Tuesday 29 January 2013

Pentingnya Ilmu dalam peniagaan

Pentingnya Ilmu dalam peniagaanTidak perlu saya kata berapa penting sesuatu ilmu kerana masing-masing telah arif tentang hal tersebut. Kenapa ilmu itu penting ? seorang yang menjadi pakar disebabkan ilmu . Ilmu patu dituntut pada mereka yang berpengalaman .Ianya tidak datang dengan sendiri, ilmu patut dicari dan pula patut dibeli dengan wang ringgit.

Firman Allah:

“(Petunjuk itu) sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul dari golonganmu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari sifat syirik dan lain-lain kelakuan jahat), mengajarkan kepadamu (isi) kitab (Al-Quranul Karim) dan hikmah, serta mengajarkan kepadamu hal-hal yang belum kamu ketahui” (Al-Baqarah: 151)

Sabda Rasulullah S.a.w: “ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat”.

Ilmu di dalam bahasa arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara sebenar.
Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk; makrifat; ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat; dan ilmu juga adalah proses mengetahui , orang yang mengetahui dan apa yang diketahui; dan ilmu juga adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.


Hang tuah juga menuntut ilmu

Perjalanan memakan masa berhari-hari untuk mendaki gunung Ledang bersama lima sahabat  semata mencari guru silat yang terbaik pada masa itu. Lakmana Hang Tuah menjadi insan yang terhebat dalam ilmu persilatan dengan mendalami ilmu persilatan dan berjaya menewaskan Taming sari seorang pendekar paling hebat dari seberang. Bayangkan berapa hebatnya ilmu!!!!.

Ilmu dalam perniagaan

Pentabiran, akaun , promosi dan segala hal yang melibatkan perniagaan adalah ilmu yang patu kita pelajari. Apa yang penting kesungguhan untuk menimba ilmu menjadi kita seorang yang pakar. Di dalam dunia serba moden ini, banyak ilmu berkaitan dengan perniagaan mudah didapati dengan cara melayari internet, membaca buku, menghadiri kursus dan berbagai lagi teknologi canggih memberi kita ilmu yang manfaat.

Ilmu peniagaan itu datang dari bakat dan keturunan ?

Bagi saya bakat dalam perniagaan memang patut ada  tetapi sekiranya tidak diamalkan bakat tersebut akan lenyap dan sekiranya bakat tersebut tidak diasah maka tiada apa-apa yang menguntungkan. Saya mengambil contoh orang cina memang pandai berniaga kenapa ? Mereka telah dilatih semasa kecil mengikut keluarga mereka kedai ataupun perusahaan sejak mereka kecil.  Disini mereka diajar bagaimana untuk berniaga dan mereka juga mendapatkan pendidikkan tidak rasmi secara berniaga tetapi cara ini kurang dipupuk oleh orang kita.

Ilmu dari mentor

Mentor dalam perniagaan mesti ada sekira kita ingin sesuatu kejayaan. Cari mentor yang sesuai dengan anda supaya anda mudah mengecapi kejayaan. Sekiranya anda ingin berlajar bermain golf cari jurulatih golf dan sekiranya anda ingin belajar bermain bowling cari lah jurulatih bermain bowling. Mentor memang perlu kerana mereka ini telah merasai pengalaman yang belum kita rasai. Kepada yang ingin berjaya dalam perniagaan cari mentor yang membantu kita dalam perniagaan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...