Wednesday 8 January 2014

Persedian untuk menghadapi masa depan.

Bila bercakap dengan persediaan ramai diantara memikirkan persiapan dari segi harta untuk kita nikmati pada hari tua dan waktu bersara. Memang betul dengan mengumpul harta di waktu muda adalah jalan yang terbaik untuk menghadapi waktu diusia senja. Tidak semestinya dengan mengumpul harta kita akan senang pada kemudian. Apa yang penting ialah mendapat keredaan pada yang maha esa. Adakah harta yang kita kumpul dari sumber mengikut lunas Islam.

 Disamping itu juga kita perlu selidik hubungan kita sesama manusia . Didalam kita mengejar kemewahan , adakah dengan cara menzalimi orang lain atau menindas orang lain untuk kita hidup senang lenang. Perlu diingat bahawa janji Allah pasti " Apa yang kita buat hari ini akan mendapat pembalasan di kemudian hari kelak tidak kiralah baik atu buruk . Harta yang kita kumpul bukan segala-galanya tapi amal jariah patut diambil berat supaya kita selamat di dunia dan diakhirat. Sekiranya kita ingkar dengan perintahnya, segalanya-galanya akan lenyap dengan sekelip mata umpama stunami melanda pantai. Cukuplah dengan tahap kesihatan diambil oleh yang maha kuasa membuat kita menderita .Disamping itu juga, amat memalukan jikalau kita  bermewah-mewahan diatas kesempitan orang lain. Dari itu pada mereka yang sentiasa gembira dengan kemewahan , cuba perhatikan pada mereka yang kurang bernasib baik patutkah kita gembira disaat umat sesama kita menderita , apakah sumbang kita pada mereka. Hidup ini biar mendapat keredaannya.

Saya juga sentiasa mengingatkan pada diri sendiri agar prihatin keatas kesusahan sesama insan bahawa yang apa yang dimiliki adalah pinjaman semata-mata dan tiada yang kekal abadi.  Perkara ini akan saya terapkan kepada generasi saya iaitu kaum keluarga saya bukan harta yang patut mereka warisi tetapi  keperihatinan kepada umat yang kurang bernasib baik patut diambil kira.

Hari ini kita kuat , esok belum tentu
Hari ini kita sihat, esok belum tentu
Hari ini kita cantik, esok belum tentu
Hari ini kita ketawa, esok belum tentu
Hari ini kita ada segala-galanya , esok belum tentu


Monday 6 January 2014

Disebalik kesempitan ada kesempatan.

Dalam mengharungi perjalanan hidup sebagai usahawan setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian. Mereka yang berjaya pasti mempunyai testimonial tentang kegagalan. Malah lebih teruk dari itu. Sebagai insan yang berakal kita dianugerah pancaindera yang hebat untuk mengatasinya. Ramai diantara kita membuat perkara diluar batasan yang mengakibatkan kerosakan pada diri sendiri. Allah memberi ujian kepada mereka yang benar-benar dapat mengatasinya. Apa yang penting doa dan teruskan usaha untuk menghadapinya. Allah tidak zalim dan maha penyayang. Janji Allah pasti kepada Umatnya sabar menghadapi ujian darinya.


Apabila kesempitan melanda diri

Sekiranya perkara ini berlaku, apa yang penting ialah kita seharusnya selidik dulu diri kita sendiri tanpa menyalahkan orang lain. Adakala  akibat perbuatan kita yang terdahulu tentang kejadian ini. Kedua cuba kenal pasti masalah yang mendatang dan hadapi dengan tenang dan sabar disamping dapatkan rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk mendengar pendapat . Setiap jalan yang sukar pasti ada jalan penyelesaian. Sekiranya kita dapat menyelesaikannya  ini adalah sesuatu yang tidak ternilai dan pengalaman yang membawa kita kearah kejayaan. Sebenarnya banyak pengalaman yang kita hadapai dan dapat kita pelajari dari perkara tersebut. sebagai contoh disebalik kesempitan hidup dalam perniagaan , saya ditugaskan untuk melaksanakan projek yang bernilai bukan ribuan ringgit tapi JUTAAN ringgit. Memang hebat bukan selama ini saya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk melibatkan diri dalam projek juta-juta. Syukur alhamdllilah kepada yang maha esa kerana dengan izinnya dan kurniannya. Sekarang ini saya tengah menyusun strategi untuk projek tersebut.Semoga apa yang saya impikan menjadi kenyataan. Allahhuakbar...

Sentiasa bersemangat setiap hari

Walaupun telah diduga dengan cabaran dan dugaan yang datang . Saya sentiasa bersemangat setiap hari bahawa hidup ini tiada penghujungnya. Apa yang membuat saya bersemangat apabila memelihat ibubapa dan keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk saya meneruskan perniagaan ini. Inilah jalan yang saya pilih jadi saya akan teruskan hingga ke nafas terakhir. Impian saya agar apa yang rancangkan akan terlaksana menjad insan yang berjaya.

Pada masa ini sukar untuk saya buktikan apa-apa pada mereka , memandangkan perjalanan saya masih jauh. Segala yang cabaran yang sukar akan saya hadapi adakalanya saya sentdiri hilang punca untuk mengatasi. Apa yang boleh saya lakukan hanya berdoa dan meminta pertolongan dari yang maha esa. Saya percaya untuk berjaya kita harus merasa pahit dahulu dan Allah itu adil pada mereka yang sentiasa berusaha. Bila kita diambang kejatuhan disitu kita kenal siapa kawan dan siapakah yang sentiasa berada disamping kita. Disinilah segala-galanya akan terbongkar. Begitu hebatnya jikalau kita gagal .


Thursday 2 January 2014

Dugaan besar untuk insan yang hebat.

Sebagai seorang insan dibumi ini, kita tidak dapat lari dengan dengan pelbagai bentuk dugaan dan cabaran. Tidak kira samada kita dari pelbagai bidang berniaga ataupun berkerja. Setiap dugaan yang diberikan mempunyai maksud tersendiri. Kebanyakkan mereka yang berjaya dan hebat memunyai dugaan yang kuat dan hebat umpama taufan stunami melanda. Akhirnya mereka berjaya menghadapinya.




Setiap kejayaan mempunyai halangan yang tersendiri, Kita seharusnya mengenal pasti setiap dugaan dan cabaran yang akan menimpa kerana setiap keburukkan adalah hasil dari diri  kita sendiri. Sebelum kita membuat keputusan seharusnya kita tahu dan mengkaji  baik buruk yang akan berlaku.

Persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Sekiranya anda terlibat dalam bisnes berbagai-bagai kemungkinan akan berlaku. Saya sendiri pernah berlaku perkara-perkara yang dashyat dalam bisnes. Seperti yang sedia maklum dalam bisnes mesti ada UNTUNG , RUGI atau BALIK MODAL sahaja. Apa yang penting disini adalah perancangan yang betul dan mengatur strategi dalam bisnes.  Perancangan bisnes yang teratur seharusnya penting untuk masa depan bisnes anda. Jangan terlalu mengkaji untuk melakukan sesuatu hal , percaya pada diri sendiri dan kejayaan akan pasti menunggu anda.

Saturday 21 December 2013

Doa Orang Teraniaya

Sebagai seorang insan biasa , saya tidak lari membuat kesilapan .Namun begitu saya juga tidak lari dari disakiti seperti dianiayai oleh seseorang. Ini juga membuat saya terduduk dan terus jatuh untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya. Apa yang saya buat ialah tidak terus berputus asa dan terus berdoa agar Allah menguatkan semangat dan menganggapkan ini adalah salah satu cabaran seorang usahawan. Saya rela dianiaya daripada menganiaya seseorang. Alhamdullilah....

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang teraniaya,”


- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Ada juga hadis lain yang sama, tapi menyenaraikan doa orang berpuasa:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

“Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.”
- Hadis riwayat Baihaqi

Mengetahui hakikat doa orang teraniaya diberi perhatian khusus bukanlah untuk kita membalas dendam kepada orang yang menganiaya. Ambillah kesempatan ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah.

Terlanjur doa orang teraniaya tiada hijab, kita doa yang terbaik untuk diri sendiri. Mohon keampunan agar dapat kita memulakan hidup baru dengan hati dan jiwa yang bersih.

Berdoa dengan perasaan negatif bukan sahaja berdosa (kerana berniat menyakiti ciptaan Allah), malah melambatkan proses kesembuhan hati.

Bukan mudah kita mengucapkan yang baik-baik sedang hati dan badan merana. Tapi perlu diingat janji Allah. Setiap perbuatan manusia atas muka bumi ini, baik dan buruk, pasti ada balasannya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Al-Baqarah – Ayat 286


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...