai seorang islam kita seharusnya memperbanyakkan memberi (sedekah) supaya apa yang kita perolehi diberkati Allah.
  • Sentiasa berfikiran negatif - setiap apa yang dirancang ada sahaja asalan untuk menjatuhkan diri sendiri atau orang lain. Dalam kata lain sentiasa memberi alasan. Alasan orang malas.
  • Selesa dengan keadaan sekarang - cukup makan , cukup tempat tinggal semuanya cukup (padahal belum cukup bulan gaji dah habis).

Bagaimana membuat blog : Tips permulaan untuk blogger baru.

Selamat datang '' Bagaimana membuat blog - tips permulaan untuk blogger".

Dalam internet berbagai-bagai tips yang diberikan kepada blogger -blogger baru  ada yang percuma dan ada pula berbayar. Sebagai blogger yang berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang banyal tips-tips yang saya pelajari untuk meningkatkan traffic blog saya. Di samping itu juga saya telah menghasilkan hampir 100 blog dan masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri. Sebelum kita memulakan langkah yang berikut kita hari mempunyai strategi dan matlamat.




Bagaimana membuat blogs - tips paling senang untuk blogger
  • Matlamat dan perancangan - Ini adalah perkara paling penting kerana ada yang membuat blog untuk perniaagaan , hobi, mendapat kenalan , sukan dan lain-lain lagi.
  • Nama blog anda- cari nama yang mudah diingati dan sesuai dengan blog anda.
  • theme (tema) gunakan tema yang sesuai dengan blog yang mudah untuk dilayari.
  • Dpatkan khidmat pakar kerana ini akan menjimatkan masa tidak seperti saya 5 tahun baru faham dalam arena blog .Disamping itu juga anda boleh membeli di pasaran '' Tips mudah untuk membuat blog''.  dan dapat juga di Amazon.com disini .


3 langkah untuk lebih cepat pelajari tentang membuat blog.
  • Hadiri program yang dan seminar yang sesuai mengenai cara mudah membuat blog
  • Guna youtube sebagai guru anda, terdapat banyak tips yang berguna di Youtube yang anda boleh pelajari secara percuma. Perkara ini mudah dipelajari.
  • Mencari mentor yang berpengalaman tentang  blog kerana mereka yang berpengalaman tentang bidang ini  mudah untuk membimbing kita kearah kejayaan.

Monday, 7 January 2013

Facebook senjata bisnes anda.

Senjata Bisnes

Di zaman  serba moden ini, facebook adalah salah satu senjata bisnes dimana satu media mudah untuk berkomunikasi dan penyampaian matlumat secara cepat dan murah. Selain berguna untuk berkomunikasi, ia adalalah salah satu senjata bisnes anda. Dimana anda boleh mempromosi bisnes anda dengan cara dan teknik yang terkini. Manfaatkanlah facebook sebaik mungkin dan jadikanlah facebook senjata bisnes anda kerana ramai yang telah berjaya melalui facebook. Gunkanlah iklan berbayar yang ditawarkan oleh supaya page group yang anda buat mendapat ranking yang tertinggi. Bayaran yang dikenakan oleh facebook adalah berpatutan dan mengikut kemampuan anda.




Facebook Ads


Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...