Tuesday 14 May 2013

Bertuahnya aku ditimpa kesusahan.



Didalam perjalanan untuk menuju kejayaan memang tidak dapat dielakkan dengan setiap yang dugaan yang melanda. Ada juga dugaan yang melanda berturut-turut. Sebenarnya , mereka yang ditimpa kesusahan dan musibah adalah golongan yang bernasib baik. Disini saya memberi contoh kesusahan yang ditimpa adalah berpunca dari orang lain .Sikap hasad dengki memang tidak lari dalam sesuatu kaum atau golongan. Golongan ini memang tidak mahu melihat orang lain merasa kesenangan sentiasa mencari sesuatu untuk menjatuhkan insan yang tidak disenangi. Terus terang saya katakan golongan ini adalah mereka yang sukar untuk berjaya kerana sentiasa berfikiran negatif dalam semua hal. Mereka lebih senang melihat orang lain susah.


Doa insan yang teraniaya

Jika kita tergolong sebagai insan yang teraniaya atau disakiti oleh insan lain yang bergelar manusia, tidak kiralah siapa sekalipun insan itu, janganlah sesekali berdukacita. Apabila tergolong sebagai insan teraniaya, kita sebenarnya menjadi insan yang paling beruntung di dunia ini. Apa tidaknya, doa insan-insan yang teraniaya ini tidak ada hijab antara langit dan bumi. Ia akan sampai terus kepada Pencipta, dan dengan izinNya doa-doa tu pasti akan dimakbulkan, tidak kiralah siapapun yang bertindak sebagai penganiaya.

Dari facebook Saiful lizan blog's

hikmah dari musibah

Sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kegagalan jangan berputus asa untuk kembali bangkit dan berjuanng untuk berjaya. Kebaikkan bila ditimpa kesusahan : -

1. Bila kita ditimpa kesusahan baru kita kenal apa erti persahabatan, adik beradik dan saudara mara. Adakah mereka bersama-sama kita bila kita ditimpa kesusahan. Dimana mereka-mereka yang bersama-sama ketawa diwaktu kita senang dahulu. Disini juga kita dapat mengenali mereka yang berasa gembira tentang kesusahan yang kita hadapi.

2. Hanya pada Allah sahaja yang boleh kita meminta pertolongan. Dengan cara berdoa kerana doa sahaja yang boleh mengelak sesuatu yang tidak diingini  berlaku. Apabila kita ditimpa kesusahan kita perlu mendekatkan diri pada Allah dan percaya bahawa musibah yang dialami sesuatu yang sementara.

3.Kita dapat mengendali diri sendiri . Didalam kesenangan memang sukar untuk kita mengenali diri sendiri. Apabila kita ditimpa kesusahan barulah kita teringat segala kesalahan dan dosa kita lakukan. Mungkin ini adalah balasan seorang muslim yang pernah membuat kemungkaran. Apa yang penting Allah masih sayangkan kita dan tidak mahu kita buat dosa sebab itulah kita ditimpa kesusahan.

4. Menguji ketahanan fizikal dan mental .

5.Menguji tahap keimanan dan ketakwaan kepada yang maha Esa

6.Supaya kita menjadi insan yang berguna untuk orang lain kerana kita dapat banyak pengajaran dari kegagalan yang dihadapi.

7.Jangan katakan kenapa aku, ucaplah Alhamdullih kerana ini takdirnya aku terima dengan hati yang berbuka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...