Tuesday 14 May 2013

Bertuahnya aku ditimpa kesusahan.



Didalam perjalanan untuk menuju kejayaan memang tidak dapat dielakkan dengan setiap yang dugaan yang melanda. Ada juga dugaan yang melanda berturut-turut. Sebenarnya , mereka yang ditimpa kesusahan dan musibah adalah golongan yang bernasib baik. Disini saya memberi contoh kesusahan yang ditimpa adalah berpunca dari orang lain .Sikap hasad dengki memang tidak lari dalam sesuatu kaum atau golongan. Golongan ini memang tidak mahu melihat orang lain merasa kesenangan sentiasa mencari sesuatu untuk menjatuhkan insan yang tidak disenangi. Terus terang saya katakan golongan ini adalah mereka yang sukar untuk berjaya kerana sentiasa berfikiran negatif dalam semua hal. Mereka lebih senang melihat orang lain susah.


Doa insan yang teraniaya

Jika kita tergolong sebagai insan yang teraniaya atau disakiti oleh insan lain yang bergelar manusia, tidak kiralah siapa sekalipun insan itu, janganlah sesekali berdukacita. Apabila tergolong sebagai insan teraniaya, kita sebenarnya menjadi insan yang paling beruntung di dunia ini. Apa tidaknya, doa insan-insan yang teraniaya ini tidak ada hijab antara langit dan bumi. Ia akan sampai terus kepada Pencipta, dan dengan izinNya doa-doa tu pasti akan dimakbulkan, tidak kiralah siapapun yang bertindak sebagai penganiaya.

Dari facebook Saiful lizan blog's

hikmah dari musibah

Sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kegagalan jangan berputus asa untuk kembali bangkit dan berjuanng untuk berjaya. Kebaikkan bila ditimpa kesusahan : -

1. Bila kita ditimpa kesusahan baru kita kenal apa erti persahabatan, adik beradik dan saudara mara. Adakah mereka bersama-sama kita bila kita ditimpa kesusahan. Dimana mereka-mereka yang bersama-sama ketawa diwaktu kita senang dahulu. Disini juga kita dapat mengenali mereka yang berasa gembira tentang kesusahan yang kita hadapi.

2. Hanya pada Allah sahaja yang boleh kita meminta pertolongan. Dengan cara berdoa kerana doa sahaja yang boleh mengelak sesuatu yang tidak diingini  berlaku. Apabila kita ditimpa kesusahan kita perlu mendekatkan diri pada Allah dan percaya bahawa musibah yang dialami sesuatu yang sementara.

3.Kita dapat mengendali diri sendiri . Didalam kesenangan memang sukar untuk kita mengenali diri sendiri. Apabila kita ditimpa kesusahan barulah kita teringat segala kesalahan dan dosa kita lakukan. Mungkin ini adalah balasan seorang muslim yang pernah membuat kemungkaran. Apa yang penting Allah masih sayangkan kita dan tidak mahu kita buat dosa sebab itulah kita ditimpa kesusahan.

4. Menguji ketahanan fizikal dan mental .

5.Menguji tahap keimanan dan ketakwaan kepada yang maha Esa

6.Supaya kita menjadi insan yang berguna untuk orang lain kerana kita dapat banyak pengajaran dari kegagalan yang dihadapi.

7.Jangan katakan kenapa aku, ucaplah Alhamdullih kerana ini takdirnya aku terima dengan hati yang berbuka.

Monday 6 May 2013

Selepas PRU 13 .



Pada 05.05.2013 seluruh rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin . Penggal ini adalah kali ketiga saya mengundi, saya mengundi siapa ? Biarlah menjadi rahsia peribadi . Demi menjaga hati pelanggan saya yang rata-rata adalah berbeza kaum dan fahaman politik. Didalam bisnes saya tidak boleh menghadkan diri saya untuk berniaga kepada sesiapa yang berlainan ideologi dalam politik sebab itu saya tidak pernah memasukan isu-isu politik didalam facebook saya dan didalam blog ini. Tidak kira apakah parti kegemaran anda, anda adalah tetap bakal pelanggan saya.

Diwarung-warung, kedai-kedai kopi ramai orang berbicara tentang keputusan pilihan raya ke 13. Masing-masing dengan pendapat dengan pendapat yang berbeza-beza. Sebagai anak tempatan , saya hanya dapat mendengar dan memberi pendapat serba sedikit terhadap keputusan PRU ke 13. Disini juga saya harus berhati-hari mengeluarkan pendapat kerana takut melibatkan isu perakauman.

Membuang undi bersama kaum lain.

Saya membuang undi bersama kaum cina di salah sebuah Sekolah Jenis kebangsaan Cina , di daerah Tampoi, Johor Bahru, Johor. Berbeza dengan penggal lepas , proses membuang undi agak cepat , mungkin disebabkan dengan syarat baru iaitu " Dakwat Kekal "  menyebabkan saya terpaksa beratur lebih satu jam.

TanggungJawab sebagai anak Malaysia.

Walaupun tanggungjawab saya sudah selesai dalam membuang undi tetapi tanggung jawab untuk menjaga keamanan dan kehormonian harus diambil kira. Kita cukup bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Dimana kita dapat hidup dan menjalan aktiviti perniagaan dengan mudah dan selesa. Tidak seperti dinegara lain, mereka di himpit dengan taraf ekonomi yang begitu tinggi dan mereka tidak mendapat bantuan dan subsidi dari kerajaan mereka keadaan ini berbeza sama sekali di Malaysia.

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia.

Semoga dengan kemenangan Barisan Nasional memberi kebaikkan dan kemudahan untuk kita sebagai anak Malaysia. Disamping itu barisan Kepimpinan yang baru dapat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan . Marilah kita sama-sama mengekalkan keamanan , inilah  bekalan kita untuk generasi akan datang.



Friday 3 May 2013

Baik buruk dalam teknik copy & paste.




Kaedah cara ini banyak berlaku pada mereka yang baru dalam bisnes online. Dengan harapan bahawa memdapat tumpuan pengunjung dalam ke Page yang dibina. Tidak salah mencontohi teknik pada mereka yang terdahulu tetapi jangan sampai meniru bulat-bulat apa yang orang lain buat semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Mereka yang berjaya dalam bisnes online adalah mereka yang mencipta sesuatu yang baru serta mengikuti perkembangan terkini dan pentingkan originaliti.



Baik buruk dalam teknik copy & paste.

Di dalam facebook terdapat kaedah copy & paste semata-mata untuk mendapat like yang banyak dari pengunjung. Sekiranya fakta yang di copy & paste adalah fakta yang salah siapa yang akan bertanggung jawab ?Apa yang amat meragukan fakta mengenai agama , sekiranya salah ini akan merosak akhlak kita sebagai seorang Islam.  Sebelum kita copy & paste sesuatu fakta seharusnya kita perlu selidik kebenaran atau kesahihan tentang fakta tersebut. Memang benar untuk mencipta sesuatu yang baru adalah perkara  yang sukar ,lebih - lebih lagi kita perlu perhatian orang ramai untuk ke Page group atau page bisnes kita.


Bagi mereka yang suka kaedah copy & paste, cuba cari originaliti tentang bagaimana untuk menarik minat pengunjung ke page bisnes anda .Terus terang saya katakan  memang mudah teknik copy & page kerana tidak perlu kita bersusah payah untuk mencipta sesuatu . Semoga anda tidak tergolong dalam lanun "cetak rompak " dalam bisnes online.

Friday 5 April 2013

Perkara asas yang perlu ada sebelum bergelar ahli peniagaan.



Mungkin ramai sudah tahu tapi ramai juga telah lupa perkara-perkara penting sebelum kita bergelar ahli peniagaan. Tidak kira samada bisnes online atau bisnes offline. Perkara-perkara asas yang perlu kita kongsikan agar memberi faedah kepada kita semua.

Ilmu.

Ini adalah perkara asas dalam membina sesebuah peniagaan. Mereka yang berilmu pun kadanga-kadang tidak mahu berniaga .Inikan pula kita, yang kurang berilmu. Kebanyakkan mereka yang berjaya dalam perniagaa mempunyai ilmu yang tinggi. Adakala berniaga perlukan bakat dan bakat itu boleh dipupuk melalui ilmu. Oleh itu pelajari ilmu perniagaan dari mereka yang berilmu. Tidak rugi menuntut ilmu untuk kebaikan diri sendiri. Sentiasa belajar dan terus belajar.

Berani

Peniagaan merupakan menceburi bidang peperangan. Sesiapa yang lemah pasti akan tewas. Begitu juga peniagaan memerlukan strategi , teknik dan penyampaian yang baik untuk membuat peniagaan bertambah maju.

Modal

Pada masa ini kita sering digembar gemburkan tentang peniagan tanpa modal. Ini adalah satu yang mengarut dan memperdayakan seseorang. Modal bukan sahaja dari wang ringgit sahaja. Ini melibatkan masa dan tenaga. Perniagaan memerlukan modal tidak kira besar atau kecil bergantung pada sesuatu perniagaan yang dijalankan.

Mental yang kuat

Untuk berjaya dalam perniagaan , kita sering diduga dengan pelbagai bentuk cabaran dan halangan. Setiap yang datang adakala mematah semangat kita untuk terus berdiri. Disini perniagaan memerluka  kekuatan mental supaya kita dapat bertahan. Bukti kekuatan sesuatu peniaagaan itu bukan terletak pada keuntungan tapi terletak pada ketahanan dalam perniagaan.

Bersedia untuk jatuh

Sudah menjadi lumrah alam , setiap yang bangun pasti pernah memerima kejatuhan. Setiap kejatuhan mempunyai hikmah yang tersendiri , menjadikan kita lebih matang dalam sesuatu bidang. Islam juga selalu mengingat umat agar sentiasa mengingati kesusahan ketika kita senang. Dalam perniagaan wanga simpanan dalam membantu sekiranya kita dilanda kesempitan.

Wednesday 3 April 2013

Perlukah kita menjadi pengkaji untuk berjaya ?



Mengkaji sebelum memulakan sesuatu adalah perkara biasa dalam hidup. Sekiranya bertahun-tahun mengkaji tanpa tindakan adalah menjadi sesuatu yang membuang masa. tidak dinafikan bahawa sikap kesempurnaan mesti ada setiap insan. Ramai diantara kita terlalu mengkaji sesuatu untuk memulakan sesuatu tindakan seperti untuk memulakan perniagaan. Ada pula yang sering melihat kegagalan orang lain menjadi kayu pengukur untuk membuat sesuatu.

Mengkaji tanpa tindakan.

Inilah adalah perkara yang kebanyakan orang lakukan . Mengkaji tanpa tindakan , hanya memberi seribu alasan bahawa sesuatu penghasilan yang dilakukan berdasarkan logik dari akal fikiran. Mereka ini hanya pandai bermain dengan kata tanpa tindakan.

Mengkaji dengan tindakan

Perkara yang jarang-jarang berlaku pada kebanyakan. Hanya mereka yang berani sahaja dapat melakukan. Dengan tindakan yang cemerlang akan membuahkan hasil yang lumayan. sekiranya kegagalan berlaku kita mempunyai pengalaman tentang sesuatu kajian tersebut. Kegagalan itu adalah berpunca dari kita. Kaji bagaimana kegagalan boleh berlaku.

Mengkaji kelemahan diri sendiri.

Sudah menjadi lumrah alam , setiap manusia sukar menerima dan mengaku tentang kelemahan diri sendiri. mereka lebih membuka kelemahan orang adalah punca kegagalan sesuatu usaha. Mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya memperbaiki kelemahan diri sendri. Mereka sanggup belajar tentang sesuatu untuk meningkat kemahiran. Kelemahan diri sendir bukan kayu pengukur untuk berjaya tetapi gunakan kelemahan diri sendiri untuk belajar memperbaikinya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...