Monday 5 November 2012

kembali kepada sekolah



Pada 4.11.20012, saya telah menghadiri mesyuarat agong bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru. Dimana mesyuarat yang dijalankan untuk memilih barisan kepimpinan untuk menerajui supaya persatuan ini dapat menyumbang sesuatu kepada sekolah yang pernah kami sama-sama menimba ilmu satu hari dulu. Alumni Sdary telah ditubuh pada tahun 2006 dengan rasminya melepaskan jawatan kepada barisan-barisan baru supaya segala urusan untuk memantapkan persatuan ini. Saya agak terkejut dan berbesar hati diantara beribu-ribu bekas pelajar saya tersenarai sebagai Bendahari . Tugas yang amat berat dan memerlukan kejujuran serta amanah. Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam bisnes, inilah sumbangan saya  kepada pihak sekolah dan saya akan buktikan bahawa seorang yang mempunyai latar belakang bukan interlektual dapat berbakti kepada sekolah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...