Betul tidak kadang-kadang sesuatu peluang terhidang depan mata, kita sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak mengambilnya. Sebenarnya Allah sentiasa memberi jalan untuk hamba-hambanya kearah kemajuan. Sikap kita kita sahaja yang menolak dengan berfikiran yang negatif. Mula kita rasa menyesal sekiraya peluang yang kita tidak menghirau membawa kejayaan kepada orang lain. Betul kata orang peluang datang sekali tetapi kadang-kadang itu berkali-kali .
kejatuhan titik permulaan untuk berjaya dan kejayaan untuk dikongsi bersama.Motivasi, blog , bisnes internet dan internet marketing dalam urusan peniagaan
Wednesday 7 November 2012
Dapatkan seramai mungkin followers
salah satu bisnes saya
Ada beberapa ciri blog yang dibina mempunyai followers yang ramai sekiranya :-
- Bahasa yang mudah difahami.
- Mempunyai tutorial dan teknik terkini mengenai perkara yang diperbincangkan.
- Tidak menjadi isu agama atau politik untuk meningkatkan trafik blog.
- Perkhidmatan yang percuma .
- Mengikut trend semasa.
- Blog mudah untuk dilayari.
- Tidak menyingung mana-mana pihak.
- Menulis dengan penuh ikhlas.
- Memberi manfaat kepada semua pengunjung.
- Buat sesuatu yang lain dari yang lain dan membuat pengunjung berkunjung ke blog anda dengan mengatakan Wow!!!!
- Menulis dengan idea yang tersendiri.
Monday 5 November 2012
kembali kepada sekolah
Pada 4.11.20012, saya telah menghadiri mesyuarat agong bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yassin Tampoi Johor Bahru. Dimana mesyuarat yang dijalankan untuk memilih barisan kepimpinan untuk menerajui supaya persatuan ini dapat menyumbang sesuatu kepada sekolah yang pernah kami sama-sama menimba ilmu satu hari dulu. Alumni Sdary telah ditubuh pada tahun 2006 dengan rasminya melepaskan jawatan kepada barisan-barisan baru supaya segala urusan untuk memantapkan persatuan ini. Saya agak terkejut dan berbesar hati diantara beribu-ribu bekas pelajar saya tersenarai sebagai Bendahari . Tugas yang amat berat dan memerlukan kejujuran serta amanah. Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam bisnes, inilah sumbangan saya kepada pihak sekolah dan saya akan buktikan bahawa seorang yang mempunyai latar belakang bukan interlektual dapat berbakti kepada sekolah.
Wednesday 31 October 2012
Berkawan dengan sesiapa sahaja.
Saya tidak pernah membataskan diri berkawan dengan sesiapa sahaja. Memang betul , kalau kita kawan dengan orang baik , baiklah jadinya tapi kalau sebaliknya kita akan terinaya sendiri. Bagi saya , kita diberi tuhan dengan akal yang sebaiknya, pandai-pandailah kita menerima samada baik atau sebaliknya. Untuk menjadi insan yang cemerlang kita harus ramai kawan untuk menyokong kita. Banyak kawan bererti kita dapat belajar dari pengalaman orang lain. Kadang-kadang pengalaman orang lain mematang kita.
Wednesday 3 October 2012
Sokong orang lain punya bisnes
Salah satu tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah kita seharusnya menyokong bisnes orang lain .Lebih lagi pada orang yang baru untuk berniaga.Sekiranya kita menyokong bisnes orang lain kemungkinan orang lain juga akan menyokong bisnes kita. Pada mereka yang baru memulakan perniagaan kita mesti menyokong dan jangan memperkecilkan mereka. Apasalahnya kita bersaing secara sihat dan jangan sombong.
Friday 28 September 2012
Terlalu berkira
Tidak salah jikalau berkira tetapi sekiranya terlalu berkira ini melambangkan kita seorang yang kedekut. Ramai diantara kita yang mula untuk berniagaa terlalu berkira untuk membelanja sesuatu arah kebaikkan. Bagi saya apa yang saya dapat didunia ini bukan untuk saya seorang tetapi ada bahagian untuk orang lain. Agak pelikkan ? sekira seorang yang berbicara dengan seorang pelanggan tentang sesuatu projek beribu-ribu ringgit tetapi air secawan agak berkira. Salah satu tabiat saya , saya suka memperlawa orang makan dengan saya dan belanja meraka. Saya tidak kira sesiapa mereka. berpangkat atau tidak belanja tetap belanja. Niat saya ikhlas.............
Monday 24 September 2012
Perancangan Perniagaan.
Sebelum melakukan perniagaan kita harus menyediakan plan A dan plan B.Plan A sekiranya sesuatu perkara itu berhasil. Apa yang tindakkan yang selanjutnya? Plan B pula kita harus menyediakan tindakkan sekira tidak berjaya.
Thursday 6 September 2012
Menjadi seorang yang Relax and cool
Saya sering diperli serta dipelekehkan oleh seseorang dalam usaha mengejar kejayaan. Siapa yang tidak marah kerana seringkali diperli dan diejek kerana usaha yang kita buat . Sekira saya melawan dengan tindakan insan tersebut perkara ini menjadi berpanjangan. Perkara yang perlu saya buat adalah menjadi seorang yang relax dan cool. Tidak perlu membalas, hanya tersenyum dengan apabila berhadapan dengan insan tersebut. Bagi saya kalau seorang itu tidak menyukai saya, kita buat perkara yang baik pun tetap dia tidak suka. Sekira orang buat sesuatu yang tidak baik , saya tetap berbuat baik pada insan tersebut. Buang masa saya sekiranya saya berdendam. Apa yang penting kita harus fokus dengan objektif kita.
Wednesday 29 August 2012
Nikmat kemerdekaan
Sebagai ramai Malaysia saya berasa bangga dengan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lama lagi kita akan mengambil hari Kemerdekaan Ke-55. Pasti sambutan gilang gemilang akan diadakan diseluruh negara. Saya merasa bertuah kerana dilahirkan pada 31 ogos 1979 kerana dalam menyambut hari lahir di hari Kemerdekaan. Sepatut kita berasa bertuah kerana dilahir dizaman negara sudah merdeka tetapi ada pula pihak mahu menimbulkan huru-hara. Saya bukan hendak berpolitik didalam blog ini tetapi sebagai ramai Malaysia yang berbilang bangsa kita patut mengekalkan keamanan yang kita nikmati setelah sekian lama. Kita patut patut berterima kasih pada pejuang-pejunag kemerdekaan dimana mereka bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah. Banyak perkara kita boleh pelajari dari sejarah silam. Marilah kita kekalkan bersama keamanan ini.
Datuk saya dilahir pada 1912 pada masa ini, beliau masih sihat walafiat menyambut ulang tahun ke -100
Sunday 26 August 2012
Sediakan payung sebelum hujan
Sebagai seorang yang insan biasa kita tidak lari ditimpa masalah, apatah lagi masalah kesihatan. kos perubatan masa kini telah meningkat dari masa kesemasa. Ini bermakna kesihatan adalah sesuatu yang berharga melebihi segala-galanya. Apa yang saya paling merisaukan dan membimbangkan saya sekiranya ditimpa penyakit masa mengalami masalah kewangan. Jadi perkara yang paling terbaik untuk diri saya dan keluarga ialah mengambil " medical Card " dari syarikat insuran. Tidak perlulah saya memberi tahu kelebihan card tersebut kerana ramai yang sedia maklum tentang kelebihannya.
medical card saya dan keluarga
Friday 17 August 2012
kejayaan orang lain membakar semangat saya.
Saya amat gemar mendengar tentang kejayaan orang lain dari segi pelbagai bidang. Kita seharusnya menjadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi kedalam hidup kita. Ramai diantara golongan yang berjaya adalah berasal dari golongan yang penuh dengan cabaran.Belajar dari kesilapan lalu adalah faktor untuk berjaya. Bagi saya melihat kejayaan orang membuat saya lebih bersemangat untuk berjaya. Apa yang penting kita harus lupakan perasaan hasat dengki dan cemburu untuk melihat kejayaan orang. Sebenar kejayaan orang lain adalah buku panduan untuk seseorang itu untuk berjaya. Hari ini kite bersorak untuk kejayaan orang lain, mana tahu nanti orang lain pula akan bersorak untuk kejayaan kita!!!!
Thursday 16 August 2012
Kereta Lambang kejayaan ?
Saya masih teringat masa saya mula-mula menjinakkan diri dalam bisnes, dimana saya hanya mempunyai sebuah kereta Satria 1.3 untuk berjumpa pelanggan. Disamping itu juga, itulah pengangkutan yang kami ada. Ramai juga pelanggan yang saya temui agak rasa sangsi apabila saya memberi tahu tentang peniagaan saya. Memang agak sukar untuk menyakinkan pelanggan kerana mentaliti masyarakat kita terletak kepada kebendaan. Sekira seorang itu mempunyai kereta yang agak mewah barulah dianggap berjaya.Bagi saya walau apa sekali pun yang kita ada itu adalah rezeki yang termampu untuk kita. kejayaan bukan terletak pada kereta semata-mata. Apa yang penting untuk diri saya ialah rasa rendah diri dan menghormati golongan yang susah itu adalah sifat kejayaan bagi diri saya kerana apa yang kita ada hari ini tidak akan berkekalan.
kereta pertama saya
kereta saya sekarang ini
Subscribe to:
Posts (Atom)