Friday 14 December 2012

Bebas dari masalah kewangan.

 Setiap manusia mempunyai impian yang tersendiri. Bagi saya impian saya ialah bebas dari masalah kewangan .Sekiranya ini dapat dilakukan dengan segera merupakan perkara yang lebih bermakna bagi diri ini. Sebagai ahli perniagaan kita tidak lari dengan masalah kewangan dan terpaksa yang menanggung hutang untuk menjalan sesuatu perniagaan. Buat masa ini  kedudukkan kewangan saya adalah ditahap yang sederhana dan saya tidak mempunyai hutang berkaitan dengan syarikat kewangan dan bank. Perniagaan yang saya lakukan adalah berdasarkan dari poket sendiri dan bantuan dari rakan kongsi. Selama ini saya masih belajar untuk berjimat cermat dan mengamalkan hidup yang sederhana, kehidupan yang sederhana adalah lebih indah dari bermewahan membuat kita sukar melelapkan kerana asyik memikirkan hutang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...