Saturday 19 January 2013

Kisah benar : Pendapatan SGD3,000.00 sehari.

Kisah benar : Pendapatan SGD3,000.00 sehar
Sebagai seorang yang menguruskan barangan atau Kargo ke Singapura . Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda agak muda dalam 20-an. Berpakaian agak simple dan bersahaja. Kisah ini bermula di suatu pagi seorang lelaki datang ke pejabat saya untuk bertanya tentang prosedur uuntuk mengeksport barangan ke Singapura.


 Saya bertanya kepada anak muda ini tentang barang apa yang hendak dibawa masuk ke Singapura ? Dia menjawab dengan selamba " Nasi Lemak ".Dia memberitahu saya selama ini masuk mengunakan van tanpa membuat declaration form mungkin disebab mengalami masalah diantara pihak kastam, membuat beliau ingin melakukan aktiviti ekspot mengikut prosedur.

Anak muda ini memberi tahu saya bahawa dia mengekspot makanan tersebut pada pukul 3pagi hingga 6 pagi. Jumlah nasi lemak yang dibawa ialah 3000 bungkus dan satu bungkus berharga SGD1.00 sahaja. Nasi lemak tersebut diedarkan di kebanyakan  restauran di Singapura. Seperti yang sedia maklum Singapura adalah negara yang Never Sleep kebanyakan kilang-kilang dan sektor pembuatan beroperasi 24 jam  dan berkerja di hari cuti adalah satu pendapatan yang lumayan. Jadi No holiday!!!

Berbalik kepada anak muda tadi , 1 hari SGD3,000.00 dan kalau sebulan berapa ? Tentu lumayan bukan? Anda kiralah sendiri. Satu peniagaan yang kita rasa simple tetapi membawa keuntungan yang hebat. Kepada yang ingin berniaga tidak perlu kita fikirkan yang besar-besar kadang sesuatu yang kecil itu membawa keuntungan yang besar untuk kita.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...