Saturday 4 August 2012

Hajat tidak kesampaian

Seperti biasa masa yang terluang, saya banyak menghadir pertandingan di pusat-pusat bowling terdekat mahupun diluar negeri. Di bulan ramadhan saya telah menyertai pertandingan Bowling Ketupat Lemang Graded 12 anjuran Ampang Superbowl berhad. Apa yang menarik perhatian saya adalah hadiah utama sebanyak RM7000.00. Kalau ada rezeki bolehlah bawa pulang duit tersebut.


Syarat-syarat pertandingan adalah setiap pemain mesti melengkap 2 MQ(master gualified) satu MQ adalah sebanyak 3 game jadi 2 MQ adalah sebanyak 6 game. 15 pemain yang mempunyai markah yang tertinggi dianggap layak kepertandingan akhir setiap pusat bowling , johor, melaka dan Seremban. Pertandingan akhir akan diadakan di Ampang superbowl Mahkota Parade, Melaka.

Oleh yang demikian saya pun membuat MQ supaya dapat menempat diri dalam 15 peserta. Hasil usaha yang gigih saya tersenarai dalam 15 peserta yang terbaik. Itu pun salah seorang peserta mengalami masalah kesihatan.Nampaknya ini adalah peluang saya mendapat duit raya RM7000.00. Namun yang demikian salah seorang peserta yang tidak dapat melayakan diri keperingkat akhir telah menelefon saya dan merayu agar saya menarik diri dari pertandingan. Ini adalah kerana beliau terlalu inginkan masuk bertandingan dalam perlawanan akhir tersebut. Pada mula saya agak berat untuk menunaikan hajat beliau tetapi apakan daya , setelah beliau menelefon dengan kata-kata yang bersungguh-sungguh saya terpaksa menarik diri dari pertandingan dan membenarkan dia untuk turut serta. Dalam hati kecil ini, saya amat kecewa, susah untuk saya lafazkan dengan perkataan hanya tuhan saja yang tahu...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...