Wednesday, 2 January 2013

Mentor dalam perniagaan.


Setiap yang berjaya mempunyai mentor yang tersendiri. Seperti saya juga mempunyai mentor , ini adalah sebagai sumber rujukan untuk terus berjaya. sebagai insan biasa , kita tidak lari dari kesilapan  teguran dari insan yang berpengalaman amat saya perlukan. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita perlukan seorang jurulatih yang berpengalaman. Tanpa mentor yang sesuai kita diumpama sebagai melakukan sesuatu membuta tuli. Ini adalah dianggap sebagai seuatu yang kurang bijak dan membazir. Setiap apa kita lakukan untuk menghasilkan sesuatu yang besar kita perlukan seorang guru untuk mengajar kita dari A-Z. Disini barulah apa yang kita hasilkan bersistematik dan teratur kerana kita dilatih. Ramai diantara kita tidak menghiraukan perkara ini kerana menganggapkan bahawa mereka sudah pandai atau pun mahir dalam sesuatu bidang.

Monday, 31 December 2012

Hobi menjadi sumber pendapatan


Pada 25 November 2012, saya telah menganjurkan satu pertandingan boling yang menawarkan hadiah Hampir RM13000.00 jumlah keseluruhan. Dimana pertandingan ini dihadiri oleh pemain dalam dan luar negeri iaitu di Singapura. Boling adalah satu aktivi sukan yang selalu saya lakukan semasa mengisi masa lapang. Alhamdulilah saya dapat menganjurkan pertandingan sebaik mungkin dan saya berhasrat akan
mengajurkan kembali pertandingan seperti ini lagi. Terima kasih kepada sponsor yang telah menyumbang untuk menjadikan pertandingan berjalan dengan lancar. Kepada kawan-kawan yang diluar sana yang jadikan hobi anda supaya menjadi sumber pendapatan bukan sesuatu pembaziran.





Sunday, 30 December 2012

BERANI 2013 - DR.AZIZAN OSMAN


Dr.Azizan Osman , memang tidak boleh disangkal lagi kehebatan anak muda bernama Dr.Azizan Osman kerana telah ramai telah mengetahui kebolehan beliau telah ramai melahirkan ahli perniagaan bertaraf lima bintang. Saya sendiri terpanggil untuk mengikuti program yang dianjurkan , memang luarbiasa hebat. Banyak tip-tip yang saya pelajari melalui program beliau.Tidak perlu saya kata bertapa hebatnya beliau.  Dari segi pemerhatian memang kita yang bergelar usahawan memang patut mengikuti seminar yang dianjurkan oleh beliau. Saya mungkin menjadi peserta beliau yang berikutnya.

Thursday, 27 December 2012

Bermaruah dalam bisnes


Saya didatangi oleh salah seorang pelanggan kawan baik saya. Tawaran agak menarik beliau memberi tawaran bisnes kepada saya dan mengatakan ingin mengunakan perhidmatan saya . Disamping itu juga beliau memburukan rakan baik saya dan mengatakan rakan saya itu tidak boleh lebih kurang dalam bisnes dalam pembayaran. Apa yang saya tahu pelanggan tersebut suka melengah-lengah dalam soal pembayaran. Bagi saya memang patutnya kawan saya bersikap sedemikian untuk pelanggan yang suka melengah-lengah tentang pembayaran. Tawaran yang diberikan agak menarik disamping itu juga dapat menambah pelanggan ke syarikat saya. Keputusan saya ialah saya menolak tawarannya , adalah kerana nilai persahabatan yang diboleh dijual beli dan saya ingin menjaga persahabatan supaya kekal selama-lamanya. Bagi saya biar saya kurang pelanggan tetapi saya ada maruah dalam peniagaan.

Saturday, 22 December 2012

Peluang terbaik - Pelaburan hartanah

Pelaburan hartanah adalah salah cara untuk kita menjadi kaya. Dengan mengusai teknik-teknik dengan mereka yang terdahulu menjalankan bisnes ini membuat kita mudah menjadi kaya. Ramai golongan jutawan menjadi kawa raya menjalankna aktiviti ini . Ada juga yang menjalankan aktiviti tanpa modal. Contoh mereka yang berjaya dalam pelaburan hartanah - Azizi Ali. Buat masa ini saya juga telah memperlajari beberapa teknik mengenai pelaburan hartanah. kepada mereka yang berminat mengenai pelaburan hartanah di dapatkan mentor yang sesuai untuk berjaya. Bidang ini telah melahirkan ramai jutawan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...