Saturday 13 September 2014

3 perkara yang membuat kita menyesal seumur hidup .

Disini saya ingin berkongsi beberapa yang saya kaji dan fikirkan tentang beberapa perkara yang perlu kita titipkan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai insan biasa kita tidak lari dari membuat silap dan kesilapan itu juga mengajar erti hidup yang sebenar. Beberapa perkara harus kita kongsi sejenak supaya menjadi tauladan dan panduan hidup . Hanya tiga perkara sahaja membuat kita menyesal seumur hidup .

1. KITA MARAH DAN CACI PADA  MEREKA YANG SAYANG PADA KITA .

Perkara ramai terjadi pada mereka yang muda dan mempunyai ego yang tinggi menjalankan kehidupan masing-masing didalam dunia ini. Mereka ini tidak boleh ditegur walaupun mereka tahu apa yang dibuat adalah kesilapan dan kekurangan. Ada pula hilang rasa hormat apabila ditegur. Apa yang mendukacitakan mereka yang menegur adakala  ibu, ayah dan seseorang yang amat bermakna dalam hidup mereka. Mereka ini adalah insan yang paling menyayangi insan yang ditegur. Seseorang itu akan menegurkan pada mereka yang mereka yang amat mereka sayangi dan tidak mahu hanyut dilembah keburukkan. Untuk menjadi insan yang berguna kita patut ditegur kerana kita dilahirkan dengan serba kekurangan.


2.KITA TIDAK SEMPAT UNTUK MEMINTA MAAF PADA INSAN YANG DEKAT PADA KITA DAN TELAH MENINGGALKAN KITA UNTUK SELAMANYA.


Perkara yang paling menyesal dalam hidup insan yang tersayang telah pergi menghadap Illahi dan yang maha esa. Dimana banyak kesilapan yang lalu yang kita buat tidak sempat untuk meminta maaf. Kita tidak akan berjumpa dengan insan ini lagi. Jadi, manfaatkanlah masa yang diperuntukan untuk selalu meminta maaf pada yang insan yang selalu kita sakiti . Sekira insan tersebut telah pergi menghadap Illahi tanpa kita meminta maaf ,ini akan membuat kita diselindungi sesalan yang tidak sudah.



3.KITA GUNAKAN MASA MUDA KITA UNTUK PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Sekiranya masa muda kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kembali lah kepangkal jalan. Semoga hari tua nanti kita tidak menyesal . Ramai diantara kita menghabiskan masa yang tidak berfaedah dengan berfoya-foya untuk mencari hiburan dengan alasan mencari ketenangan diri ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ingat masa tua kita pasti mengejar dan jangan pula kita menyesal kerana setiap yang buruk itu mudah diwarisi oleh anak kita dan cucu cicit kita. Selagi ada kesempatan gunakan masa muda ini untuk mencari sesuatu yang berguna untuk bekalan dihari tua.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...