Tuesday 2 April 2013

Adakah menceburi online bisnes sesuatu yang ajaib ?



Ramai diantara kita selalu memikirkan bisnes internet adalah sesuatu amat menguntung dalam masa yang terlalu singkat. Ada pula mempelajari sesuatu yang sedikit tetapi ingin satu kejayaan setinggi gunung. Bagi saya menggunakan online dan internet adalah sesuatu media yang amat popular untuk masa kini. Tiada yang ajaib kerana segala promosi yang saya pelajari memerlukan masa , tenaga dan modal wang ringgit. Tiada jalan mudah untuk memperlajari bisnes online. Apa yang penting ialah fokus dan terus belajar sesuatu yang baru. Sekiranya anda masih was-was tentang bisnes online , adalah lebih anda tinggalkan dan pelajarilah teknik offline kerana melibatkan diri dalam online bisnes tiada yang ajaib tapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka yang berjaya pada hari ini , adalah mereka yang berani bermodal dari segi wang ringgit , masa dan tenaga. Malah bukan mudah untuk mereka berjaya ada pula yang telah melabur ribuan ringgit hanya untuk mempelari bisnes ini .

Perkara - perkara yang patut anda hindarkan ketika menceburi online bisnes :-

  • Kurang fokus.
  • Mengharapkan kejayaan dalam bentuk percuma
  • kurang percaya dalam diri sendiri.
  • kedekut untuk majukan diri.
  • Terlalu mengharapkan kejayaan dalam masa singkat.
  • Memasukkan elemen politik dalam bisnes.
  • Sentiasa berfikiran negatif.

2 comments:

  1. ye, betul..
    masa saya mulakan perniagaan online, sy bmula dngn dropship kerana kekangan modal.. masa tu mmg xde duit, dlm tabung pun xsampai seratus..
    dan promosi itu perlukan masa.. belajar buat blog perlahan2.. dan untuk dapatkan pelanggan juga perlukan kesabaran. saya juga hanya dapat 4-5 pelanggan dalam bulan pertama!
    sekarang alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  2. hi beauty,

    Terima kasih kerana memberi pandangan anda, semoga pandanan anda menjadi perhatian kepada mereka yang baru dalam bidang online.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...