Friday 14 December 2012

Bebas dari masalah kewangan.

 Setiap manusia mempunyai impian yang tersendiri. Bagi saya impian saya ialah bebas dari masalah kewangan .Sekiranya ini dapat dilakukan dengan segera merupakan perkara yang lebih bermakna bagi diri ini. Sebagai ahli perniagaan kita tidak lari dengan masalah kewangan dan terpaksa yang menanggung hutang untuk menjalan sesuatu perniagaan. Buat masa ini  kedudukkan kewangan saya adalah ditahap yang sederhana dan saya tidak mempunyai hutang berkaitan dengan syarikat kewangan dan bank. Perniagaan yang saya lakukan adalah berdasarkan dari poket sendiri dan bantuan dari rakan kongsi. Selama ini saya masih belajar untuk berjimat cermat dan mengamalkan hidup yang sederhana, kehidupan yang sederhana adalah lebih indah dari bermewahan membuat kita sukar melelapkan kerana asyik memikirkan hutang.


Thursday 13 December 2012

TOP 23 BLOG MALAYSIA PALING POPULAR


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang sesat ke blog   "Jatuh bangun dalam perniagaan "  kerana mencari Top Blog Malaysia. Kali ini nak senaraikan Top Blog Malaysia paling popular, kenapa popular kerana mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.













Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri
  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)


Monday 10 December 2012

Kenapa Saya meminati sukan Bowling ?

Seperti yang sediamaklum saya begitu meminati sukan bowling . Sukan ini mengajar saya erti kesabaran dan konsentrasi. Disamping itu , kekuatan fizikal boleh diperolehi sekira kita kerap berlatih. Bowling juga dianggap sebangai "mental Game ". Dimana ia sekira kita mempunyai teknik untuk bermain, kita juga dapat melatih mental kita supaya kuat.. Ramai diantara kita beranggapan , sukan adalah sukan yang senang untuk bermain seperti permainan di FUN FAIR. Permainan  ini nampak senang, tetapi agak sukar untuk dipelajari, saya telah menceburi sukan ini selama 2 tahun masih tercari-cari teknik yang betul untuk bermain. Kepada mereka yang mengatakan sukan ini adalah cuba dapatkan lima Strike  berturut-turut. Berita baik untuk semua baru-baru ini Malaysia telah memenangi  Bowling World cup Di Poland. Tahniah kepada Syafiq Ridhwan kerana mengharumkan nama Malaysia keperingkat antarabangsa.


BannerFans.com

Saturday 17 November 2012

Bersemangat Setiap Hari

Untuk mengejar sesuatu yang penting kita seharusnya bersemangat setiap hari. Jangan mudah putus asa , setiap sesuatu kejayaan yang besar mempunyai halangan yang kuat membuatkan kita kecundang di separuh jalan. Untuk mengekalkan semangat , kita harus tanamkan impian bahawa kita boleh lakukan walaupun apa dugaan yang datang. Setiap sesuatu yang baik, bukan mudah untuk kita capaikan. Kadang-kadang kita terpaksa menempuh segala halangan dan rintangan. Keluarga , isteri dan anak membuat saya kuat bersemangat walaupun menerima halangan dan rintangan yang kuat. " NOTHING SHORT TO THE BEST "


Monday 12 November 2012

Sentiasa menjadi pemaaf

Didalam mengejar kejayaan, ada sahaja cakap-cakap belakang untuk menjatuhkan. Ada pula yang selalu mengambil tahu setiap perjalanan dan perkembangan bisnes saya untuk dijadikan cerita. Apa yang amat saya kesalkan, kenapa ada sikap cemburu melihat kejayaan orang lain dan bergembira melihat orang lain jatuh. Bagi saya , sentiasa memaafkan insan-insan tersebut supaya saya boleh fokus apa yang saya impikan. Tiada masa untuk saya membalas kerana ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Kadang-kadang itu tidak semua perkara yang kita buat itu mengenangkan hati orang tetapi kita tahu perkara yang kita lakukan itu kearah kebaikkan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...