Monday 24 February 2014

AEON TEBRAU CITY JB : PROMOSI MENGELIRUKAN PENGGUNA

Pada 29.11.2013 saya  dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

 Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Kami juga telah  membuat aduan kepada Jabatan yang bertanggungjawab tentang apa yang terjadi pada kami dan berharap pihak Jusco(AEON) tidak mempermainkan harga promosi dan lebih berhemah ketika menjalan tugas.Bersama-sama ini saya lampirkan Bukti pembelian dan gambar yang berkaitan.

 

Tanda Harga


Resit dari Pasaraya


Dokumen dari KPDNKK


Dokumen dari KPDNKK



05.12.2013 - Laporan telah dibuat di KPDNKK JOHOR BAHRU
31.12.2013 - Pegawai KPDNKK JOHOR BAHRU telah membuat siasatan berkaitan kes yang diterima

Hasil dari siasatan pihak KPDNKK JOHOR BAHRU

- TANDA HARGA MEMUASKAN

Saya juga ada menelefon KPDNKK tentang kes tersebut tetapi mereka menerangkan bahawan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak terdapat apa-apa kekeliruan tentang harga dan barang tersebut ketika mereka membuat siasatan . Bagi saya hal ini telah berlaku hampir sebulan dan mereka pergi membuat siasatan selepas itu menyebabkan tiada bukti tentang barangan tersebut dan kemungkinan juga promosi tentang barang tersebut telah habis. Kesimpulannya ialah  pasaraya tersebut terlepas begitu sahaja walaupun mereka mengaku bersalah.





Persoalan saya  
  • Dimanakah Hak saya sebagai pengguna selepas ditipu dan mendapat layanan yang teruk ?
  • Dimanakah Akta Perlindungan pengguna 1999 yang  memperuntukkan denda RM50,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga hingga lima tahun ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...