Monday 18 February 2013

Teknik berkesan promosi bisnes di online.

Berbagai teknik yang diguna pakai untuk mempromosi bisnes di online buat masa ini. Masih teringat saya 7 tahun dahulu mula-mula menceburi bidang perniagaan. Bagaimana untuk saya mempromosi bisnes ? Adalah datang  premis perniagaan satu persatu atau kediaman seperti yang dilakukan oleh salesman atau jurujual yang berpengalaman. Bagaimana untuk saya hendak memberitahu tentang perniagaan saya ?Akhirnya saya mendapat jawapan , di online.

Teknik promosi bisnes di online.

Disini saya akan berkongsi bagaimana untuk mempromosi bisnes di online. Di samping juga , perkara yang saya terangkan disini supaya mudah para pengunjung yang membaca blog ini  untuk mengetahu skill teknik berkesan promosi bisnes di online.

Pemasaran mengunakan email.

Ini adalah cara yang paling lama diguna pakai oleh mereka yang memulakan pemasaran di online. Email merupaka satu media yang paling mudah digunakan dan disamping itu juga mudah untuk dipelajari. Teknik email marketing perlu dipelajari agar setiap email yang dihantar bukan hanya untuk menghantar matlumat ataupun mesej tetapi diselit dengan promosi tentang bisnes anda.




Membina laman web

Laman web adalah satu alat untuk memberitahu tentang perniagaan kita. Segala-galanya mengenai bisnes kita boleh diterjemahkan melalui laman web. Untuk membina laman web kita harus mempunyai teknik dan pembelajaran yang khusus. Saya bukanlah seorang pakar dalam grafik tetapi saya dapat membina laman web hasil pembelajaran dari buku, ebook, dan khusus mengenai laman web. Jikalau anda bercadang untuk membina laman web sila berjumpa pada mereka yang pakar dalam pembinaan laman web. Harga yang dikena mengikut fungsi laman web tersebut.

Facebook

Ini adalah salah satu media sosial yang paling popular pada masa ini . Kebanyakkan perniaga mempromosi perniagaan mereka di Facebook. Tetapi bagaimana ? Teknik pemasaran di facebook patut dipelajari untuk mendapat tempat yang baik di facebook. Salah satu teknik ialah membuka facegroup. Dengan membuka face group anda dapat kumpulkan pengikut bisnes anda.


Direktori bisnes.

Direktori bisnes atau portal bisnes banyak memberi manfaat kepada ahli yang berdaftar. Dimana mereka boleh mempromosi bisnes mereka. Ada yang berbayar dan ada pula secara percuma. Bergantung kepada kemanpuan anda. salah satu protal bisnes yang paling popular ialah mudah.my.



Iklan di akbar.

Satu salah cara saya mempromosi bisnes saya ialah beriklan di akbar. Kos yang dikenakan agak mahal .Saya mengikat kontrak dengan syarikat akbar tersebut lebih satu tahun semata-mata untuk mempromosikan bisnes saya. Saya iklankan laman web yang saya bina ke dalam akbar tersebut . Kos yang dikenakan selama setahun hampir Rm20k . Memang mahal  bukan? Inilah usaha saya untuk mempromosi perniagaan saya.


Blog

Saya mengunakan blog sebagai satu senjata untuk  promosi bisnes saya . Pada mulanya agak kekok dengan aplikasi dengan mengunakan blogspot .Saya mengambil keputusan untuk mempelajari dengan mengunakan buku-buke, ebook dan ceramah dari mereka yang pakar dalam bidang ini. Blog bagi saya agak mudah untuk mempromosi bisnes di online. Sekira anda mempelajari teknik yang terkini , anda mungkin pakar dalam promosi bisnes melalui blog. Disini juga saya letak beberapa teknik blogging yang pernah saya tulis . Bagaimana blog berfungsi sebagai media promosi bisnes anda?




Saturday 16 February 2013

Kawal minda separa sedar.

Minda separa sedar bersifat berkecuali dan diibarat seperti tanah liat (plastecine) kerana ia dapat membentuk mengikut sesuka hati kita. Minda separa sedar tidak membuat keputusan tetapi hanya mengikut arahan minda sedar kita. Maka apabila kita mengawal sepenuhnya minda  sedar kita dengan mendisplinkan diri bercakap dan memikir hanya perkara yang kita mahu bererti kita mengarah minda separa sedar supaya berfikir, berkata-kata dan bertindak dengan memboleh kita berjaya sahaja. Di sini bemakna minda separa sedar menunggu arahan setiap aktiviti kita lakukan dan cara kita berfikir.

Latihan minda separa sedar.

Kawal minda separa sedar.Tetapkan matlamat dengan jelas tentang apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Sekiranya anda seorang peniagaan tetapkan keuntungan setiap bulan serta sesuatu yang boleh meningkatkan peniagaan anda. Cuba setkan matlamat didalam minda supaya dapat diterjemahkan melalui minda separa sedar. Tanamkan matlamat yang mendalam. Kajian mengatkan minda separa sedar beroperasi sewaktu kita tidur.Minda separa sedar akan merekod segala aktiviti kita sewaktu kita berjaga.Mulakan dengan setkan matlamat yang kukuh.

Bayangkan diri kita hebat

Teruskan dengan membina matlamat dengan membayangkan kita peniaga yang paling hebat dalam bidang yang kita ceburi. Lupakan tentang perkara yang negatif dan berhenti untuk mengkritik. Tetapkan didalam hati dan fikiran tetang perkara yang positif sahaja. Acuan minda separa sedar yang berjaya bermula pada fikiran yang positf. Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai matlamat yang kuat, sentiasa positif dalam bidang mereka. Keputusan mereka adalah tepat walau pernah menemui kegagalan.

Apabila kita terpandang seseorang memandu kereta mewah atau melihat rumah mewah katakan, " Saya akan memiliki seperti apa yang saya nampak sekarang ini ".Saya pasti akam memilikinya !!!! Ini bukan angan-angan tetapi impian.

Kitalah yang menetapkan, orang lain hanya membantu , maka kita juga mampu mencapainya. Impian tiada hadnya.

Blog untuk perniagaan.

Semakin hari semakin banyak bisnes yang baru muncul semada dionline atau pun di offline. Secara dasarnya setiap bisnes yang dibina memerlukan promosi . Bagaimana mempromosikan bisnes anda ? satu persoalan yang mempunyai ribuan jawapan. Saya mengunakan blog salah satu untuk mempromosikan bisnes saya. selain dari facebook blog mempunyai fungsi yang tersendiri .

Bagaimana blog berfungsi sebagai bahan promosi bisnes anda ?


  • Hasil penulisan yang baik dan bermutu tinggi membuat blog yang ditulis menjadi tumpuan pengunjung. Di sini setiap blog yang dihasilkan mempunyai fungsi tersendiri , yang paling penting isi kandungan memberi manfaat kepada setiap pengunjung.
  • Anda boleh menulis tentang produk anda tetapi timbulkan kelebihan yang ada pada produk anda. Jadikan produk anda lebih baik dari yang lain.
  • Blog juga berfungsi sebagai mengumpul kenalan dan rakan-rakan yang berkunjung. Mereka boleh memberi komen disamping dapat memberi pendapat tentang blog post yang terbaru.
  • Blog merupakan satu media untuk memprkenalkan barangan ataupun produk. Ia mudah lihat dan mudah dipelajari untuk membina.
  • Satu keistimewaan blog ialah blog yang dibina dari google adalah percuma. Cuma anda perlu belajar teknik SEO bagaimana untuk mempromosi blog tersebut
  • Blog mudah tersenarai dalam search Engine (Google) kerana blog merupakan produk enjin percarian milik google.
  • Pembinaan blog agak mudah dipelajari seperti bermain Lego seperti blogspot aplikasi yang untuk membina blog terlalu mudah untuk dipelajari.
  • Kepada yang pakar dalam HTML atau java kod tentu mereka lebih arif dalam pembinaan blog kerana HTML dalam blog agak mudah diselenggarakan.
  • Banyak buku tentang blog telah dihasil untuk menjadi lebih pakar dalam perngurusan blog perniagaan pelajari dengan mereka yang pakar tentang blog.
  • Ada juga blog yang dibina mempunyai proses pembeliaan yang mudah. 
Keistimewaan blog.

  • Mudah diselenggara.
  • Percuma.
  • Mesra SEO kerana blog merupakan produk Google
  • Mudah mendapat follower yang ramai.
  • Tempat untuk mempromosi produk atau bisnes.
  • Merupakan tempat simpanan matlumat bisnes anda.
  • Blog post terbaru boleh dihebah melalui News Feed.
  • Blog merupakan produk yang stabil dan jarang mengalami masalah dalam melayarinya.
  • Ramai yang menjadi kaya melalui blog.
  • Pembayaran juga boleh dilakukan melalui blog.



Friday 15 February 2013

Awas jika anda terima email dari maybank2u.

Baru-baru ini saya telah menerima email kononnya dari Maybank yang mengatakan bahawa akaun saya telah ditahan (Bloked) . Oleh itu saya dikehendaki untuk matlumat seperti yang disiarkan . Kepada para penguna Maybank2u anda semua dinasihat agar berwaspada apabila menerima email tersebut. Perkara yang utama apabila anda menerima email tersebut :


Awas jika anda menerima email ini


  • Jangan klik apa-apa yang terdapat pada email tersebut
  • Senaraikan email tersebut sebagai SPAM (bergantung pada aplikasi email anda)


Nasihat dari maybank2u.com.my

Thursday 7 February 2013

Rahsia Kejayaan bisnes orang Cina.

Sempena sambutan tahun baru Cina 2013 , saya berminat untuk menulis tentang bisnes orang cina. Di sini saya amat berminat tentang kejayaan daripada bangsa cina. Di Malaysia bumi yang bertuah ramai bangsa cina menjadi taraf jutawan dan hartawan . Kita sepatutnya mencotohi dan mempelajari bakat yang dikurnia oleh bangsa cina. Berkawan dan berkerjasama dengan mereka membolehkan kita berkongsi kejayaan mereka. Saya juga pernah berkerja dengan bos berbangsa cina, banyak tips-tips pemasaran yang saya perolehi. Bangsa cina terkenal dengan sikap tidak kedekut dari segi kewangan dan ilmu. Mereka akan memberi pertolongan sekiranya perlu.

Bangsa yang penuh dengan Falsafah.

Orang cina terkenal dengan banyak falsafah , salah satu " Dimana ada air disitu ada orang cina". Ini bermaksud di  daerah, kampung, bandar dan sebangainya mesti kita akan jumpa orang cina berniaga. Mereka amat mudah dijumpai melalui bisnes yang mereka ceburi. Falsafah ini juga bermaksud air sebagai sumber alam yang amat berharga dan sesuatu yang amat bernilai. Oranag cina beranggapan air sebagai satu sumber rezeki. Patutlah rata-rata pelajar cina sekolah , masing-masing membawa botol air yang agak besar berbanding dengan kita.

Bakat semula jadi sebagai peniaga.

Orang cina yang berniaga dianggap mulia berbanding dengan makan gaji. Mereka amat mengutamakan perniagaan sebagai sumber mencari rezeki. Kebanyakan mereka yang makan gaji akan berakhir dengan menjadi peniagaan.  Golongan peniaga dipandang mulia kerana mereka ini merupakan golongan yang berani kehadapan dan berani mengharungi cabaran.  Bagi yang makan gaji mereka ini dianggap belum cukup dewasa untuk menjalankan kehidupan yang sebenar.

Kenapa mereka dipanggil Tauke?

Satu panggilan yang amal mulia sekiranya seseorang cina berniaga. Semua orang cina bercita-cita untuk menjadi tauke kerana mereka dapat menentukan taraf hidup mereka tanpa kongkongan oleh sesiapa. Tauke adalah pemimin segala cakap, perbuatan dipandang serta dihormati oleh pekerjanya. Keadaan ini menjelaskan kepada golongan bisnes yang amat mulia. Dengan minat yang mendalam terhadap perniagaan sedikit sebanyak  mendorong masyarakat cina untuk berniaga dan bergelar sebagai peniaga yang berjaya. Tidak dinafi bahawa mereka juga ada yang gagal dalam perniagaan.

Bakat bisnes bukan diwarisi dari keturunan.

Mari kita tengok sejarah taikun yang sudah lama berjaya di Malaysia. Kebanyakan adalah mereka berasal dari golongan petani dan tidak mempunyai pengetahuan tentang peniagaan. Apa yang membawa kepada kejayaan mereka adalah faktor kemiskinan dan tiada pilihan lain untuk mereka meneruskan hidup. Ini membawa mereka cenderung pada perniagaan kerena mereka tiada pilihan lain untuk mencari rezeki. Di sini bermakna bakat bisnes bukan diwarisi oleh keturunan. Apa yang membuat mereka berjaya adalah kerja keras dan usaha yang gigih dan bukan dari keturunan.

Dilatih dari kecil untuk berniaga

Orang cina Selalunya akan mewarisi peniagaan mereka. Peniagaan mereka adalah peniagaan keluarga. Apabila mereka berniaga , mereka mahukan keluarga mereka mengusai peniagaan mereka. Anak-anak yang yang masih kecil diberi pendedahkan tentang ilmu perniagaan. Salah satu ilmu Matematik, bagi mereka seseoarang peniaga yang berjaya memerlukan kemahiran kira-kira untuk menjadi peniaga yang berjaya. Ada pula yang membawa anak-anak kecil ke premis peniagaan untuk memberi pendedahan di peringkat awal supaya mereka tidak kekok bergelar peniaga pada masa dewasa kelak.

Untuk berjaya kita mesti mengormati kedua Ibubapa.

Menurut ajaran confucius. untuk berjaya kita seharusnya mengembirakan kedua orang tua kita. Ini adalah satu cara untuk menunjukkan perhormatan terhadap kedua ibubapa . Mereka ini dianggap mulia oleh bangsa cina.Mengembira ibubapa adalah petua kejayaan bangsa Cina.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...