Thursday 24 January 2013

Cara membina blog mampu menjual

Cara membina blog mampu menjual
Pada masa ini banyak blog-blog perniagaan yang terbina tetapi adakah blog tersebut mampu menjual sesuatu produk. Blog bisnes adalah blog yang mampu menjual disamping pengisian yang bagus.


Teknik bloging juga patut dipelajari. Ramai diantara blog-blog dimalaysia ini, mempunyai banyak iklan dimuka hadapan. Ini akan menjadi berbagai-bagai tanggapan pengunjung kedalam blog  kita. Memang cantik dengan iklan, adakah itu tujuan kita membina blog. Apa yang kita inginkan Blog peniagaan bukan blog banner.

Reka atur pada blog.

Seperti keadaan rumah , kita mahukan setiap perabut diletak ditempat yang betul. Sedap mata memandang, Bayangkan sekiranya rumah kita bersepah, bagaiman perasaan kita. Begitu juga blog kita, reka atur memang perlu supaya blog kita tidak menyakitkan mata dan mudah untuk dilayari.Cari contoh blog yang kemas rekaan didalam internet.Sesuatu yang kemas membuat kita bersemangat untuk berblogging.Inilah yang dikatakan blog perniagaan.

Bijak dalam pemilihan topik.

Pemilihan topik yang menarik juga memain peranan yang penting dalam kita berblogging sebelum post sesuatu cuba kaji selidik dahulu topik untuk diperbincangkan .Adakah topik yang hendak kita tulis itu adalah matlamat asal blog kita. Jangan memilih topik yang salah ini akan menjadi matlamat blog kita tersasar jauh. Apabila kita bijak memilih topik, ini akan menaikkan blog trafik kita.Blog post yang baik adalah sesuatu yang paling penting.

Menekan pada sesuatu produk.

Ini adalah perkara yang penting, ramai diantara kita terlalu ingin memcuba sehingga kita hilang fokus. Terdapat banyak produk di dalam produk kita. Kadang-kadang produk yang diiklan tidak ada kena mengena dengan blog. Cari sesuatu produk yang mudah untuk dijual kerana tujuan blog kita dibina untuk menjual dan bukan hanya beriklan sahaja. Ramai yang berjaya dalam blogging menekan kepada sesuatu produk tetapi kita seharusnya mencuba pelbagai cara untuk berjaya

Post promosi.

Post promosi juga penting untuk memberitahu tentang bisnes kita buat. Sekali-sekala cuba postkan sesuatu secara direct dan telus mengenai bisnes anda. Ingat ini perlukan dilaku sekali-sekala sahaja jangan keterlaluan. Cadangan saya ialah untuk memperkenal bisnes anda melakukan pertandingan atau sesuatu peranduan. Tawarkan hadiah yang menarik untuk pengunjung anda. tidak salah untuk melabur sesuatu yang baik. Setiap pelabur yang baik menghasil sesuatu yang mengkagumkan.

Kemudahan untuk membeli.

Sekiranya sesuatu produk itu bermutu, pelanggan mesti mencari kaedah bagaimana untuk membeli .Cara kaedah yang paling mudah untuk menjual dan membeli. Di Malaysia terkenal dengan pembayaran secara perbankan iaitu maybank 2u . Pelajari kaedah menjual mengunakan Maybank 2u, ini adalah kaedah semuah 1,2,3 tetapi perlu diingat ramai yang terpendaya dengan pembayaran ini. Perlu berhati-hati , anda perlu belajar dengan  mereka yang berpengalaman.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...