Wednesday 15 January 2014

Sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku.

Sebagai umat Islam kita tidak lari dengan dugaan dan cubaan yang berlaku. Setiap apa yang berlaku kita seharusnya terima dengan hati yang terbuka dan percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kesabaran harus ada pada insan yang berjaya dan dalam mengharungi dugaan. Walaupun kita dicerca ataupun diburukkan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Siapalah kita untuk melawan takdirnya dan percaya ada penghujung yang baik untuk insan yang bergelar penyabar. Sedikit pun saya tiada rasa berdendam atau membalas pada insan yang membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Saya sentiasa memaafkannya dan berdoakan agar yang Maha esa memberi hidayah kepadanya.



Pada sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, teringat saya kisah-kisah Nabi junjungan kita Nabi Muhammad tentang kesabaran baginda dalam berdakwah . Baginda dihina, difitnah dan pelbagai lagi kata-kata telah dilempar tetapi baginda tetap bersabar menerima dugaan dari Allah S.A.W. Kesabaran baginda memang sesuatu yang luar biasa dan patut dicontohi oleh semua umatnya.Salam hormat saya tujukan kepada yang selalu mengunjungi blog ini dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Tahun 1435H/ 2014 . Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...